16. Tamparan Amelia

Romance Completed 1572856

Adrian menyemak beberapa dokumen sebelum memanggil Eryna masuk ke pejabatnya. Hanya dalam hitungan saat, terdengar ketukan di pintu bilik

“Come in,” ujarnya.

Eryna melangkah masuk.

“Yes, boss.”

Tanpa berkata apa-apa, Adrian menghulurkan beberapa dokumen kepada Eryna.

“Esok akan ada lelongan untuk pembinaan Acassia Villa di Pulau Perhentian. I nak you hadir dan rekod lelongan tu. Itu dokumen-dokumen tender yang dah dipilih oleh Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Pembelian, dan Jabatan Kewangan dari enam buah syarikat pembidaan. I nak you tengok dan make yourself clear with those documents.”

“Okay.” Eryna mengangguk.

“Satu lagi.”

Kata-kata Adrian itu menyebabkan Eryna yang baru saja hendak melangkah keluar, terhenti seketika. Tanpa bersuara, dia hanya menunggu Adrian meneruskan kata-katanya.

“Tolong book satu meja di Marini’s at 57 untuk malam ni.”

Eryna tersenyum lantas berkata, “Wow, someone will have a romantic dinner tonight huh. Any special occasion?”

“No. I just…” Adrian tidak tahu bagaimana mahu memberitahu Eryna. Eryna walaupun agak lancang, tetapi dia pendengar yang baik dan nasihatnya sentiasa masuk akal.

“I said something rude to her, and...I nak mintak maaf.”

Semalaman dia berfikir tentang kata-katanya walaupun Miya tidak kelihatan terkesan dengan kata-kata itu. Tetapi, semakin tenangnya Miya, semakin tebal pula rasa bersalahnya.

Miya tetap kelihatan bersahaja dan melayannya seperti biasa pagi tadi. Mengejutkannya bangun tidur dan berdiri di sisi katil sehingga dia benar-benar tersedar sebagaimana rutinnya setiap hari. Tidak langsung menunjuk rajuk atau menarik muka di depannya.

Sikap Miya itu membuat dia berasa seperti suami yang kejam dan jahat. Kenapa Miya begitu tenang? Tidak berperasaankah dia?

Dalam kepalanya membayangkan hari ini dia akan berdepan dengan Miya dengan muka merajuknya, atau dengan muncungnya panjang sedepa. Tetapi tidak, Miya tetap seperti biasa. Senyum, suara, riak wajah, tidak ada yang berubah.

“Oh, my god. What did you say to her?” Suara pertanyaan dari Eryna itu membuat lamunan Adrian serta-merta sirna.

“No need to mention it to you. Just book a table for me,” ujar Adrian.

“Okay.” Eryna malas bertanya banyak. Akur dan terus keluar.

Capai telefon di atas meja, Adrian menghubungi Datin Fauziah untuk memberitahu bahawa dia tidak akan mengambil Lora hari ini

"Ada kerja sikit hari ni, maybe balik lambat " Itu alasan yang diberi pada mentuanya.

Sudah tentu Datin Fauziah menerimanya dengan senang kerana sudah lama juga Lora tidak bermalam di rumah neneknya itu sejak dia menikahi Miya.

"Alaa..suruhlah auntie datang ambik Lora." Terdengar rengekan Lora di hujung sana yang tidak lama suara samar-samar itu semakin jelas di telinganya. Mungkin Datin Fauziah sudah menyerahkan telefon kepada Lora.

"Auntie pun sibuk sayang. Tidur rumah atuk mama malam ni, esok daddy ambik okey?"

Lora terdiam agak lama. Merajuklah tu, tetapi Adrian tidak mahu luluh. Dia perlukan masa bersama Miya. Dia tidak tahu mengapa dia perlu memujuk Miya sedangkan Miya tidak menunjukkan sebarang rajuk.

"Esok daddy will pick you up together with auntie. Then we'll go eat ice cream, okay?"

"Okey." Lora bersetuju walaupun nadanya keberatan.

"Good girl. Daddy will hang up now. You take care, okay?"

"Okey daddy."

"Bye baby. I love you."

Selesai dengan Lora, dia menghubungi Miya, memberitahunya supaya tidak perlu memasak makan malam.

MIYA dan beberapa staf Jabatan Pemasaran termasuk Balqis, berada di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bagi membuat persiapan awal di dewan tempat akan berlangsungnya pelancaran koleksi terbaru DayMond Jewels hujung minggu ini. Pelancaran kali ini adalah yang terbesar pernah diadakan oleh DayMond Jewels. Dewan itu telah diubah suai sesuai dengan konsep yang telah dirancang. Sebuah pentas runway di bahagian tengah dan tempat duduk penonton yang terdiri daripada tetamu VVIP dan VIP terletak di kiri dan kanan pentas. Semuanya perlu dipastikan berjalan dengan lancar dan sempurna.

Segala perancangan dan persiapan dibuat oleh Miya dan staff Jabatan Pemasaran. Mereka tidak mengupah Pengurusan Acara dari luar kerana jabatan mereka sendiri mempunyai ramai pakar yang boleh mengendalikan acara berprestij itu. Sebab itu jabatan itu dinamakan Jabatan Pemasaran dan Pengurusan Acara.

Setelah berpuas hati dengan persiapan yang dibuat, Miya bersiap-siap untuk kembali ke pejabat. Dia menumpang kereta Balqis dari pejabat kerana tidak mahu sesiapa melihat dia memandu kereta yang dihadiahkan oleh Adrian. Sejak memandu kereta itu, dia akan memarkir agak jauh supaya tidak dilihat sesiapa.

“Nak makan kat mana ni?” tanya Balqis sambil memandang Miya. Ketika itu mereka beriringan menuju ke tempat letak kereta.

Sudah masuk waktu rehat tengah hari dan mereka akan pergi makan tengah hari telebih dahulu sebelum pulang ke pejabat.

Baru saja mahu membuka mulut menjawab, telefon di dalam beg menjerit-jerit minta segera disahut. Seluk beg tangan, telefon yang masih berbunyi itu dibawa keluar. Melihat nama Adrian berkelip pada skrin, segera dia menjawab panggilan itu.Tetapi, belum sempat benda pipih itu dilekapkan ke telinga, tangannya tiba-tiba disentak kasar dan sebuah penampar hinggap di pipinya. Kuat sehingga terasa pijar kulit muka. Seolah-olah orang yang menamparnya itu menggunakan semua tenaga yang ada untuk dilepaskan ke pipinya.

“Amelia!!!” Balqis menjerit.

Miya yang masih pening selepas ditampar tadi, mula perlahan-lahan berpijak di bumi. Dipandang Amelia yang kelihatan berpuas hati selepas dapat menamparnya.

“Kenapa kau tampar Miya? Tak habis-habis lagi gila kau ni!” Tempelak Balqis. Dia pula yang berang, sedangkan Miya tidak bereaksi.

“Eiii…Cel**a betul kau ni.” Balqis sudah mula mencarut.

BERKERUT dahi Adrian mendengar jeritan Balqis di hujung talian.

Amelia menampar Miya? Wah, berani betul! Apa salah Miya sehingga dia ditampar? Ya, kalau ada salahnya pun, apa hak Amelia menjatuhkan hukum?

"Kenapa aku tampar Miya?!” Kedengaran suara Amelia, beserta dengan ketawanya yang menjengkelkan.

Satu persatu butir perkataan Amelia itu masuk ke telingan Adrian, tetapi sepatah pun dia tidak mendengar suara Miya.

“Hei, Miya! Iqmal dah tinggalkan kau. Kenapa kau masih nak ganggu hidup dia? Kau ni memang perempuan tak tahu malu kan?!” Melengking suara Amelia dengan telunjuk dituding ke wajah Miya.

“Why are you talking nonsense?” Miya bersuara.

Tenang suaranya membuat Adrian pula tidak berpuas hati. Kenapa Miya tidak menengking sahaja perempuan itu? Atau kenapa Miya tidak menamparnya semula? Tolonglah jangan baik sangat Miya!

“Nonsense??” Amelia ketawa sinis, kemudian menyambung, “I’m not talking nonsense Miya!! Aku cek handphone Iqmal masih penuh dengan gambar kau!”

"Oh...aku pun nampak ada gambar kau masuk hotel dengan Adrian Liew. Tak sangka kau semurah tu."

“Semua lelaki kau nak! Berkepit dengan Adrian, check in hotel, pergi pantai. Kemudian bawa anak dia sebab nak tutup perbuatan terkutuk kau kan?”

Terasa seluruh darah di tubuh Adrian menyerbu ke kepala membuat degup jantung mula berubah rentak. Genggaman pada telefon menguat. Bergemertak gigi menahan amarah. Bagaimana gambarnya ke PD bersama Miya dan Lora boleh ada dalam telefon Iqmal?

“Hei, Amelia!!” Balqis sudah hilang sabar. Dituding telunjuknya ke arah Amelia dengan mata mencerlung marah.

“Miya dengan Adrian….”

“Balqis!” Miya segera mencelah; tidak mahu sampai Balqis membocorkan sesuatu yang sepatutnya menjadi rahsia. Perkahwinan dia dan Adrian tidak seharusnya diketahui sesiapa. Tidak kira bagaimana keadaan sekali pun, ia akan tetap menjadi rahsia.

“Amelia, gambar aku dalam telefon Iqmal, itu bukan masalah aku. Itu masalah dia. Marahlah dia. Suruh dia padam semua gambar aku. Tak ada gunanya kau datang sini, marah aku, maki aku. Sia-sia. Jangan letakkan maruah diri kau serendah tapak kaki dengan berkelakuan macam ni.”

Entah kenapa, jawapan Miya itu membuat Adrian tersenyum. Tanpa perlu menengking atau melenting, kata-kata itu bagaikan pedang yang mampu mencincang lumat sisa harga diri yang masih ada dalam diri Amelia.

“Between me and him, we're done. Aku dah tak nak dia. Kau ambiklah. Aku tak suka berebut,” sambung Miya.

"Lagipun benda dah pakai lama. Memang fikir nak buang pun. Nasib baik ada orang datang kutip."

Boom!! Bagai dipanah petir, kejung kaku Amelia sehingga tiada kata-kata keluar dari bibirnya.

Miya ditatap tajam dengan matanya sengaja dikecilkan.

“Dia yang buang kau Miya, bukan kau yang buang dia, kalau kau lupa,” balas Amelia dengan senyum sinis tersungging di bibirnya.

"Oh betul jugak..Dia buang aku, tapi dia tak buang gambar aku."

“What a wh*re. Dasar perempuan pisau cukur. Kau memang suka kejar lelaki kaya nak kikis duit kan?” Hilang kata-kata, Amelia hanya akhirnya mahu menyakitkan hati Miya. Benci dia melihat Miya yang sentiasa tenang. Sesekali dia mahu lihat Miya hilang kewarasan dan menunjukkan sisi dirinya yang paling hina.

Miya malas membalas, walaupun dia tahu Balqis sudah menggenggam penumbuk. Kalau dia tidak memegang tangan sahabatnya itu, rasanya sudah lama lebam muka Amelia dikerjakan. Balqis memang agak baran. Mungkin kerana itu dia dikurniakan teman lelaki yang penyabar.

Melihat Miya sudah mahu berlalu dan tidak mempedulikannya, Amelia berkata lagi, “Who is the next man who will be your victim?”

Langkah Miya terhenti. Seluk beg tangan mengeluarkan dompet. Black Card pemberian Adrian ditarik keluar lantas ditunjukkan kepada Amelia.

"Just as this black card has no limits, so does my love for Adrian. So I won't look for another victim."

Tanpa Miya sedar, kata-katanya itu membuat bibir seseorang di hujung talian yang masih tersambung mengukir senyum. Adrian tahu Miya hanya memprovokasi Amelia, tetapi ya, dia benar-benar gembira mendengarnya.

“I wish you and Iqmal a great happiness, because you two suits together” ujar Miya dan terus berlalu bersama Balqis.

Amelia ketap bibir. Kaki dihentak kuat lantas lantang menjerit dan melemparkan kata-kata kesat kepada Miya namun wanita itu tidak mengendahkannya. Cuma Balqis yang menoleh dan menunjukkan jari tengah kepadanya membuat Amelia bertambah berang. Ditanggal kasut tumit tingginya mahu dibaling kepada Balqis, namun diurungkan niatnya apabila melihat Balqis memanggil pengawal keselamtan yang kebetulan sedang meronda melalui kawasan itu.

Menyedari Balqis menunjuk-nunjuk ke arahnya, segera dia melarikan diri dengan sebelah kaki tidak berkasut. Dalam hati menyumpah-nyumpah Balqis dan Miya.

Tak apa, dapat melepaskan tamparan ke muka Miya tadi pun sudah cukup membuatnya puas. Terasa berbalas sakit hatinya beberapa hari ini. Sudah lebih tiga bulan berlalu, tetapi Iqmal masih tidak dapat melupakan Miya. Walaupun jasad Iqmal bersamanya, tetapi hati dan fikiran lelaki itu masih pada Miya.

Bagaimana dia tidak berang apabila melihat banyak gambar Miya yang diambil secara curi berada dalam telefon Iqmal.

Iqmal ternyata masih mengejar Miya. Sedangkan Iqmal yang meninggalkan Miya dulu. Bagus sangatkah Miya sehingga semua lelaki tergila-gilakannya?

ADRIAN memutuskan panggilan dengan Miya dan menghubungi Richard. Dia perlu pastikan Iqmal dan Amelia tidak akan mengganggu Miya lagi.

“Richard, meet me at Acassia Villa within thirty minutes. I’ll wait for you at the lobby,” ujarnya sebaik sahaja Richard menjawab panggilannya.

“Okay, boss.”

Kemudian, Adrian menghubungi Miya sekali lagi.

“Hallo.” Terdengar suara lembut Miya menyambut panggilannya.

“Where are you?” tanyanya.

“Dalam kereta. Dengan Balqis. Ada apa?” tanya Miya.

“I’ve booked a table at Marini’s at 57 for dinner tonight. Let’s meet there at eight,” ujarnya.

“Okay.”

Keluhan kasar lolos dari bibir Adrian sebaik sahaja dia memutuskan panggilan dengan Miya. Kenapa Miya begitu tenang? Selepas ditampar, diserang dan dihina Amelia, kenapa dia tidak mendengar nada tangis dari Miya?

Sebegitu kentalkah hatinya sehingga tidak ada satu apa pun di dunia ni yang boleh membuat dia menangis?

BEBERAPA minit sebelum melepasi tempoh 30 minit yang diberi Adrian, Richard sampai di lobi Acassia Villa. Adrian sudah menunggu di sana. Melihat kereta Richard, dilebarkan langkahnya ke arah itu sebelum membuka pintu tempat duduk penumpang.

"What's up boss?" tanya Richard.

Tidak menjawab, jari menggeser skrin telefon, sebelum notifikasi mesej sampai ke telefon Richard.

“Aku nak kau cari dua orang ni. Lepas tu bagitahu aku. Kalau boleh sebelum pukul lapan malam ni,” ujar Adrian sambil menunjukkan gambar Iqmal dan Amelia di dalam telefonnya.

“Aku dah hantar gambar tu pada kau,” ujarnya lagi.

“Apa hal pulak kali ni boss?” tanya Richard.

“Perempuan gila tu tampar Miya."

Richard tertawa ringan. Teringat dia perempuan yang telah melanggar kereta seorang lelaki minggu lepas. Adrian bagaikan orang gila mengerjakan lelaki itu sehingga terpaksa menerima lapan jahitan di bibirnya, walaupun Miya tidak mengalami sebarang kecederaan. Dengan kuasa yang dia ada, lelaki itu tidak membuat laporan polis, sebaliknya diberikan ganti rugi, cukup untuk membuatkan dia tidak membuka mulut. Tetapi perempuan yang ini telah menampar Miya, dia tidak dapat membayangkan apa tindakan Adrian nanti.

“This Miya is really driving you crazy, huh?” ujar Richard.

“She's too kind and delicate, and don’t know how to fight back. If it’s Dahlia, don’t expect her to let them go easily.” Entah mengapa Adrian membandingkan Dahlia dengan Miya pula.

“I can see that.” Richard ketawa.
“I’ll find them,” sambungnya lagi.

“Good.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience