BAB 10

Romance Completed 2000

“Walaupun saya tak boleh membantu namun awak boleh berbicara dan meluahkannya pada saya, saya sudi mendengar,” ujarku dan nyata ia membuat Pretty tenang.

“baiklah, tapi aku tak boleh cakap di sini” katanya sambil melangkah dan menarik tanganku untuk mengikutinya, ia membawaku menuju ke taman sekolah lalu kami berdua duduk di sebuah bangku yang terbuat dari simen, Pretty menghela nafas seraya meneruskan bicara.

“aku tak tahu harus buat apa Mike , aku merasa hidupku benar-benar sudah hancur” Pretty akhirnya memecahkan kesunyian.

“apa yang berlaku?” tanyaku

“aku dibuang sekolah” Katanya dengan nada sebak sambil berusaha menahan tangisannya.

“Apa yang telah kau lakukan?” tanyaku lagi.

“Aku hamil” jawab Pretty seraya memecahkan suasanan dengan esak tangisnya yang kembali deras.

Jawapannya yang ringkas itu nyata membuatku terkejut hingga tak sanggup mengatakan apapun, bagiku ia satu jawapan yang membunuhku. Hatiku terasa hancur berderai bagai kaca dan terasa seperti ditolak dari bangunan tingkat 40 ke bawah.

“aku menjalinkan hubungan dengan teman lelaki dari sekolah lain, namun sebaik aku beritahu padanya yang aku hamil, dia tak mahu mengakui ini anaknya dan tak mahu bertanggungjawab. padahal aku tak pernah melakukannya dengan orang lain selain dia” jelas Pretty.

Aku masih terdiam, masih tidak mampu berkata apapun, dan tak pernah kubayangkan mendengar hal seperti itu dari seorang gadis lemah lembut seperti pretty.

“Kan aku dah kata yang kau takkan dapat membantu aku kali ini, kalau kau tak boleh cakap apa-apa, aku pergi dulu,” Pretty bangkit dan sebelum pergi dia melihatku dan berkata

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience