BAB 4

Romance Completed 3316

“Mana Edora tau?” soalnya. Dirinya masih belum panas menjejakkan kaki ke rumah setelah sekian lama melayan rajuk dengan emaknya. Sekarang ini ada berita yang lebih mengejutkan. Rasanya luka yang masih belum pulih itu, bertambah rawan. Apalah nasib badan.

“Zafirah lah yang cakap… sebenaqnya ramai dah yang duk mai merisik Kak Tim tu… tapi Kak Tim tak mau lagi. Cumanya, yang kali ni… Zafirah kata macam susah sikit nak menolak. Sebab keluarga depa dah kenai rapat… mak dengan abah Kak Tim pun suka… orangnya alim, kacak pun ya jugak,” penambahan fakta itu hanya menyesakkan dadanya. Wajahnya diraup pedih. Sanggupkah dia melihat darling Cinonet bergandingan dengan orang lain. Hakikat yang pasti saja membunuh segala impian yang pernah diangankan olehnya.

“Abang tak mau jumpa Kak Tim ka? Cubalah tanya dia… mana tau… Kak Tim memang duk tunggu abang… kalau dak, takkan dia nak biaq ja orang yang mai merisik dia sebelum ni… Kak Tim…,” baru saja Edora nak menyambung kata, wajah bengis mak dah terpacul di depan mata.

“Dia baru ja balik nak menghadap bonda dia, hang duk buka cerita pasal keturunan Cinonet tu dalam rumah ni nak buat apa? Nak kena dengan mak? Nak jadi anak derhaka?” kata-kata yang meluncur di bibir mak hanya menambahkan kepiluan di hati. Siapa yang nak jadi anak derhaka? Siapa yang nak menempah tiket masuk neraka? Siapa pun pasti tidak mahu. Tapi, alasan yang diberi oleh mak untuk menolak kehendak hatinya langsung tidak dapat diterima.

“Keturunan Cinonet tak boleh bergandingan dengan keturunan serama!” kata-kata emak di waktu diri sedang dipanah asmara oleh darling Cinonet nya. Masalahnya, wujudkah keturunan seperti yang dimomokkan emaknya itu? Kalau ada pun, dua-dua ayam juga, jadi apa masalahnya. Pandai saja emak nak mencari alasan untuk menolak pilihan hatinya, atas dasar gadis itu Cinonet. Semata-mata itu saja. Hatinya benar-benar terluka bila emak suruh membuat pilihan antara dua, Shatimar atau mak!

“Sayangku Cinonet …,” ucapnya meleret. Senyuman nakal sudah tersungging di bibir saat wajah gadis pujaan hati memuncung dengan usikannya.

“Sayangku Cinonet …,” sambung orang di belakangnya. Pantas saja dia berpaling dengan jegilan tajam lagi menusuk dihadiahkan pada temannya yang setia mengekor di belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience