Rate

BAB 1

Horror & Thriller Series 1348

Dari jauh kelihatan empat orang jejaka kacak berbadan tegap sedang leka berbual sesama mereka di sofa berhadapan kaunter pertanyaan hotel. Beg galas dan beg sandang besar yang berada di sisi mereka berempat membuktikan mereka adalah orang luar yang datang melancong ke pulau ini.

"Maaf buat encik berempat menunggu lama" ujar seorang gadis yang baru saja keluar dari pintu belakang kaunter. Bilik yang menempatkan para pekerja di hotel Pulau Duyung tersebut.

Mereka berempat serentak menoleh seraya tersenyum manis. Siapa pun yang melihat sudah pasti cair. Mereka beriringan menuju ke kaunter dengan membawa beg masing-masing.

Gadis itu mengeluarkan kunci yang menempatkan bilik mereka berempat lalu dihulurkan. Mereka menyambut dan mengucapkan terima kasih. Setelah siap mendaftar , mereka terus naik ke bilik.

Mereka sengaja memilih untuk tinggal di bilik yang sama kerana percutian ini lebih kurang macam "reunion" bagi mereka. Mana seronok kalau duduk berasingan, perasaan bercuti bersama tidak wujudlah kalau berasingan dan lakukan hal sendiri.

Persahabatan yang terjalin dari sekolah menengah sehinggalah mereka bekerja sekarang ini tidak pernah putus kerana mereka akan curi juga masa untuk berjumpa. Sementara masih bujang bak kata orang.

.....

Khai membuka sliding door bagi memberi peluang bilik ini merasai deruan angin laut. Mereka bijak memilih bilik yang menghadap ke arah laut. Kononnya menenangkan fikiran.

Bilik ini juga mempunyai keluasan yang besar dan memang sesuai untuk keluarga - keluarga besar yang ingin menginap di hotel. Katil saiz king pun ada disediakan dua. Memang pakej bilik ini khas untuk percutian keluarga.

"Pandai kau cari hotel. Best !" puji Khai kepada Zain. Memang Zain yang uruskan hal-hal tempahan ini , pemilihan tempat percutian juga dilakukan oleh Zain. Rakan kepada rakan Zain yang beritahu ada pulau yang sangat cantik tapi tak ramai yang tahu iaitu Pulau Duyung.

Kembang-kempis hidung Zain dipuji.

"Tengoklah siapa yang pilih. Zain Syakirin kot" ujar Zain mendabik dada.

Bad yang sedang enak bersandar di kepala katil mencebik dan terus melemparkan bantal tepat ke wajah Zain.

Terkejut Zain dibuatnya.

"Bab makan puji serah dekat Zain Syakirin" ujar Bad seraya ketawa terkekeh-kekeh melihat wajah Zain yang terkejut dibaling bantal.

Noah yang baru keluar dari bilik air hanya tersenyum melihat gelagat sahabatnya yang seperti budak budak sedangkan umur dah 26 tahun.

"Kenapa aku tak nampak pelancong lain eh tadi ? Bilik hotel lain pun macam kosong je" Nada Khai kedengaran serius. Dahinya berkerut seperti terfikirkan sesuatu.

Di jeti tadi pun dia tengok ada beberapa buah bot kecil saja di situ, itu pun yang nelayan gunakan. Bukan sahaja bot bahkan batang hidung pelancong lain pun dia tidak nampak. Sepanjang perjalanan ke sini pun dia tidak nampak.

"Sekarang bukan cuti sekolah kot. Lagipun kawan aku dah beritahu , pulau ni tak ramai yang tahu sebab dia jauh sikit. Kau tengoklah nak masuk pulau ni mana ada feri, kena naik bot kecil pula tu. Mungkin tu sebab ramai tak berminat nak datang" balas Zain.

Mereka yang lain hanya setia mendengar. Jawapan Zain itu ada betulnya juga. Tambahan pula, sekarang hampir dengan musim tengkujuh mesti ramai yang cuba elakkan dari bercuti di kawasan laut atau pantai.

"Tapi pakcik bot tadi pun ada cakap, dah lama dia tak tengok pelancong luar naik bot datang ke pulau ni. Kalau ada yang naik bot pun , semua orang asal pulau ni" ujar Khai masih tidak berpuas hati.

"Alah tak ada apalah Khai. Jangan fikirkan sangat hal itu. Jom kita rehat dulu. Kejap lagi kita keluar cari makan tengah hari pula" tutur Noah. Jam tangan dikerling, baru pukul 10 pagi. Sempat mereka berehat dulu sebelum pergi cari makan.

Bad mengeluarkan telefon pintar dari poket seluarnya. Keluhan halus dilepaskan setelah dia melihat tiada satu notifikasi pun yang masuk. Rupanya isyarat telefon memang lemah di pulau ini.

Sebenarnya, Zain sudah beritahu dari awal lagi hal itu tetapi dia sengaja ingin melihat sama ada betul atau tidak kenyataan Zain itu. Dan ternyata betul.

Mujur hotel ini ada sediakan Wi-Fi di lobi, dapatlah kejap lagi dia menggunakan internet di sana.

Setelah itu, dia turut sertai mereka yang lain untuk lelapkan mata sekejap menghilangkan lelah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience