Rate

bab 1

Romance Series 4194

Bunyi jam loceng mengejutkan aku dari lena dan mimpi indah.
"haishh... kacau betullah jam ni" rungutku lantas bangun dan mencapai tuala.

"along buat apa lagi tu. cepat lah lambat pula nak ke sekolah tu" bising mulut ayahku membebel..
Ya, ayahku bapa tunggal yang menjaga ku selepas bercerai dengan mama.. Azhari Bin Abas.

Aku dgn terkocoh-kocoh menyarung kasut sekolah dan menyalami ayah. "hai, taknak sarapan dulu ke?" tegur ayah. "takpelah. along dah lambat. Acik misai tunggu lama pulak nanti" balas ku dan terus melangkah turun.

Namaku Dania Atika.. seorang budak perempuan berkulit hitam manis dan sedikit pendiam, bukan pendiam yg sebenarnya,. Aku sering dibuli dan di ejek kerana rupa parasku. Yaa, hitam ku sambil mengejekku "hoi black, aku benci kau!! " jerit budak lelaki itu.. sejujurnya aku mahu menangis tapi aku tahankan juga kerana tidak mahu dikatakan lemah.

Aku membesar sendiri, aku tidak mempunyai adik beradik. minggu lepas ayah ada bagitahu dia akan berkahwin baru, aku hanya diam.. ku kabarkan pada Linda yang ayah ku akan berkahwin. Linda pun terdiam tak mampu berkata apa2.

Hari-hariku berlalu seperti biasa. bangun pagi pergi sekolah, kena ejek, dibuli, pulang darijip sekolah seperti biasa tiada sesiapa. ayah bekerja. kerja kilang biasa2. ada shift, kalau shift malam, maka berkeseorangan la aku di rumah. begitu juga siang.

suatu pagi kebetulan ayah cuti dan aku juga cuti aku bertanyakan bila dia akan berkahwin. ayah jawap tak lama lagi. aku sedih, sudah la hilang mama, jumpa mama pun jarang2. pasti kasih ayah juga aku akan hilang.

"bakal ibu along tu baik, along jangan risau, dia akan jaga along"itulah pesan ayah tiap kali aku menyuarakan kerunsingan aku padanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience