Rate

Kawan baharu

Other Series 1692

....

Jeritan Sir yang bergelar 'black belt' mengaum terhadap beberapa junior yang berwarna-warni tali pinggang mereka.
Kesunyian tidak lagi sunyi kerana ngauman pelajar taekwondo menguasai dewan yang besar walaupun jumlahnya masih sederhana.

Aku berjalan masuk ke dewan sambil melihat Sir memberi arahan kepada junior untuk berlari satu pusingan di sekeliling dewan.

"One Round! Satu! Dua! Tiga!..."
Pengiraan itu menggema satu dewan dan hentakan pelari pelajar-pelajar itu sangat kuat untuk mengakhiri nafas mereka yang terakhir.

Aku pula, bersedia selepas memakai baju uniform yang tertulis di belakang saya, 'Taekwondo GTF' dengan tali pinggang berwarna kuning.

Aku melihat kawan-kawan ku yang berjaya menamatkan pengiraan tersebut. Namun,

"Lambat! Buat push up 10 kali mengikut pengiraan saya!"

"Alaahhhh.." Keluhan kawan-kawan ku kedengaran.

"Hah! Dayana! Kamu pun sama! Datang lambat! Buat sekarang!"

Aku terpaku! Gah, tidak mengapa. Sekejap sahaja ini.

....

Cahaya bulan menjelang tiba apabila angin meniup sehalusnya terhadap awan yang mencuba menghalang pancarannya.

Ketika Aku mengambil posisi bersama senior bertali pinggang biru yang dihormati di depannya, tiba-tiba ada seorang lelaki bersama.. adiknya membawa masuk berjumpa dengan Sir.

Aku melihat perbualan mereka, sehinggalah seorang lelaki yang kulihat sebagai abangnya meninggalkan adik lelaki itu.

.....

"Masuklah. Sini, depan saya."
Kata Sir itu kepada.. budak lelaki itu.

Seperti yang anda bayangkan,
budak lelaki itu berada di sebelah saya.

Kemudian, latihan bermula semula.

...

"Turning kick, 5 set! Mula!"

Hentakan kuat yang ditendang pada target masing-masing bergema dan bertubi-tubi kedengaran. Aku menendang dengan laju tetapi badanku tidak begitu seimbang.

Aku cuba dan cuba tanpa berhenti sehinggalah kawanku melaungkan pengiraan yang terakhir,

"Lima!"

Lalu, saya berhenti.

Dan diikuti dengan pelajar yang lain.

Selepas itu, tanpa diarahkan lagi hukuman yang setimpal, kami segera melakukan push up sebanyak 10 kali.

Wah, badanku sangat sakit. Apatah lagi dengan melakukan push up ini.

....

Kami sudah lakukannya. Namun, hanya seorang yang tinggal.

Ya, budak lelaki yang baru sahaja sampai masuk ke dewan ini.

"Eh, macam mana ni?" Kata budak lelaki itu. Dia agak kelam-kabut dan push up nya kelihatan lambat disebabkan tekniknya.

"Kamu kena bengkokkan lengan kamu ke bawah dan pastikan dada kamu yang turun." Kata saya.

Kemudian, dia berjaya melakukannya sehingga ke-10.

Aku berasa lega.

Kalau tidak, Sir akan hukum kami lagi!

....

Rehat sudah diumumkan selepas menunduk dengan hormat kepada Sir dan bertepuk tangan.

Kelihatan pelajar junior dan senior mengambil tempat untuk menegukkan sebotol air dengan tenang, ada juga seorang budak lelaki dalam lingkungan 8 tahun itu berlari mengejar kawannya.

Malah, ada juga beberapa junior yang berlatih pattern Chon-ji mereka.

Aku menegukkan sebotol air sambil melihat budak lelaki yang baharu itu, berjalan dan duduk sambil membawa botol airnya dan menyandar pada lengkuk tiang yang menegakkan dewan besar itu.

Kelihatannya seperti.. menunggu seseorang.

Aku tahu apa yang ku perlu buat. Memandangkan aku hanyalah seorang gadis yang rendah daripada usia ku, budak lelaki itu memerlukan kawan kerana aku suka berkenalan dengan orang yang baharu dan dia memerlukan kawan baharu.

...

Dengan keputusan itu, aku berjalan ke sebelahnya sambil melontarkan senyuman pertama kepadanya.

Lalu, dia pun membalas senyuman ku.

"Helo." Hanya sependek itu sahaja aku sampaikan dengan seikhlas hati untuk mengenali orang baharu.

"Hi." Malah, dia pun lakukan perkara yang sama.

Perkara yang paling pertama aku melihatnya adalah personalitinya.
Mengapa? Kerana gerakan badan isyaratnya menarik perhatian ku. Apa pun, itulah yang pertama ku lihat dan seterusnya ke wajahnya.

Wajahnya kelihatan tampan sederhana dengan matanya yang sedikit sepet. Dia juga sering menyeringai apabila aku berbual padanya tentang usianya.

"Saya, berusia 12 tahun." Katanya.

"Oh, kalau begitu, kamu akan masuk ke sekolah menengah Putatan tahun depan ya?" Soal saya.

"Ya. Saya akan bersekolah situ." Katanya.

Lalu, saya hampir terlupa dengan perkara yang penting,

"Saya Dayana. Selamat berkenalan." Kataku dengan senyuman yang ikhlas.

"Azrul. Saya Azrul." Jawabnya.

Azrul. Itulah nama yang pertama ku dengar. Bagiku, itu adalah nama yang paling jarang aku dengar dalam hidup ku.

Jangan tanya mengapa. Mungkin kerana inilah nama yang pertama.

Arahan diumumkan semula untuk mengambil barisan masing-masing.
Semua pelajar berjalan dan ada yang belari masuk ke barisan untuk latihan yang seterusnya.

Sebelum aku mengambil tempat, Azrul berkata kepada ku,

"Berapa umur kamu?"

Aku secara selambanya dengan hampanya juga,..

menjawab, "14 tahun."

Azrul terdiam dan dia seakan-akan tidak percaya dengan jawapan ku.

"Eh! Saya sangka kamu 11 atau 12 tahun!"
Dia terkejut sambil berjalan ke tempatnya.

"Saya pendek! Itu yang saya hairan mengapa. Orang lain juga fikir begitu." Aku hampa sambil berdiri di tempat ku di depan senior ku.

"Haha." Gelak dan senyum Azrul.

Aku juga.

Ia bermula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience