Rate

BAB 1

Romance Series 3013

Sampai pun rumah, rindunya. Tak berubah langsung, masih je sama macam 5 tahun dulu.

"Papa! Mama!" panggil Safina dari luar sambil terjerit-jerit.

////Safina Pov////

Tak ada orang ke kat rumah? Dari tadi aku memberi salam. Takkan lah papa dengan mama tak ada kot kat rumah. Punyalah aku terjerit macam bini tarzan si Jane tu. Dah lah panas ni bukan macam dekat jepun dulu sejuk je memanjang, nak beku je rasa.

Puan Aminah dan En Saifudin terkejut dengar jeritan dari luar rumah, lalu mereka berdua pergi ke depan dan ingin tahu siapa yang terpekik, terlolong seperti Jane dalam cerita bertajuk tarzan.

////Pn Aminah dan En Saifudun Pov////

"Eh! Abang dengar tak?" soal Pn Aminah

"Dengar apanya ni awak?"soal En Saifudin pula.

"Cuba abang dengar betul-betul? Saya macam pernah dengar je suara tu bang?!" kata Pn Aminah

"Ialah, macam kenal. Jom kita pergi tengok entah-entah siapa?." ucap En Saifudin.

Mereka terkejut beruk dan mendapati bahawa yang jerit serupa pontianak itu adalah anak paling bongsu daripada 4 beradik,  paling disayangi Pn Aminah dan En Saifudin.

Lalu mereka menuju ke pintu pagar dan membukakan untuk Safina. Tanpa berlengah lagi, Safina terus memberi salam kepada kedua orang tuanya dan mengucup tangan tanda hormatnya Safina kepada orang tuanya yang tersayang. Meraka pun masuklah kerumah sambil menanyakan khabar Safina dan kenapa balik tak bagitahu keluarga nya.

" Rindulah papa dengan mama. Lama sangat Fina tak balik sini tapi dalam rumah kita masih sama je." kata Safina

"Ya Fina semua masih sama seperti 5 tahun dulu." ucap Pn Aminah

"Fina, kalau ya pun call lah papa dengan mama dulu kalau nak balik malaysia. Nanti boleh papa dengan mama jemput, ni tak senyap-senyap je balik." kata En Saifudin

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience