Bab 11

Family Series 2618

“mawar jom pihak lelaki dah sampai”.kata Suraya sambil membuka pintu bilik Mawar

“hurmm jom”.kata Marina kakak Mawar

Sewaktu Marina dan Mawar serta Suraya melangkah pergi halangan mereka ditahan oleh Marissa, adik tiri mereka

“happy kau kan,dapat lelaki hensem,kaya.Lepas ni tak payah lah kau nak kerja kan,mana tidaknya lelaki boleh tanggung”.kata Marissa dengan sinis

“rissa ni kan,kalau tak cari pasal dengan kakak tak boleh ke?.soal Mawar.

Dia sendiri hairan kenapa Marissa tidak sebulu dengan dia dari dulu lagi,apa salahnya dia sendiri tidak pasti.

“hurmm aku hairanlah apa kelebihan kau,sampai orang berkenan dengan kau,aku tengok kau biasa-biasa ja,banding dengan aku”.kata Marissa lagi dengan nada cemburu.

Marissa akui dia cemburu apa yang Mawar Raihanah perolehi sekarang ni.Mawar senang dapat kerja berbanding dia,yang sering bertukar-tukar kerja.

“apa masalah kau ni,kau memang tak reti nak hormat orang ke,dia ni kakak kau,tahu”.soal Marina tiba-tiba.Geram pulak dia,dari tadi sahaja nak cari pasal dengan Mawar.

“hormat sikit,ni rumah parents aku”.jawab Marissa sambil merenung Marina ,kakak tirinya yang sejak dulu tidak pernah bercakap

Baru nak Marina menjawab mama mereka mencelah.

“laaa apa ditunggu lagi,cepat majlis dah nak mula”.kata Puan Hasnah

“sebelumkau nak orang hormat kau,lebih baik kau hormat orang,kau tu cermin diri dulu,kau ingat kau tu elok sangat,makeup dan serupa tepung sekilo dah”.jawab marina

"Dan satu lagi, Sebelum kau hadir, aku yang duduk sini dulu, so jangan berlagak macam nii rumah kau ".terus Marina berlalu sambil dikuti Mawar dan Suraya

“ishh tak guna”.hentak Marissa lantas turun mengikuti majlis tersebut.
. .
.

“Aku terima nikah akan dikau dengan anak perempuanku Mawar Raihanah Binti Azlan dengan mas kahwin Rm Tiga Puluh Ribu Ringgit Tunai”. akad nikah pagi itu dinikahi oleh papa Mawar sendiri

Dengan sekali lafaz Mawar telah sah menjadi isteri Faizal.Tubuh Mawar dipeluk oleh Marina.

“Tahniah adik,dah jadi isteri orang”.kata Marina,

Selepas itu Mawar bangun untuk menyalami mamanya dan ibu mentuanya dan saudara mara yang hadir ke majlis dia.

“mawar tu suami kau nak sarung cincin tu”.bisik Suraya

Selepas pembatalan air sembahyang,Faizal dan Mawar menyalami sanak saudara yang hadir.

“tahniah nak papa,dah jadi isteri orang,jaga nama baik suami,dan keluarga,papa minta maaf sepatutunya majlis ni papa yang tanggung”.kata Encik Azlan sambil memeluk anak dia,

Dia akui dari kecik Mawar sangat manja dengan dia,tapi disebabkan perceraian dia dan bekas isterinya ,dia terpaksa berpisah dengan anaknya

“alaa papa ni,salah Mawar,bagi tahu lambat.jangan risau papa”.jawab mawar

“faizal,jaga anak papa elok-elok.Mawar ni lembut hati dia,kalau ada salah,tegur dia”.kata Encik Azlan,sambil menyambut salam Faizal

“in sha Allah papa.faizal cuba”.jawab faizal,sambil matnya melihat isterinya masih memeluk bapa mentuanya

“janji,kau jangan sakiti adik aku,kalau tak nahas kau”.kata Marina tiba-tiba

“kakak”.tegur papanya

“ehhh betul lah papa,kakak just bagi warning ja,sapa tak sayang adik”.kata selamba Marina,lantas menarik tangan Mawar diikuti Faizal

“tahniah anak mama”.kata mama Mawar

Lantas tubuh mawar dipeluk.Marina hanya berdiri sahaja,cebik dalam hati.Sampai sekarang dia tak boleh rapat dengan mamanya lepas apa yang dibuat oleh mamanya,

“tahniah mawar,faizal”.kata Marissa sambil menghulurkan tangan ke arah Faizal,sambil tersenyum

Meluat Marina melihatnya

“macam mana mawar bertahan tinggal sebumbug denganya,aku baru sekejap pun dah meluat”.bisik hati Marina

“tangan mawar sini,bukan situ”.kata Marina selama

Malu Marissa dihapan ibu faizal dan mamanya

“kurang asam”.bisik hati Marissa,lantas menyalam Mawar dan terus beredar kebiliknya

“kakak,kenapa cakap macam tu kat adik,kena jaga air muka dia sama”.tegur mamanya selepas sanak saudara mereka telah pulang

“ha?,adik siapa.Marissa.”.tanya Marina

Puan Hasnah mengganguk

“no,she not my sister,dengan perangai macam tu,biadap dengan Marina dan Mawar”.jawab Marina dengan bersahaja,sebaik mungkin suaranya direndahkan.Walau apa pun berlaku dia tetap mamanya

“kakak kenapa cakap macam tu”.kata Puan Hasnah lagi

“adik kakak hanya Mawar,satu ayah and satu mak,dia hanya adik tiri”.kata Marina

Baru Puan hasnah bersuara bekas suaminya memanggil anaknya

“Marina,jom balik dan petang ni”.kata Encik azlan sambil memegang bahu anaknya

Sebenarnya dia mendengar percakapan anaknya dan bekas isterinya,itu terus dia menyampuk,dia tahu baran anak sulung permpuanya itu,macam bekas isterinya cepa tsunami.

“abangg nak balik dah,ermm dah jumpa Mawar”.soal Puan Hasnah sambil melihat wajah suaminya itu

“belum,nanti saya jumpa dia didepan,saya balik dulu,terima kasih buat masjlis untuk anak saya,assalamualikum”.kata Encik Azlan tanpa menndengar jawapan bekas isterinya terus belalu

Terkebil-kebil matanya.kecik hati dia dengan perubahan bekas suaminya.tapi semua salah dia,dia yang curang,dia yang menyuruh Azlan ceraikan dia disebabkan dia terpaut hati dengan kekayaan ditawarkan suaminya sekarang ni,masih terbayang wajah suaminya kesalahan yang dilakukan itu,
..
. “Mawar papa balik dulu”,kata Encik Azlan sambil memeluk anknya itu.

“baik papa”.jawab mawar

Selepas itu Encik Azlan dan Marina meninggalkan majlis itu,sayu hati Mawar melihat papanya dan kakanya pergi

“dah la,jangan sedih,lain kali kan boleh jumpa”.pujuk Faizal sanbil memeluk bahu isterinya

Mawar hanya rersenyum,disebalik tirai,Marissa memerhati kelagat Faizal dan Marwar.Sakit hati melihat apa yang dimiliki Mawar.

“hurm aku akan dapat apa aku nak,walaupun nyawa kau mawar jadi ganti”.kata hati Marina

Ada rahsia tersimpan yang tidak diketahui Mawar Raihanah.

tak ada penambhn pn

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience