BAB 11

Romance Series 59508

“Asha nak habiskan belajar dulu dan Asha janji akan fikirkan hal ini kemudian. And Abang Nizam tolong jangan tutup hati Abang untuk perempuan lain. Jika ada wanita lain yang lebih baik, Asha harap abang takkan lepaskan peluang. Jangan terlalu berharap pada Asha.” Aishah menjawab dengan terketar-ketar suara. Nizam mengeluh mendengar kata-kata Aishah itu.

“Pastu kau jawab apa kat dia ?” Amelia menyisip air kopi yang dipesan.

“Aku cakap lah ya. How can I say no. Dia nak habiskan study dia. Aku boleh tunggu. Tapi aku harap dia tak jumpa orang lain. Sekarang ni. Aku call pun tak nak jawab. Mesej tak balas. Aku rindu lah.”

“Kau sabarlah. Kau pun satu. Memanglah adik aku dilema. Dia baru je kenal kau. Kau doalah banyak banyak. Kalau dah jodoh tak kemana.”

“Lia, kalau ada orang lain masuk minang adik kau. Kau tolak terus ehh??” kata Nizam tersengih.

“Yang buat keputusan adik aku dengan ayah aku. Apalah kau ni. “ kata Amelia sambil terkkekh ketawa. Parah juga hal kawan baiknya ini dengan Aishah.

*******

Kepalanya pening lagi. Kali ini disertai dengan rasa mual diperut. Aishah bangkit dari pembaringan. Kakinya dikuatkan untuk melangkah ke bilik air yang berdekatan. Namun belum sempat sampai ke bilik air, Aishah terjelepuk di hadapan pintu biliknya. Amelia yang kebetulan keluar dari biliknya untuk mencari air di dapur terus menerpa kearah Aishah.

“Ya Allah. Kamu nie nak kemana ? Kan Kakak dah pesan kalau nak apa apa panggil je.”kata Amelia bimbang melihat keadaan adiknya yang tidak sihat itu.Demam adiknya semakin teruk.

“nak munnn…” Belum sempat Aishah habiskan ayatnya, isi perutnya terlebih dahulu terhambur keluar. Amelia panik. Di gosok belakang badan adiknya. Setelah memuntahkan segala isi perutnya, Aishah semakin tidak berdaya dan lemah.

Amelia melihat muntah adiknya dan terkaku. Tangannya yang menggosok belakang adiknya terhenti.
Lantas nombor Nizam didail untuk meminta pertolongan.

Tak lama selepas dihubungi, Nizam tiba dan merempung tubuh Aishah yang sudah lemah untuk dibawa ke hospital. Setibanya di hospital, Aishah terus dibawa ke unit kecemasan dan diberikan rawatan.

Amelia dan Nizam menunggu di luar dengan cemas. Apa yang terjadi pada Aishah. Selepas sejam setengah dirawat, doktor yang merawat Aishah merapati Amelia. Doktor Hisyam menutup laporan pesakit ditangannya. Cermin mata ditanggalkan dan diletakkan ke atas meja.

“Menurut laporan yang saya lakukan, Aishah tiada apa apa masalah. Dia cuma keracunan makanan. Saya dah masukkan drip. Harap kesannya berkurangan.” Jelas doktor dengan serius.

Amelia dan Nizam mengangguk. Syukur kerana Aishah selamat.

******

“Asha please. Please kahwin dengan abang. Abang nak jaga Lia. Abang tak nak benda sama berulang lagi. Abang tak sanggup tengok Asha menderita tanpa abang boleh berbuat apa apa yang menenangkan Asha. Tolong terima lamaran abang. Abang janji takkan ganggu Asha further study. Please Asha,”rayu Nizam sambil tangan Aishah dipegangnya lembut. Sekali gus melamar buat kali kedua. Aishah menghembus nafas berat.

“Abang Nizam. Asha okey lah. Jangan risau.” Kata Aishah selamba tapi dalam hatinya gusar dan berdebar.

“Tapi akan datang kita tak tahu kan. Please. Tolong terima abang.” Rayu Nizam lagi. Selagi Aishah tak menerima selagi itulah Nizam terus mencuba. Aishah aru kepalanya.

“Asha memang tak sayang Abang kan?” Sayu kedengaran suara Nizam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience