BAB 5

Family Series 2871

#########

Nizam melihat gambar seseorang yang terselit di dalam poket begnya.Dia berasa pelik kerana masa dia angkat beg tu keluar dari kereta mana ada gambar itu.Dia segera menarik gambar itu.Nizam tergamam.Rasanya itu gambar keluarganya yang diberi oleh Nani kepadanya.Di dalam gambar itu terdapat sebuah kereta yang telah kemalangan.Mungkin jatuh gaung.Di dalam kereta itu terdapat sepasang suami isteri dan dua orang anak kecil.Satunya masih hidup dan satu lagi kelihatan sudah kaku.Nizam pasti yang masih hidup itu dia.Gambar itu seperti dipotong dari akhbar.Rindunya kepada ahli keluarga kandungnya mendatang.Tidak pernah dia merasai kasih sayang ibu bapa kandungnya.

#########

‘Hargh!Bencinya aku ngan dia!Dh lah anak kutip lepastu nak suruh aku buat keje yang tak patut!Ko ingat aku nak biarkan kau camtu jer!Jangan ingat aku nk buat!'Hati Nazim berkata-kata.Bencinya membara pada adik angkatnya yang bernama Nizam.Nk saja dihalau dari rumahnya tetapi dihalang oleh ayahnya.Ibunya pun berdiam walaupun ibunya membenci Nizam.Mungkin takut dimarahi En Hisyam.Nazim berpaling ke arah meja makan.Masih sama.Baginya makanan dibandar lebih enak drp makanan di kampung.Walaupun mereka meninggalkan makanan untuknya tetapi dia hanya akan meminum air masak sahaja atau ikan goreng.Selebihnya tidak dimakan.“Zim,pergi makan.Nnti tak makan kena gastrik pulak"Lamunan Nazim terhenti.Dia memberi sebuah senyuman yang kelat.“Baik,Nek"Balasnya sambil berlalu ke meja makan.Nenek Mah hanya menggeleng-geleng kan kepalanya.Faham benar dengan perangai Nazim yang tidak sukakan kampung.Nizam hanya menjadi pemerhati.

#######

Petangnya....Nizam dan Nazim berjalan kearah kebun yang terletak di belakang di rumah atuknya.Atuknya seperti sedang mecantas rumput.Nazim hanya duduk di pondok.Malas bekerja.Nizam pula segera menolong atuknya yang letih.“Atuk,biar Nizam yg buat keje.Atuk pergi rehat"Tuk Man hanya mengangguk.Dia tahu Nizam jenis orang yang suka menolong.“Hai,Nazim tk tolong adik kamu ker?!"Perli Tuk Man.Nazim menggelengkan kepalanya.Malas menjawab.Tuk Man memandang Nizam dgn penuh simpati di hati.Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia menolong Nizam,tetapi kerana dia mahu membuat kerja tanpa bantuan terpaksalah dia melepaskan tangan dari membuat kerja.Dibawah pondok inilah dia melepaskan lelahnya.Tiba-tiba kedengaran jeritan Nizam dari jauh.Tuk Man panik.Dia segera mendapatkan Nizam yang terduduk di atas tanah.“Ya Allah,Nizam!"Kelihatan Nizam cuba menahan kesakitan dengan memegang kakinya.Darah memancut keluar dengan laju.‘Terkena cangkul agaknya'Fikir Tuk Man sambil memapah Nizam masuk ke dalam.Nazim mengekori mereka dari belakang.‘Padan muka'Desis hati Nazim dan diiringi ketawa perlahan.

########

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience