“Hari ni saya nak mintak keluar lepas lunch hour.”
Kata-kata Miya itu membuat suapan Adrian terhenti. Diletakkan semula sudunya ke pinggan sebelum menatap lekat wajah Miya yang nampak tenang mengunyah.
“Nak jumpa siapa pulak kali ni?”
“Ermmm…Tak ada sesiapa. I just have to go somewhere.”
“Where?”
“Nak cari baju untuk Lora. Nanti dia kena perform dengan cikgu piano dia untuk konsert Jazz piano festival.”
Adrian diam. Dia tahu tentang itu dan alasan Miya itu juga terdengar munasabah. Tetapi entah mengapa dia masih ragu. Mungkin kerana baru seminggu lalu Miya meminta izin keluar selepas waktu makan tengah hari dan sehingga hari ini Miya masih belum berterus terang dengannya.
“Kalau macam tu biar saya pergi dengan awak.”
“Eh tak apa. Awak kena semak dokumen penjualan Acassia Villa Kyoto tu. Saya boleh pergi sendiri.”
Nah, Miya seperti mahu mengelak lagi. Sama seperti seminggu lalu.
“Biar Akram yang hantar.”
Miya mengangguk. “Ermmm okay.”
Persetujuan Miya itu tidak membuat Adrian percaya begitu saja. Diarahkan juga Richard mengekori kereta Akram. Benar Akram menghantar Miya ke Pavillion, namun setelah kereta Akram berlalu, Miya keluar semula dan beberapa minit kemudian menggunakan perkhidmatan GRAB menuju ke klinik yang dikunjunginya minggu lalu.
Adrian mendesah kasar. Mengapa Miya perlu menipu dan apa yang Miya cuba sembunyikan?
“Ini hasil ujian minggu lepas. Kepekatan progesterone kalau tengok dekat sini, 1.8 nmol/l. Kepekatan normal antara 0.5 hingga 2.2 nmol/l. So, tak ada masalah,” ujar Doktor Mazni sambil menunjukkan keputusan ujian kepekatan hormon progesterone yang dijalani Miya minggu lalu.
“Normal maksudnya saya tak ada masalah untuk mengandung?”
“Yes. Tapi hari ni kita kena buat ujian darah dulu untuk kesan kandungan hormon FSH dan LH. Hari ni hari ke berapa period puan?”
“Hari kedua.”
“Okey, kita ambik darah dulu.”
SELESAI ujian darah, Miya membuat bayaran di kaunter sebelum melangkah keluar dari klinik. Namun langkahnya terbantut apabila melihat susuk lelaki yang sedang bersandar pada kereta di depan klinik itu. Tegak tubuh Miya bagai dipaku ke tanah. Detak jantungnya usah ditanya lagi. Bagaimana Adrian tahu dia di sini? Apa Adrian mengekorinya?
“A…Ad…Rian…” Tergagap-gagap Miya menyebut nama suaminya itu. Kecut perutnya melihat wajah Adrian yang berkerut masam. Raut wajah yang sering lelaki itu tampilkan di awal pernikahan mereka dulu.
Tidak menanggapi sapaan Miya, Adrian memutari keretanya ke bahagian penumpang sebelum membuka pintunya.
“Get in,” ujarnya.
Lambat-lambat Miya melangkah dengan perasaan takut-takut.
Adrian, kalau buat muka berkerut masam begitu, sumpah mahu mengangkat muka pun Miya tidak berani. Lelaki itu jika bertingkah manis, kalah gula batu. Tetapi sekali dia tarik muka, susu pekat manis pun boleh rasa masam.
Tanpa berkata apa-apa, Adrian menutup pintu kereta setelah Miya masuk ke tempat duduk penumpang. Sementara dia, kembali ke ruang pemandu, menghidupkan enjin dan terus memecut keretanya keluar dari perkarangan klinik.
“Saya…Saya...Belum beli baju Lora.” Takut-takut Miya memberitahu bimbang dimarah atau ditengking kerana tertangkap menipu. Tetapi dia memang berhajat mahu membeli baju Lora selepas selesai urusannya di klinik.
Adrian masih tidak berkata apa-apa, membuat Miya juga tidak berani bersuara lagi. Namun lebih 30 minit kemudian, Adrian memarkirkan keretanya di tempat letak kereta Pavillion.
Penuh sopan santun Miya menanggalkan tali pinggang keledar sebelum membuka pintu. Persis puteri raja yang disambut di karpet merah, dengan penuh keayuan dia keluar dari kereta. Menautkan kedua-dua tangan di depan, dengan penuh kesabaran dia menunggu Adrian. Namun lelaki itu terus melangkah meninggalkannya di belakang sebaik sahaja keluar dari kereta. Terkedek-kedek Miya berlari mengejar.
Masih tiada percakapan atau obrolan antara mereka sehinggalah mereka tiba di depan butik Gucci.
Sementara Miya memilih-milih baju, Adrian sibuk dengan telefonnya. Sesekali Miya melirik suaminya itu yang masih tidak berubah rona wajahnya.
‘Aduh, macam mana nak buat ni?’
Dia boleh saja meminta maaf, namun dia takut dengan reaksi Adrian selepas itu. Baran Adrian dia sudah arif benar.
Sehingga dia selesai memilih baju dan membuat pembayaran, Adrian tetap begitu. Malah sepanjang di dalam kereta sampai ke pejabat, tidak ada sepatah perkataan keluar dari mulut Adrian, membuat Miya benar-benar bercelaru.
Duduk di mejanya di dalam bilik bersebelahan bilik Adrian yang dipisahkan melalui smart glass, Miya menongkat kepala memandang suaminya itu.
“Aduh, sepatutnya sekarang aku marah ke dia marah? Macam mana dia tahu aku kat situ? Dia upah orang ikut aku ke?”
“Jadinya aku nak kena marah dia balik ke?” Miya cepat-cepat menggeleng. Yang terang-terang salah sekarang dia. Dia berbohong dan tidak menceritakan perkara sebenar. Sekurang-kurangnya dia perlu meminta maaf terlebih dahulu sebelum berbalik marah kepada Adrian.
Tetapi bagaimana mahu meminta maaf jika Adrian tetap dengan muka ketatnya itu?
Ketika Miya masih berfikir-fikir, tiba-tiba dia melihat seorang wanita melangkah masuk ke bilik Adrian dan disambut hangat oleh lelaki itu. Cantik dan seksi dengan rambut panjang ikal di hujung, serta dress seksi separas lutut. Seksi yang tidak keterlaluan, tetapi tetap saja seksi. Dan ya, kenapa perempuan itu masuk ke bilik Adrian tanpa melaluinya terlebih dahulu? Seingatnya Adrian tidak ada temu janji dengan sesiapa selepas waktu makan tengah hari. Jadi, siapa perempuan itu?
Ahh, geramnya!!!! Miya seperti mahu menjerit histeria saat melihat Adrian menjabat tangan perempuan itu dan mempersilakannya duduk di sofa dalam biliknya. Senyum ramah yang terpapar pada wajah Adrian membuat Miya benar-benar diasak cemburu.
“Dengan aku bukan main pasang muka ketat. Dengan perempuan lain boleh pulak dia senyum-senyum. Benci! Benci!”
Bertambah sebal apabila melalui interkom, Adrian memintanya membancuh dua cawan kopi. Ya, itu memang termasuk dalam salah satu tugasnya memandangkan dia sendiri tidak mahu orang lain membancuh kopi untuk Adrian. Trauma dengan Eryna membuat dia begitu waspada dengan apa yang masuk ke perut dia dan Adrian. Dia tidak pernah mempermasalahkan itu. Tetapi yang membuatnya sebal adalah Adrian yang tadi tidak berbicara dengannya, kini boleh pula mengarahnya membuat kopi. Wah, ada lagi suara dia rupanya.
Namun Miya menurut juga. Siapa tahu wanita itu adalah rakan perniagaan Adrian yang penting, meskipun cara mereka berkomunikasi tidak kelihatan seperti itu. Terlalu mesra untuk dikatakan rakan perniagaan, tetapi terlalu melampau juga untuk mengatakan mereka punya hubungan sulit.
Selesai menyediakan dua cawan ristretto seperti yang diminta, Miya membawa dulang minuman itu ke bilik Adrian.
Memaniskan wajah, dia meletakkan dua cawan ristretto itu di atas meja. Sekalipun geram, sikap professional perlu dijaga. Tidak mungkinlah dia terbawa-bawa emosi sehingga menyimbah kopi ke muka perempuan itu meskipun dia teringin melakukannya.
“So, this is your new PA?” Perempuan itu bertanya ramah dengan senyum manis terukir di wajah cantiknya.
“Yeah.” Adrian mengiakan.
Miya pula tersenyum sambil mengangguk hormat. Tertunggu-tunggu jika Adrian mahu memperkenalkannya sebagai isteri, namun tidak ada. Membuat dia kecewa dan terasa tidak dihargai.
“Hi, I’m Abigail. Me and Adrian are childhood friends.” Wanita itu memperkenalkan dirinya.
Miya hanya mengangguk-angguk sambil tersenyum. “I see.”
“What’s your name?”
“Zainab.” Miya menjawab sebarang saking sebal.
Adrian yang baru menghirup kopinya tersedak mendengar jawapan Miya. Spontan Abigail mencapai tisu lalu dihulurkan kepada Adrian membuat Miya semakin geram.
“Kenapa tak tolong lapkan sekali,” desisnya geram.
“Did you say something?” tanya Abigail.
“Oh, tak ada. Saya keluar dulu ya. Enjoy your ristretto.”
“Eh Zainab…Zainab…Tunggu.”
Langkah Miya terhenti. Toleh, wajah Abigail dipandang dengan senyum manis. “Ya?”
“Miya. Her name is Miya.” Adrian bersuara.
“Tapi tadi…” Abigail kelihatan bingung.
“Oh…boss masih teringat PA yang dulu. Yang dulu memang namanya Miya. Tapi berhenti sebab dah kahwin.”
“Oh…” Abigail angguk sekali. “Zainab dah kahwin?”
“Belum.”
Lagi-lagi jawapan Miya membuat Adrian nyaris tersedak. Dikerling Miya dengan tatapan tajam, namun wajah Miya yang seperti tidak peduli itu membuatnya semakin panas hati.
“Cik Abigail perlukan apa-apa lagi? Kalau tak ada, saya keluar dulu.”
“Actually, I came to ask Adrian’s opinion about my wedding concept.”
Diam-diam Miya memutar bola matanya saat Abigail sibuk membelek album yang memaparkan beberapa konsep majlis perkahwinan dan perbuatannya itu tertangkap oleh mata Adrian.
“I’m sure he’s very good at it,” balas Miya sambil melorek senyum paling manis untuk tetamu istimewa suaminya itu. Namun dalam hati, lain pula kata-kata yang bergaung.
Kenapa tak tanya bakal suami kau je? Tanya suami orang buat apa?!
“Yeah. He’s a very classy man and always has good taste. Tapi, sebab you pun ada kat sini, apa kata kalau you bagi pendapat?”
“Me?” Miya kelihatan terkejut sebelum dia menggeleng cepat. “The wedding concept should be chosen by the groom or the bride.”
“Yeah. Memang sepatutnya macam tu. Tapi tak salah kan kalau kita minta pendapat orang lain? Sebab I sekarang pun dah bingung, tak tahu nak pilih konsep macam mana. That’s why I datang cari Adrian. He never disappoints me,” kata Abigail sambil tersenyum melirik Adrian.
Yeah…Yeah…I hope you are not another crazy woman who is crazy about him. Ah…Lagi-lagi Miya bersyukur apa yang terlintas di benaknya itu hanya bergema dalam hati dan tidak terluah di bibir.
“My boss is so sweet with his childhood friend,” ujar Miya. Terdengar ikhlas nadanya namun sinar matanya tidak dapat menyembunyikan rasa cemburu itu. “I also wish to have a childhood friend like him.”
“It’s too late for you to find a childhood friend,” ujar Abigail lalu tertawa.
Miya pula hanya menanggapinya dengan senyuman.
“Apa kata you tengok, then you suggest yang mana yang you rasa cantik.” Abigail menolak album itu ke depan Miya sebelum dia beranjak sedikit, memberi sedikit ruang kepada Miya untuk duduk di sebelahnya. “Bila I yang tengok, I tak boleh pilih. Have you ever heard of bride’s dilemma? That’a what I experienced right now.”
Dengan masih memeluk dulang kopi tadi, Miya akhirnya melabuhkan duduk di sebelah Abigail. Dibelek album yang memaparkan 10 jenis konsep perkahwinan. Diperhatikan satu persatu penuh saksama seperti yang dilakukannya saat meneliti kertas kerja atau dokumen yang perlu ditandatangani Adrian.
“I think…” Setelah beberapa minit meneliti tanpa Adrian ataupun Abigail menyela, Miya akhirnya bersuara. “…I’m more into modern wedding.”
“Really?”
“Yeah. Just imagine about clean lines, geometric shapes, minimal design, and using a mix of materials in a monochrome color palette. And you can put a modern spin on anything like…your wedding dress for example. I mean…a minimalist wedding dress yet still looks stylish and elegant. For interior deco, maybe you can use ghost chair for the guests, lilies as table deco, and…go for all white for everything.”
“Wow…”
“I’m sorry. I gave too much, right?”
“No…No…No…It’s okay. Your opinion has given me some ideas.”
“Kalau macam tu, I keluar dulu.” Miya bangkit. Sebelum keluar, dia memandang Adrian sekilas sebelum jelingan tajam dia hadiahkan, namun Adrian tetap dengan wajah datarnya seperti tadi.
Kembali ke biliknya, sesekali Miya menjeling Adrian dan Abigail di bilik sebelah yang masih rancak berbincang.
“Bukan main lagi. Macamlah dia yang nak kahwin.” Miya merungut sebal.
DENGAN masing-masing masih memendam perasaan tidak puas hati, sepanjang perjalanan dari pejabat, ke rumah Datin Fauziah, sehingga mereka sampai ke kondo, tiada sesiapa baik Adrian mahupun Miya yang bersuara.
“Lora nak makan apa malam ni?” tanya Miya sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke rumah.
“Lora dah kenyang makan rumah atok mama.”
“So, tak nak makan apa-apa?”
Lora geleng sebelum berlari masuk ke biliknya. Miya toleh berniat mahu bertanya jika suaminya itu mahu makan apa-apa, namun Adrian sudah berlalu ke bilik.
Miya menarik nafas dan menghembusnya perlahan. Dia sebal dengan Adrian selepas kedatangan Abigail siang tadi, namun dia tidak lupa salahnya yang berbohong kepada suaminya itu. Paling tidak, dia perlu meminta maaf terlebih dahulu sebelum merajuk semula dan giliran Adrian pula meminta maaf.
Setelah memastikan Lora mandi dan menukar baju, dia melangkah ke bilik. Bunyi pancuran air di dalam bilik mandi menunjukkan Adrian masih di dalam sana. Miya akhirnya melabuhkan punggung di hujung katil, menunggu Adrian selesai.
Beberapa minit kemudian, bunyi air itu berhenti sebelum pintu bilik mandi dibuka. Miya menegakkan tubuh dan bersedia menyapa suaminya itu, namun wajah dingin dan tegang Adrian yang melewatinya begitu sahaja membuat dia terbantut.
Namun dikeraskan hatinya. Bangun lantas membuntuti langkah Adrian ke walk-in closet. Terhenti sejenak langkahnya, memberi ruang paru-paru mengambil nafas sebelum sesak semula andai Adrian menolak kata maafnya.
Berhenti-hati mengatur langkah mendekati Adrian, sebelum tubuh suaminya itu dia peluk dari belakang. Beri sentuhan dulu, sebelum menutur maaf.
Terhenti pergerakan Adrian yang sedang membutang baju tidurnya.
“I’m sorry,” ujar Miya.
Adrian menghela nafas. Jika sudah begini, mana mungkin dia marah lagi. Namun, tidak cukup dengan hanya kata maaf. Dia mahukan penjelasan.
“Kenapa awak tipu saya?”
Diam.
“Awak buat apa kat klinik tu?” Adrian bertanya lagi apabila Miya diam tidak menjawab pertanyaannya.
Masih diam.
“Awak sakit ke?”
Miya geleng, dan Adrian dapat merasai pergerakan itu di belakangnya.
“Habis tu kenapa? Awak tak mengandung kan?”
Entah mengapa pertanyaan Adrian itu membuat mata Miya memanas sebelum tanpa sedar, cecair bening itu mengalir dari sudut matanya. Namun, cepat-cepat dikebam bibir, menahan tangisan itu daripada lolos keluar. Saat Adrian mahu memutar tubuhnya, Miya mengeratkan pelukan. Biarlah mereka terus dalam posisi itu sehingga dia mampu mengawal tangisannya.
“Kenapa Miya? Kalau awak ada masalah, bagitahu saya. jangan sembunyikan apa-apa. I’m your husband. And I don't want to just be your husband. I want to be everything for you. When you lied to me, you hide something from me, saya rasa macam tak berguna, saya rasa macam saya bukan orang yang penting dalam hidup awak.”
“No…No…Bukan macam tu.” Tangisan yang ditahan tadi akhirnya lolos juga saat mendengar penuturan Adrian.
Mendengar tangisan Miya, Adrian memutar tubuhnya. Kali ini Miya tidak berkeras. Memaut kedua-dua bahu Miya, Adrian memandang wajah isterinya yang sedang menunduk sambil menyeka air mata itu.
“Tell me, Miya…What are you hiding from me?”
“I…” Tertahan-tahan suara Miya kerana tangis perlahan tadi mula menjadi sedu-sedan. “…underwent a fer…fertility test.”
“What?” Adrian menganga tidak percaya. “Why…Why did you…”
“Doktor pernah bagitahu saya, kesan sampingan pil gugur tu akan buat saya jadi mandul. Dia kata kalau saya nak mengandung lagi, saya kena buat ujian kesuburan.”
Sontak Adrian menarik Miya ke dalam pelukannya. Diusap belakang Miya yang tangisnya semakin menjadi-jadi. Baru dia teringat saat dia menghubungi Miya selepas isterinya itu keguguran beberapa bulan lalu, Miya ada menyebut tentang itu.
“Habis tu kenapa awak sorok daripada saya? You can tell me and we will go through it together.”
“Saya takut awak kecewa.”
“Saya lagi kecewa bila awak buat macam ni, Miya.”
“I’m sorry.”
“Dah berapa kali awak buat ujian tu?”
“Dua kali.”
“So, macam mana?”
“Sakit.”
“Apa yang sakit?” tanya Adrian lantas meleraikan pelukannya.
“Ambik darah. Minggu lepas buat ujian darah untuk kesan ovulation. Kena buat tujuh hari sebelum period. Hari ni buat ujian darah untuk check the imbalance of FSH and LH hormones.”
“What’s that?”
“FSH tu hormone that helps manage the menstrual cycle and stimulates the ovaries to produce eggs. Kekurangan hormon tu akan menyebabkan fungsi ovari jadi lemah. Doktor kata, bila fungsi ovari lemah, folikel ovari takkan berkembang dengan baik, and will not release an egg, thus leading to infertility. And LH is a hormone that helps control the menstrual cycle and triggers the release of an egg from the ovary,” Miya menerangkan semula apa yang difahaminya daripada penerangan doktor tadi kepada Adrian.
“Tapi awak pernah mengandung sebelum ni. That means, there is nothing wrong with your ovaries and its function.”
“Itu sebelum saya ambil pil gugur tu.”
“Miya…”
“Just let me do the test. Please…”
Adrian diam. Bukan dia tidak mahu membenarkan, tetapi dia bimbang jika keputusannya tidak memihak kepada Miya, isterinya itu akan dihempap rasa kecewa yang maha berat. Sungguh, melihat Miya kecewa adalah perkara yang paling ingin dia elakkan.
“Macam mana dengan ujian darah tadi?”
Miya geleng. “Belum tahu. Nanti ada temu janji lagi untuk buat HSG.”
“Ujian darah yang pertama tu?”
“Doktor kata tahap progesterone saya normal, so should be no problem. Kalau terlalu rendah tu akan menyebabkan kemandulan.”
Adrian tersenyum. “So, dah lega?”
“Emmm…” Miya mengangguk.
“Bukan awak takut sakit, sampai pernah terfikir nak ambil anak angkat?”
“Itu dulu. Sekarang saya takut, kalau saya tak boleh bagi awak anak, awak cari perempuan lain.”
Tap! Tidak bercakap banyak, Adrian menjentik dahi Miya membuat isterinya itu meringis pedih.
“Dalam kepala orang perempuan, memang tak ada fikir benda lain ke?”
“Memanglah. Saya baru tipu awak sekali, tapi awak dah berani bawak perempuan lain masuk office, tanpa temu janji, tanpa melalui saya.”
Adrian tertawa senang. Miya cemburu. Itu yang dia suka. “Abby? Abigail?”
“Abby? Abigail?” Miya mengajuk nama itu dengan nada mengejek. Panas hatinya setiap kali mengingat wajah perempuan itu.
“Are you jealous?”
“Of course! You’re my husband. Tapi awak buat saya macam tak wujud. Awak cuma perkenalkan saya sebagai PA, tapi tak perkenalkan saya sebagai isteri awak, padahal dia datang bukan untuk urusan kerja pun. Setakat nak tanya tentang wedding concept, apa dia dah ketandusan sahabat handai dan saudara mara ke?”
Menganga Adrian melihat Miya menghabiskan ayat itu dengan hanya satu nafas.
“Tahu pun macam mana rasanya bila dianggap tak wujud. Macam tulah yang saya rasa bila awak tipu saya dan senyap-senyap pergi klinik buat check up.”
Miya terdiam apabila Adrian mula memulangkan paku buah keras.
“Sakit hati kan?” Puas hati Adrian dapat membuat Miya terdiam.
“Oh, jadinya awak nak balas dendamlah?”
“Yes.”
“So kita dah seri 1-1.”
“Nope. Awak yang buat salah dulu, jadi awak kena minta maaf dulu.”
“Saya dah minta maaf tadi.”
“Sorry means nothing with just words. I want you to prove it.”
Miya diam, berfikir-fikir sebelum akhirnya dia tersenyum. Dengan nada gemersik, dia bertanya, “Lora dah tidur. Wanna try something hot and spicy?”
Ah, kata-kata Miya itu benar-benar membuat fikiran Adrian sudah berkelana entah ke mana-mana.
NAMUN, imaginasinya yang sudah berkelana jauh hingga ke lautan Hindi, seperti tenggelam ke dasar lautan saat melihat semangkuk ramen dengan asap masih berkepul-kepul di atas meja.
“So…this is what you mean by something hot and spicy?” tanyanya dengan hati mendongkol geram.
“Yes. Lora dah tidur. Inilah masanya kita nak makan mee segera,” jawab Miya santai lalu memutar ramen di dalam mangkuk lantas disuap ke mulutnya.
Tidak dipeduli tatapan mata Adrian yang seperti mahu menelannya hidup-hidup.
"Nak try?" Ditolak mangkuk itu ke arah Adrian.
"It's really hot and spicy," ujarnya selamba, membuat semakin kecil mata Adrian memandang isterinya itu.
Share this novel