Rate

BAB 1

Romance Series 4518

"Hari yang malas." desis Mick. Mick bangun dari katil empuknya dengan longlai lalu mencapai tuala dan menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

Usai selesai mandi, Mick bersiap memakai baju sekolah dan terus menuruni anak tangga menuju ke dapur untuk bersarapan pagi bersama keluarga tercinta sebelum berangkat ke sekolah. Oleh kerana hari ini hari pertama dia masuk ke sekolah baru.

Hurm aku letih sebenarnya asyik berpindah sekolah, aku jadi cuak bila papa kata yang kita orang ni akan berpindah lagi dan sekarang aku dah tak hairan dah. Sebab aku dah terbiasa. Al-maklumlah, papa aku ni seorang ahli korporat. Aku dah faham sangat kerja papa aku ni. So bila papa aku kata nak pindah ke Malaysia dan menetap disana, aku pun tak tahu rasa apa. Yang aku tahu aku happy bila dapat tahu pasal ni and ya, I'm happy sangat sebab balik ke tanah air dimana aku dilahirkan. I'm so proud to be Malaysia people.

*****

New school, new life

First aku melangkah masuk ke sekolah baru perasaan aku jadi lain macam, meremeng woo bulu tekuk aku. Oh! Ya! Aku ni pergi sekolah bawa transport sendiri. Bukan apa aku malas sebenarnya tadi pun mama aku suruh Pak Mat hantar ( Pak Mat tu driver peribadi keluarga aku ) tapi aku tegah sebab aku tak nak dan aku beria nak bawa transport sendiri.

Mick memasuki perkarangan sekolah lalu mencari park untuk memarking moto kesayangannya hadiah daripada mama dia semasa hari jadi dia tahun lepas dan memadam enjin jenteranya.

"Ermm.. Sekolah elit, boleh tahan juga, jadi sekarang ni aku kena cari bilik pengetua." desis Mick sambil matanya melilau memerhatikan setiap inci bangunan sekolah elit tersegam indah.

Mick berlalu menghayunkan kaki menuju ke bangunan dimana tempatnya bilik pengetua. "Asal semua orang pandang aku ni? Aku tahulah aku ni handsome, janganlah pandang gitu. Malu tau Hahaha." kata Mack dalam nada perlahan tapi masih boleh didengari murid yang lalu lalang memandang ke arah Mick bagaikan dipukau.

"Weyhh! Kau nampak tak apa yang aku nampak?" Rina sambil menyiku lengan Maya sementara Maya sebuk dengan dunia dia sendiri.

"Aishh! Minah ni dah kenapa?! Pantang nampak laki handsome kacak bergaya". desis hati Maya mengaduh sakit sehingga nampakan kerut di dahi Maya.

"Haa! Kenapa? Sakit tahu,kau tahu tak siku kau tu tajam mcm duri durian. Sekeh kepala kang." Maya masih setia mengosok lengannya yang disiku sahabat kesayangan dia ni.

"Alaa tuuu? Tak pernah aku nampak mamat tu kat sekolah kita ni?" kata Rina memuncungkan bibir itik dia tu.

Maya melilau mencari kelibat orang yang dimaksudkan sahabat dia tu. Okay aku dah jumpa apa yang si Rina maksudkan. Not bad, handsome. Pelajar baru maybe?

Kata-kata Rina tidak diendah oleh Maya sama sekali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience