SAMBUNGAN dari episod satu BAB 1.

Fanfiction - KPOP Series 979

"Alahai Minho,ada juga orang suka pada kau ya."
"Ada ada aje kau ni."Aku tersenyum memandangnya."Kau tak percaya dengan bukti yang aku ada ni ?"Soalku.Sungguh aku tak mahu dia mengecewakan Yuki.Dia hanya diam sambil menunduk memandang lantai.Aku memegang bahunya."Minho.Aku tahu kau ada ramai peminat.Tapi aku tahu....Walau kau nafikan macam mana sekali pun,kau pasti ada sedikit perasaan pada Yuki setelah kau tahu hal sebenarnya."Kataku seolah olah memahami isi hati Minho.Padahal bikan tahu pun.

"Sebab kalau aku pun...Aku tetap akan rasa benda yang sama.Percayalah..."Kataku lagi.Dia masih diam sambil merenung aku dalam.

"Macam mana kau dengan Kakao ?"Mak aii...Tetiba aje."Apahal aku dengan dia pulak ?"Soalku kembali.Dia tersenyum penuh makna."Korang kan tinggal bersama.Kalau kau tahu dia ada perasaan sayang pada kau macam mana perasaan kau ?"
Oooh...Ni kiranya pulangkan paku beraslah ni.(Ada ke ayat ni dalam bahasa korea ?)
"Mestilah aku pun sayang dia.Cuma...Sayang dia sebagai adik beradik.Kau faham ke tak ?"Aku menjawab dengan berani.Harap dia fahamlah maksud aku.

Senyuman dia semakin lebar."Kalau dia sayang kau lebih dari adik beradik kau nak buat apa ?
Kau kata kau sayang dia.Tapi takkan kau nak lukakan hati dia pula ?"

"Kau ni apahal ?Tiba tiba saja babitkan aku dengan Kakao.Kita bincangtentang kau dengan Yuki.Bukan aku dengan Kakao lah..." Dia tergelak besar melihat aku tersipu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience