Bab 4

Drama Series 3179

Makanan yang dipesan oleh Siti Farah tidak disentuh sebaliknya dia hanya tersenyum senyum seperti orang angau "oitt! Dah pikir nak kawin dengan syafiq ke?" Amira aimi menegur. Siti Farah tersedar "cehhh..eh tapi aku syok kat dia lahh" ujar siti Farah. Nadia insyirah hanya terdiam memikirkan tentang muzaffar danial "aku dah agak dah.. masa kecik kecik dulu.. kau punya marah kat dia memang tahap maksima.. tak boleh berjumpa langsung.. kalau berjumpa.. berperang tak ingat dunia" Amira aimi membebel "haa? Syafiq sekolah dengan kita?" Soal siti Farah dengan wajah teruja "iye lah" jawab amira aimi selamba "yang selalu ejek aku tu ke?" Soal siti Farah tidak berpuas hati "yup!" Jawab amira aimi seraya mengangguk "tipu!" Jerit siti farah kecil "betul lahh.. kau kenapa?" Giliran amira aimi pula untuk menyoal siti Farah "ishh.. dulu bukan ke tak handsome?" Soal siti Farah tidak percaya "duluuu..sekarang dah berubah.. kau dulu pon mana ada kurus cun cun macam ni" perli amira aimi. Siti Farah hanya menjeling. Nadia insyirah yang asyik mendengar perbualan itu mencelah "ni orang kata.. jangan benci lama lama nanti terjatuh sayang"ujar nadia insyirah.siti Farah dan amira aimi terdiam "dah makan cepat.. aku nak pergi tengok wayang.. nak ikut?" Pelawa nadia insyirah "eh! Mestilah nak.. tapi kau belanja boleh?" Bodek amira aimi sambil matanya dikerdip kerdipkan "beres aja" jawab nadia insyirah dalam bahasa indonesia. Setibanya mereka di Shopping complex, mereka berjalan menuju ke panggung wayang "korang nak tengok cerita apa?" Soal nadia insyirah "cerita hantu ah! Baru syok!" Jawab siti Farah "ha'ah.. cerita hantu lah syirah" sokong amira aimi "Okay Okay.. korang pergi beli popcorn dengan air.. aku pergi beli tiket" arah nadia insyirah "Okay! Lepastu kitorang tunggu situ tau" beritahu amira aimi kepada nadia insyirah. Nadia insyirah mengangguk kemudian berlalu ke kaunter tiket. Selesai membeli tiket nadia insyirah berjalan menuju ke arah rakan rakannya tetapi dipanggil oleh seseorang dari belakang "syirah!" Laung seseorang "kau lagi?!" Suara nadia insyirah mula meninggi kerana seseorang itu ialah muzaffar danial! "tiket wayang awak jatuh tadi.. awak nak tengok cerita hantu eh?" Soal muzaffar danial. Nadia insyirah merampas tiket yang berada di tangan muzaffar danial "awak marah saya lagi ke?" Soal muzaffar danial lagi "kau sibuk apahal?!" Keras suara nadia insyirah. Nadia insyirah menjeling muzaffar danial dan ingin beredar dari situ tetapi muzaffar danial menarik lengan nadia insyirah terlebih dahulu "lepas lah!" Marah nadia insyirah "taknak! Selagi awak tak jawab soalan saya.. saya takkan lepas" muzaffar danial mula mengugut "SEBAB HATI AKU TAK TERBUKA UNTUK KAU LAGI.. puas hati?" Jawab nadia insyirah sambil mengawal suaranya "tapi kenapa wak?" Soal muzaffar danial "aku dah jawabkan.. lepas ah!" Ujar nadia insyirah. Muzaffar danial melepaskan lengan nadia insyirah. Nadia insyirah tidak membuang masa selepas muzaffar danial melepaskan lengannya, dia terus berlalu. Muzaffar danial masih dalam keadaan terkejut dengan nadia insyirah. Nadia insyirah yang dia kenal dulu tidak pernah menengkingnya seperti kini

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience