BAB 15

Family Completed 5545

“Doktor. Apa yang dah terjadi? Kenapa dengan anak saya?”

“Anak tuan dan tuan harus dibedah sekarang. Dia amat kritikal ketika ini.”

” Doktor tolong saya mohon. Tolong selamatkan anak saya. Please.”Pinta puan Kalsom.

1 jam

2jam

3jam.

Sudah 3 jam berlalu . Tapi masih tiada khabar berita . Tak lama selepas itu pintu di kuak lemah. Doktor Sakinah keluar sengan wajah yang muram.

“I’m so sorry. I’ve try my best to save her but to no avail. I’m so sorry. ” Doktor Sakinah berlalu. Suasan ketika itu senyap dan sunyi. Tangisan dan sebak hadir tanpa diundang. Ain sudah pergi dan tak akan kembali.

Pintu sekali lagi dikuak dari dalam. Sebuah katil ditolak. Terdapat sekujur tubuh terbaring tak bernyawa di atasnya. Kini tiada lagi suara tangis dan tawa. Maka berakhirlah kisah hidup Penderitaan seorang gadis bernama Ainur Mardhiah. (BUKAN NAMA SEBENAR)

Cerita itak terhenti disini,

“Firdaus Fahmi. Ini ada surat untuk awak.Ia dari Ain untuk awak.” ujar Doktor Sakinah.

Firdaus membuka lipatan surat itu dan mula membacanya.

Firdaus,

Assalamualaikum, Firdaus Fahmi. Terima kasih kerana kau telah hadir dalam

hidupku. Terima kasih kerana telah membalas tepukanku. Bukan niat aku untuk

merahsiakan semua ini daripada kau. Aku sayang kau. Jikalau sebelum ini aku

terhiris hati kau, aku mohon ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Laplah air matamu sayang. Relakan aku pergi. Sesungguhnya kerelaanmu adalah

ketenangan bagiku. Sampaikan salam ampunku kepada seluruh ahli keluarga dan

rakan-rakan.Kau harus ingat. Ainur Mardhiah (bukan nama sebenar) sayang Firdaus Fahmi.

Salam Sayang.

Ain.

Dan ternyata semua yang berlaku adalah reality bukan mimpi. Tidur dan celik semula aku takkan bertemu dengan insan yang ku sayang. Dan aku harus merelakan pemergian, redha dengan ketentuan. Akan ada yang terbaik Allah berikan, tidak DIA menduga ku di luar kemampuan ku. Sabar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience