Rate

1

Romance Series 3168

"Abah! Sakit bah.. Abah!"

Rambutku ditarik kasar oleh ayahku. Aku menangis tidak henti dengan perbuatan ku. Kesal dengan perbuatan ku yang memudaratkan diriku. Hampir sahaja aku mengandung pada usia muda itu. Muda? Tidaklah muda sangat. Baru 18 tahun. Aku menarik rambutku dari tangan ayahku. Ayahku memukul ku dengan ganas.

"Abah.. Lia takkan buat macam tu lagi.. Lia minta maaf! Lia salah.. Tolonglah abah.. Lia minta maaf.." teresak-esak aku menangis dan memengang kaki ayahku. Ibu ku yang sudah lama meninggalkannya sewaktu dia berumur 13 tahun. Hanya tinggalkan harta, dia, kakak dan ayahku sahaja.

"Oh! Kau tikam belakang aku ya? Depan baik solehah kat aku, belakang jahanam! Puaka punya anak!" Sudah terlontar perkataan buruk kepadaku. Kepalaku disepak-sepak oleh ayahku. Aku rela mati. Kalau itu takdir ku pada waktu itu, aku berserah.

"Lia minta maaf.. Abah.. Tolonglah.. Lia minta maaf.."

Ayahku menangis juga. Akhirnya perbuatan ganasnya terhenti. Dia terduduk. Aku lantas memeluk ayahku. Aku menangis di bahunya.

"Lia.. Kenapa Lia buat abah macam ni? Abah tak terdaya, nak. Kenapa Lia begini?" Rintih ayahku. Aku mengesat air matanya yang makin merembes. Aku memeluknya dengan erat. Drama anak dan ayah pada waktu malam.

"Lia minta maaf, abah.. Kalau abah nak hukum Lia.. Hukumlah abah.. Kalau abah nak Lia pergi, halau lah Lia.." Air mataku masih mengalir. Walaupun pedih kata-kata itu disaksikan, namun dia terpaksa.

"Abah tak sanggup Lia pergi tapi abah menyesal didik Lia tak berapa elok.."

"Tak.. Bukan salah didikan abah.. Salah Lia. Lia yang ternafsu dengan lelaki tu. Maafkan Lia, bah.." Aku mengucup dahinya yang berkedut. Ayahku masih menangis.

"Tapi nak.. Lia kena kahwin dengan lelaki itu. Itu sahaja nak menutup malu, nak.."

Aku meraup wajahku. Ayahku memeluk erat tubuh kecilku. Aku pula yang menangis teruk. Menyesalnya aku. Berkahwin dengan lelaki yang pernah merogol orang lain. Hancur sudah harapan masa depan ku. Aku menangis kerana kesal.

"Sudah nak.. Abah maafkan Lia.. Tapi Lia kena ingat. Lia kena kahwin dengan lelaki itu.."

"Tapi dia pernah rogol orang lain ayah.." rintih ku. Aku masih genggam erat tangan ayahku. Kalau dua-dua terpaksa atau setuju, maka perkahwinan paksa itu di langsung pada ahad ini. Hati tidak setuju namun terpaksa.

"Lia.. Itulah dugaan hidup. Apa yang kita buat semua kita leka dan apabila kita ditimpa ujian, buatlah. Buat lah ujian tu sampai Lia menikmati kebahagiaan.. Lia bukan tak ada sesiapa tahu? Lia ada abah dengan along.. Kami sentiasa membantu.."

Aku menggaru kepala. Air mataku dikesat oleh ayah. Aku mengangguk perlahan. Aku memeluk erat tubuh tua ayahku lagi. Andai ini hidup ku, aku pasrah. Ku serah pada yang Esa. Walaupun ditimpa dugaan, aku yakin disebaliknya ada hikmah kehidupan.

.
. .

"Abang Akim minta maaf ya? Lia?"

Aku masih mengesat hidungku yang berhingus. Tinggal dua hari untuk melangsungkan perkahwinannya bersama Akim, anak kepada ketua kampung. Malu tak kepalangnya Haji Hasyim mendengar anaknya ditangkap basah. Hajah Zuraida sudah memukul anaknya. Malu bertambah lagi apabila mendengar laporan yang kes rogol yang dahulu tersimpan abadi dibuat oleh Akim.

"Tak pe abang Akim. Lia anggap ini dugaan.."

"Selepas abang Akim buat Lia macam ni, semua dah report yang abang Akim rogol anak mereka. Malu abang Akim.."

Akim memengang tangan ku. Aku mengusap lembut pipinya.

"Abang Akim. Inilah ujian.. Abah kata setiap manusia tidak henti-henti akan ditimpa dugaan. Abang Akim anggap lah ini dugaan sementara buat Abang Akim. Ibu pun ada pesan. Jangan salahkan takdir, kerana takdir itu akan membawa kita kebahagiaan yang amat.." panjang ceramah aku juga. Akim memandangku dengan senyuman manis.

"Janji dengan Abang Akim ya? Kita tempuh dugaan ini bersama-sama.." Jari kelingkingnya di tunjuk. Aku hanya memandang. Lama. Akhirnya aku tersenyum dan mengerat jari kelingkingnya.

"Terima kasih Abang Akim. Lepas ini, Lia akan jadi isteri yang sempurna untuk Abang Akim.."

Akim mengusap daguku. Aku tersenyum tawar. Moga-moga hubungannya akan kekal bahagia.. Ameen..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience