chapter 1

Romance Series 5364

"Hari ni Jungkook tak balik rumah eomma. Jungkook balik rumah sendiri je. Lagipun masih banyak kerja yang Jungkook belum siap kat pejabat ni"  gumam lelaki yang memakai tuxedo hitam di dalam talian.

Usai berbual dia mematikan telephone lalu memasukkannya di dalam poket seluar. Fail di tangan kembali dibelek belek. Masuk minggu ini sudah 5 syarikat dia berkerjasama.

Jungkook bingkas bangun. Serasa perutnya belum diisi dari tengah hari tadi. Dia menggapai beg kerjanya lalu keluar daripada syarikat. Dia hendak pulang awal sedikit. Dia nak masak. Dah lah tinggal sorang sorang. Pastu nak pergi rumah eomma dia jauh lagi.

"Nak kahwin takde calon. Hidup " gumamnya sendiri lalu meninggalkan perkarangan office. Jalan raya malam itu agak sunyi. Jam sudah menganjak ke angka 12. Memang sah semua dah tidur. Awal? Yelah selalu dia akan balik jam 1 ataupun 2. Penat bukan?

Dia berhentikan keretanya setelah sampai di rumahnya. "Jap apa password rumah aku eh?" Di memicit micit kepala memikirkan benda paling penting kali ini. Dia mengeluarkan telephonenya lalu mendail nombor seseorang.

"Jimin.

"Ye boss? Kenapa call malam malam ni. Takkan kita ada mesyuarat kul 12 malam ni? Tangguh esok je lah boss. Saya tengah syok tidur dengan Yeon . Wrong timing boss call saya ni.

"Bukan. Aku nak tanya. Password rumah aku apa erk?

"Hadoh. Boss tu masih muda. Password umah sendiri pun tak tahu. Nak dibandingkan dengan saya. Boss lagi muda. Erm password rumah boss 0197. Bye

"Yela yela bye"

Jungkook memasukkan kata laluan yang diberi oleh Jimin tadi. Dia masuk ke dalam rumahnya. Sebelum dia sempat dia menutup pintu dia terdengar seseorang menjerit. Nak tutup pintu rasa kesian juga. Nak tolong dia lapar.

Dia keluar meninjau ninjau kawasan luat rumahnya . "Ok takde orang" ujar Jungkook lalu kembali masuk ke dalam rumah sebelum bajunya ditarik dari belakang. Dia memutarkan badannya dan mendapati seorang perempuan memakai dress paras peha berwarna putih berdiri di belakangnya.

"Encik tolong saya.

"Kau siapa?

"Perlu ke kita berkenalan sekarang. Sebab saya kena kejar dengan orang sekarang. Arh sudah. Nama saya Lee Jaenie.

"Ok siapa yang kejar kau? Perompak? Perogol? Memang padan arh. Siapa suruh pakai baju macam ni.

"Saya kena kejar dengan pakcik tua gatal yang tinggal kat lorong belakang sana. Saya baru kat kawasan sini. Tetiba bila saya balik rumah pakcik tu duk tanya saya banyak soalan. Saya tak layan. Dia cuba tarik saya masuk kereta dia. Pastu saya lari la

"Dah puas bercerita?

"Buat masa sekarang dah. Tapi encik tolong lah saya. TOLONG LAH . saya merayu dengan encik yang handsome ni.

"Jom-

"Pergi mana?

"Aku jual kau dengan pakcik tu.

Jungkook menarik tangan Jaenie. Membawanya ke luar pagar rumah. Sebelum ternampak kelibat tuan Ma. Lelaki gatal yang diperkatakan Jaenie itu. Jungkook amat kenal dengan lelaki tua itu.

"Pakcik Ma. Girlfriend saya mengaku yang encik kacau dia? Muka berkedut badan buntal ada hati nak kacau girlfriend saya. Pakcik dah puas hidup?

"Dia yang goda pakcik.

"Tipu la. Mana ada saya goda pakcik. Pakcik yang tunggu depan rumah saya. Tak guna.

"Macam ni lah pakcik. Kalau saya tahu pakcik kacau girlfriend saya. Saya langgar terus pakcik. Saya boleh bayar berapa perempuan untuk pakcik asal tak kacau girlfriend saya suda.

Tuan Ma tidak membalas. Dia menjeling Jungkook tajam lalu beredar. "Kacau lah saya lagi. Saya pun akan langgar pakcik la. Dah lah berkedut.

"Dah pergi balik. Aku nak masuk umah.

"Satu permintaan lagi.

Jungkook berpaling memandang gadis itu. Dia mengangkat kening . "Apa kau nak? Aku takde masa. Aku nak masuk rumah nak masak. Aku lapar.

"Boleh hantar saya balik. Yelah saya takut pakcik tu datang balik. Dah lah saya tinggal sorang. Kalau dia kacau saya pastu buat sesuatu dengan saya . Macam mana?

"Ah itu masalah kau. Bye

"Saya sanggup tolong encik apa je.

.

.

.

.

.

Tbc

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience