01

Fanfiction Series 240

Hujan yang tadi rintik-rintik semakin lama semakin lebat. Jalan raya yang kering mula dibanjiri air, menjadikannya licin. Kilat dan guruh menyambar pada langit malam.

Pinn!

Bunyi hon berdesing dengan kuat, disinari cahaya lampu bahagian hadapan kereta. Pemandu kereta itu menekan break sekuat yang mampu.

Tidak dapat mengawal keretanya lalu ia berlanggar bersama dengan sebuah teksi dan penunggang motorsikal di simpang tiga.

Bertaburan serpihan-serpihan kaca di atas jalan tar. Asap daripada kereta mengelilingi persekitaran udara di kawasan tersebut.

Penunggang motorsikal itu berguling-guling di jalan. Terseret jauh sehingga calar anggota badannya. Malah motornya juga tercampak ke dalam hutan.

Apa yang telah terjadi?

Darah mula mengalir. Membasahi sofa teksi yang tadinya bersih dan wangi.

"Seolra. Seolra bangun."

Gadis itu diam dan kaku. Dahinya terus-menerus mengeluarkan darah. Pemandu teksi di hadapannya juga dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Seolra!" Kali kedua suara itu menyeru namanya. Masih tidak dibalas.

"Seolra, bangun!" Pak! Belakang kepala aku dipukul sederhana. Terus aku mengangkat kepala secara mengejut, mengambil nafas tercungap-cungap.

Mimpi? Terasa real.

"Aduhh, kepala aku." Aku mengurut kepala aku lembut.

"Baliklah." Yoongi menjeling aku.

Kedua-dua tangannya diseluk ke dalam poket seluar. Dia pun berjalan sambil merungut. "Tak pasal pasal aku yang kena kejut dia."

"Hmm, tak sangka Taehyung tinggalkan aku sorang-sorang dalam kelas." Kerusi disorong ke belakang. Aku bangun dan mengeliat sepuas-puasnya.

Setelah menyimpan semua buku, alat tulis dan mengemas meja. Aku melangkah keluar dari kelas.

Mata aku tertumpu dekat seorang guru lelaki yang terburu-buru berlari bersama peralatan sukan di tangannya.

"Kamu! Kenapa kamu tak balik lagi?!" Perut aku kecut melihat Cikgu Jae selaku guru disiplin menerjah aku.

Terasa seperti masa berhenti berputar, selangkah demi selangkah Cikgu Jae berlari menghampiri aku. Gemaan tapak kakinya yang semakin mendekat menaikkan bulu roma aku.

Gulp. Aku menelan air liur. Peluh di dahi perlahan-lahan mengalir pada pipiku. Kaki, aku bersedia untuk lari. Satu-- dua-- ti--

"Tolong cikgu boleh?" mesra Cikgu Jae meminta. Aku menghembus nafas lega. Ingatkan nak denda aku atau apa.

"Tolong apa cikgu?"

"Hantarkan barang-barang ni dekat stor sukan. Cikgu nak kena ambil anak cikgu dekat sekolah ni. Terima kasih! Nanti cikgu belanja kat koop!"

Tidak sempat mengeluarkan sepatah perkataan, peralatan sukan itu sekelip mata sudah berada di tangan aku. Kunci stor juga terselit pada jari.

Magik apakah ini?!

Cikgu Jae sekali lagi berlari. Bergegas ke tempat parkir kereta demi anak tercinta.

Aku pun berjalan-jalan di koridor. Peralatan-peralatan sukan dipegang baik-baik agar tidak tercicir. Seronok bila sekolah sunyi tetapi menyeramkan.

Lebih-lebih lagi sekarang sudah malam. Nanti terdengar bunyi pelik-pelik lagi aku meremang bulu roma.

Mengambil belok ke kiri lalu ke kanan, aku tiba di hadapan pintu stor sukan. Kunci aku masukkan ke dalam tombol pintu dan aku pusing.

Kplang! Plung!

Bunyi terhasil apabila sebuah bakul berisi baton-baton besi di atas rak kayu itu jatuh dengan sendirinya.

Bergolek-golek sebuah baton besi yang berwarna biru di atas lantai lalu ia menyentuh hujung kakiku.

Tahan dinafas tanpaku sedar. Kaki pula bagai sudah melekat pada simen, kaku dan keras. Tekak terasa berpasir tatkala aku menelan air liur. Aneh.

"AAAAAA!! EOMMAAAA!!!" Aku panik. Habis semua barang berterabur di atas lantai kerana aku campak. Kelam kabut aku mengunci pintu stor.

Aku berlari sambil mengumat-kamit carutan kepada diri sendiri. Betullah orang kata! Stor sukan tu memang keras dan berhantu!

Sebuah figura berdiri tidak terlalu jauh dari aku memerhatikan aku pelik. Tag namanya menjadi sasaran mata aku.

Jeon Jungkook.

"Hai, Jungkook!" Aku berhenti berlari dan menyapanya ramah. Badan tanpa sedar sudah tertunduk akibat penat.

"Lega awak ada dekat sini, Jungkook. Saya ingat saya seorang je belum balik rumah." Ujarku. Wajah Jungkook masih tidak berubah. Memandang aku pelik.

"Panggil saya Seolra. Kelas 5B." Tangan dihulurkan untuk berjabat. "Jungkook kelas apa? Tak pernah nampak pun."

Tiba-tiba, aku terdengar sebuah suara memanggil-manggil namaku dari jauh. Aku pun menoleh. Taehyung?

"Seolra! Kau cakap dengan siapa?" Dia menyoalku risau.

"Ni. Jungkook."

"Tak ada siapa.."

Tangan Jungkook menuju ke tanganku untuk berjabat. Namun, apa yang terjadi hanyalah tembus. Dan.. semuanya menjadi gelap.

Thank you for reading this! Kalau ada kekeliruan, boleh dipersilakan tanya saya :))

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience