CP 24

True Story Completed 4775

" betul kata Nora tu ...saya dan dia tak ada hubungan " jelas Zayn

" sekarang awak nak backup bekas kekasih awak lah kan " kata Baby Halina membuatkan Zayn terdiam.

" baby ....saya dan Zayn memang tak ada hubungan .. tolonglah , Zayn sayangkan awak " kata Nora

" sayang ? kalau dia sayangkan saya dalam hidup dia cuma saya bukan awak " jelas Baby Halina geram.

" baby Halina !! sudah !! cukup ! kalau saya tak sayangkan awak saya takkan sanggup bertunang dengan awak !! " tengking Zayn , membuatkan Baby Halina terkejut. Tak sangka pula tangan Nora hinggap di muka Zayn

" Pak......" satu tamparan hinggap di muka Zayn.

" kau tengking Baby Halina kenapa ?! semua salah kau sebab tak bagi tahu dia , Kita satu tempat kerja .! " marah Nora pada Zayn .

Melihat babak tersebut , Baby terus mengambil kunci kereta Zack dan terus memecutkan kereta .Lalu dikejar oleh Nora , Zayn dan Zack dengan dua buah kereta .
Dengan pantas Zayn menghalang kereta yang dibawa oleh Baby Halina dihadapan membuatkan Baby Halina membrek kereta dengan mengejut ,ingin Baby Halina mundur tapi di belakangnya dihalang oleh Nora.
Rasa tak ingin keluar dari kereta , Baby Halina pun menangis .Zack pun bergegas membuka pintu keretanya dan memujuk kakaknya . Dengan dibantu oleh Nora dan Zayn .
Tak lama kemudian Baby Halina dan Zack pun balik dengan diikuti oleh Zayn dari belakang ,Nora pula terus balik ke tempat kerjanya .
Sampai di rumah Zack pun keluar untuk membuka pintu rumah dan dengan perlahan , Baby Halina keluar dari kereta Zack dan pengsan secara mengejut .
Melihat Baby Halina pengsan , Zayn pun keluar dari keretanya ,terus berlari mendapatkan Baby Halina,begitu juga Zack yang terkejut melihat kakaknya pengsan .
Dengan pantas Baby Halina dibawa ke hospital dan doktor mengatakan bahawa Baby Halina hanya stress dan perlukan rehat yang cukup ,dan permakan Baby Halina pun mesti terjaga .
Mendengar penjelasan dari doktor tersebut Zayn semakin risau kerana Baby Halina kuat berkerja hingga lupa untuk menjaga makan minumnya dengan baik begitu juga dengan kesihatannya .
Setelah menjalankan pemeriksaan lanjut Baby Halina pun dibenarkan pulang ,masa dalam perjalanan pulang , Baby Halina hanya terdiam ,dan sempat juga Zayn membawa Baby Halina dan Zack singgah untuk makan di kedai kerana Baby Halina perlu makan ubat pada tepat waktunya .
Masa makan di kedai Zayn pesan banyak makanan untuk Baby Halina ,tapi Baby Halina hanya makan sedikit ,tak ingin melihat Baby Halina menahan lapar , Zayn pun cuba myuap Baby Halina makan ,tapi dimakan oleh Zack untuk menarik perhatian dari Baby Halina untuk makan .
Untuk suapan Zayn Kali ketiga dicuri oleh Zack barulah Baby Halina , memakan makanannya dengan disuap manja oleh Zayn hingga licin . Setelah itu , barulah Baby Halina memakan ubatnya dengan diberikan oleh Zayn .
Selepas makan ,mereka pun balik seperti biasa juga Zayn membuntuti kereta Zack untuk memastikan keselamatan tunangnya calon adik iparnya dalam keadaan baik dan selamat.kemudian barulah Zayn pergi balik ke tempat kerja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience