BAB 7

Drama Completed 432

Bila balik rumah nak mandi sekejap, aku sempat tengok balik kenangan
kami.. Aku belek semuanya. Ketika itulah aku terjumpa kotak hantaran
masa kami kahwin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang..
Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula-mula aku ingat tu
kertas resit je, tapi rupanya sepucuk surat!

1 Julai 2007,

Buat suami yang baru aku punyai, Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang aku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu, Miza memang cinta
padamu, Dan Miza menangis bila Abang melamar diri ini.. Buat suamiku yang
baru aku punyai, Luaranku mungkin nampak sempurna, Luaranku mungkin
ramai yang terpesona, Tapi diriku bukanlah sesempurna yang Abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita.. Buat suamiku yang baru aku punyai,
Andai Abang ingin melihat Miza ketawa,Miza hanya mampu tersenyum pada
Abang, Andai Abang mahu Miza berjenaka, Mungkin Miza akan menangis dibahu
Abang, Kerana Miza tidak mampu berbicara, Seperti orang lain berbicara,
Kerana Miza tidak mampu ketawa, Seperti orang lain ketawa.. Jika membaca
surat ini akan meleburkan cinta Abang, Miza pasrah dan relakan Abang
menjauhi, Jika membaca surat ini Miza tetap dihati Abang, Miza sujud
sejuta syukur pada Ilahi..

Yang benar,

Isteri yang sentiasa menyanjungimu.

Miza selitkan surat ini dalam kotak jam Abang. Semoga Abang mudah
terlihat surat ini..

Tika itu juga, air mata jantan aku berderai jatuh ke lantai. Kenapa aku
tidak terbaca surat ini 4 tahun dulu? Kenapa aku tidak tahu penderitaan
Miza awal-awal dulu? Kenapa baru sekarang? Kenapa ??!! 4 tahun usia
perkahwinan kami, Miza beri aku segalanya.. Dan paling penting dia bagi
aku seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku bagi kat
Miza ? Mulai saat itu, aku jaga Miza sepenuh hati. Hari-hari memang kerja
ulang alik ke hospital. Masuk ofis pun sekejap. Anak aku bagi kakak Miza
yang jaga. Masa itu aku sudah serabai giler. Sangat tidak terurus. Baru
aku sedar pentingnya Miza dalam hidup aku. Dalam keadaan Miza yang agak
lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak
temani dia puas-puas. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa-sisa hayat dia.
Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu, dia menangis kat bahu aku.
Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan
kertas-kertas itu aku akan simpan sampai bila-bila. Dia tulis dia tidak
menyesal kahwin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku.
Siap cuba lukis gambar orang senyum..

Ya Allah !!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience