*Tahun pertama*
" Layla, awak nak bagi kat siapa coklat tu?" Ruby bertanya kepada Layla yang sibuk peluk coklat sambil tersenyum macam orang gile.
"Mestilah kat Clint. Dia kan buah hati saya!!" Ruby hanya boleh bersabar dengan sikap Layla yang hyperaktif. Cakap pasal Clint je, mesti ade je bende nak puji pasal mamat tu.
"Awak pulak? Awak nak bagi siapa coklat tu?" Layla mengarahkan jari telunjuknya ke arah kotak merah yang berada di dalam beg merah kecil Ruby. Ruby terus sumbat coklat tu dalam-dalam.
" Ehhh! Ta-tak-takde sesapalah. Lagipun, siapa saya nak bagi?" Ruby mengarahkan mukanya ke arah lain. Mukanya merah semerah hood merah yang dipakainya.
" Ouhh....Saya tau siapa. A" Ruby terus menyumbat roti,bekas makan tengah harinya ke dalam mulut Layla. " Siapa je nak bagi die" Ruby meninggalkan Layla di belakang dan terus masuk ke kelas.
"Hoh bethol thu, chakap jhe la"
* Lepas sekolah*
" Steady Ruby, tarik nafas hurp" Ruby baru sahaja nak buka pintu bilik darjah itu, tapi terhenti apabila terdengar suara esakan dari dalam. Ruby mendekatkan telinganya ke pintu.
" Aku tak nak. Pi sana. Ganggu hidup aku je."
"Ta-tapi I-I dah buat penat-penat coklat ni..Please, accept it"
" Aku tak nak! Kau tak faham ke?! Aku penat tau tak! Penat nak layan fangirls aku yang berlambak nak bagi coklat! Kau pon same nak bagi? Kau pon dengan dorang kan?! "
"No, I'm not one of-" Belum sempat gadis itu habis bercakap, Lelaki misteri itu dah potong.
"No apenye! Lepas aku ambik coklat ni, mula la kan kau nak berlagak depan diorang 'Wei, Dia terima coklat aku' . Ingat aku tak tau ke! Hei, Pergi mampos la!" Dengan itu, lelaki misteri tersebut mengambil beg galasnya dan keluar dari kelas tu. Meninggalkan gadis itu sendirian.
Ruby melihat lelaki itu pergi. Niat nak mengejar tak jadi. Ruby teringat ayat-ayat kasarnya tadi.
' Fangirls aku berlambak nak bagi coklat'
' Kalau die ingat aku fangirl die camne? Takpelah. Aku bagi tahun depan jelah'
* Tahun Kedua*
Rutin sama Ruby buat setiap Valentine. Tanya Layla siapa punye coklat, jawapannya tetap sama.Clint. Yang lainnya tahun ni, Layla dah tak banyak keluar lepak dengan Ruby. Ruby pulak, selalu pergi jamuan teh Kagura di taman sekolah macam zaman waktu kecik diorang.
"Ruby,Ruby..tahun lepas awak bagi tak coklat tu?" Ruby menunduk lesu dan menggeleng. Bila Layla cakap pasal tu, Ruby teringat pasal kejadian valentine tahun lepas.
" Saya baru perasan yang dia ade ramai peminat. Kalau saya bagi, tak ke saya kene tengking nanti." Layla mengangguk faham.
' Betullah Ruby nak bagi kat die,eh..hehehe'
"Ruby, Layla!!" Layla dan Ruby mengarahkan pandangan ke arah sumber suara tersebut. "Ouh, awak Miya. Ada ape ni?" Miya ni murid dari rancangan pindahan sekolah. Lagi beberapa bulan baru balik.
Miya menarik nafas beberapa kali sebelum duduk menyempit di antara Ruby dengan Layla.
" I have a new gossip today~" Layla dah pasang muka ingin tahu. Miya dengan Layla ni kuat gosip. Tapi diorang kalau nak gosip kene senyap-senyap. Nanti orang tau. Ruby pon dah 'ter' masuk grup gosip ni. Macam mana die boleh masuk pon, die tak tahu
" Apa die!"
" Freya dengan Zilong dah start couple. Sama la jugak dengan cikgu baru kita tu. Siapa tu namenya...Hah! Miss Odette dengan Sir Lancelot..bla..bla..bla" Layla dengan Miya bersorak gembira. Tahun lepas Miya selalu usik Freya. Kata die suka Zilong. Layla pon dua kali lima. Akhirnya usikan tu jadi realiti, mana tak happy. Lepas beberapa minit kemudian, baru mereka done gosip.
" Oh lagi satu saya lupa. Ruby, Kagura ajak awak minum teh lepas sekolah. Saya pergi. Awak?" Ruby angguk. Kagura tu ,kalau die tak ajak pon, Ruby pergi jugak. Teh hijau die buat sedap.
" Mr. Lelaki misteri tu pon ade sana~" Layla dengan Miya ketawa bila nampak muka Ruby dah berubah warna.
" Ha, eloklah tu. Boleh awak terus bagi coklat tu, kan?" Layla memberi cadangan yang bernas. Miya pon angguk. Tapi Ruby terus geleng laju-laju.
" Saya malulah..Saya bagi orang lain jela coklat ni. Tak pon saya makan"
" NO!" Miya dengan Layla terus bantah. "Awak dah buat dengan penuh kasih sayang, takkan nak makan kot. Tak pon bagilah saya makan. You're chocolate is the best you know! " Layla mendapat pukulan di bahu daripada Miya. Muka Miya dah cemberut.
" Bagi saya. Saya bagi kat 'Mr. Misteri' awak tu. Kalau bagi kat dia ni, habis dia makan." "Hei!" Ruby mengeluarkan kotak merah berisi coklat dari begnya. Ruby masih ragu-ragu nak bagi coklat tersebut atau tidak. Baginya, coklat tu macam jiwanya sendiri.
Miya yang malas menunggu, mengambil kotak tersebut dan berlalu dari situ. Ruby terkejut dengan tindakan tersebut. Tapi dia tak boleh buat apa-apa. Jadi Ruby hanya duduk diam di situ saja.
" Eh Ruby, jom lah masuk kelas. Loceng dah nak bunyi."
"ah,..Oh..Ok"
*Lepas sekolah*
" Ruby cepatlah! Nanti tak terasa teh hijau tu" Layla melompat-lompat di hadapan meja Ruby. Muka ceria dipasangnya. Ruby tak boleh fokus dengan nota yang ingin disalinnya. Nampak sikit kerutan kat dahi Ruby.
" Layla, awak pergilah dulu. Saya nak habiskan nota ni dulu. Cakap dengan Kagura, jangan habiskan biskut tu ye."
"Nanti awak sesat"
"Layla, Kagura kan kawan masa kecik saya. Saya tak pernah miss bau aroma teh hijau tu tau. Tak kan sesat punyalah." Ruby nak tak nak, kene tahan sabar jugak. Tak nak tengking kawan dia ni. Karang terlepas, merajuk pulak.
"Ok. Nanti kalau dah siap nota ni, bagi saya ok" Ruby nak tahan Layla, tapi tak sempat sebab dia dah keluar dulu. Terpaksa la kan.
*10 minit kemudian*
" Siap!! pergi tandas dulu baru pergi jamuan" Ruby mengunci pintu bilik darjah setelah keluar. Kakinya melangkah ke arah tandas perempuan di tingkat satu, berhampiran dengan taman sekolah dimana jamuan teh itu di adakan.
Tapi belum sempat dia melangkah masuk, matanya tertumpu pada kotak merah yang berada di dalam tong sampah di tepi tandas tersebut.
" Itukan..coklat..Why~ she.."
'Aku kene tipu' Ruby menggenggam kedua tangannya erat. Setitis air mata jatuh dari matanya.Kesal dengan perangai sahabat yang dipercayainya.
Ruby melihat ke arah taman. Ruby lihat, Miya bermanja-manja dengan Mr. Misteri itu. Ruby yang tak sanggup melihat lagi, meninggalkan perkarangan sekolah. Air mata yang jatuh di kesat dengan lengan bajunya kasar.
* Jamuan Teh*
" Ruby mana Layla? Where is my childhood friend? Dia tak pernah skip jamuan teh yang saya buat." Layla hanya diam. Tak tahan tengok Miya goda Alucard. Dia kan tau, tulah 'Mr. Misteri' Ruby.
" Saya pon takkan datang kalau 'dia' dah sakitkan hati saya." Kagura pandang Layla pelik. 'Dia siapa?'
" Saya nak balik. Saya tak tahan dengan suasana kat sini. Clint, jom pergi dari sini!" Clint menghirup laju teh hijaunya sebelum berdiri. Dia mengambil begnya dan juga Layla.
"Aku ikut." Clint terus halang Alucard dari mendekati Layla.
" Aku tak nak awek kau la. Aku dah ade sorang kat hati aku ni."
" Ouhh, kau yakin tu bukan Layla." Layla memotong sebelum Alucard dapat bercakap. Tak nak perbalahan ini berterusan.
" Dah! Clint, awak ni tak payah lah buruk sangka. Jom balik."
* THE LAST YEAR*
-Perjalanan ke sekolah.
" Ruby, kita singgah situ boleh?" Ruby menganggukkan kepalanya.
Tahun ni, banyak dah berubah. Layla dia dah pergi sekolah dengan Clint naik moto. Jadi, Ruby pergi dengan Kagura. Miya...Miya dah pindah balik sekolah lama dia. Lepastu, bandar sekarang dah sesak. Dan lastly, Ruby dah tak buat coklat untuk Alucard. Walaupun rase suka tu masih ada.
" Hayabusa makan ke gula-gula?" Ruby tanya. Dia pelik, orang serius macam Hayabusa tu, nak ke makan gula-gula.
" Ini untuk Nana dengan Lolita la. Petang ni, saya nak buat majlis minum teh. Budak dua tu kan suka gula-gula." "Ouhhh"
Ruby membiarkan Kagura memilih gula-gula sementara dia duduk di tepi jendela kedai tersebut.
* Kafe yang bertentangan dengan kedai gula-gula *
" Abang, coklat tu nak bagi siapa?"
" Urmmm...Crush abang."
"Wooooo..abang Alu dah ada crush la! Mesti kakak Rub-" Alucard terus tutup mulut adiknya. Zilong yang ade kat sebelah angkat kening. "Kakak siapa?"
"Kau diam la..Ko layan jela Freya kau tu"
"Tanye tak leh ke?"
"Tak boleh..Kau layan awek kau dah lah"
Mula perbalahan kecil yang takde makna antara Alucard dengan Zilong. Tapi tak bertumbuk. Nampak macam orang tengah lawan siapa cakap paling laju je.
Alucard terlepas kan tangan adiknya semasa perbalahan. Tanpa disedari, adiknya berjalan ke arah jalan yang masih sesak.
* CRASH!*
(maaf..author tak tau macam mana nak buat bunyi orang kene langgar dengan kereta)
Perbalahan antara mereka berdua terhenti. Alucard yang perasan adiknya tiada, bergegas ke tempat orang ramai tengah berkumpul.
" Adik! adik!" Alucard memanggil dari dalam kafe. Alucard terpaksa berhimpit-himpit untuk keluar. Zilong ikut dari belakang.
" Adik!!"
" Abang Alu.." Alucard mendapatkan adiknya. Adiknya dipeluk erat. "Asal kau keluar.."
"Abang..ka..kak..Ruby.." Mata Alucard tertuju ke arah hood merah yang sudah dibasahi darah yang berada di hadapan kereta.
"RUBY!! Someone call ambulance!! NOW!!"
* Hospital*
-after school-
" Ruby, please wake up..My tea party wouldn't be fun without you..Please..Just once listen to me..you never listen to me before..but for now..please..listen to me..wa-wake up.." Kagura menggenggam tangan Ruby erat. Suara Kagura serak. Dari sekolah tadi, Kagura asyik menangis. Layla, Nana, Lolita dan rakan-rakannya yang lain pon sama. Tapi tidak seteruk Kagura.
"Kagura..dah latu. Suara awak dah serak. Nanti awak pulak yang sakit" Layla cuba menenangkan Kagura. Tangannya mengusap belakang Kagura lembut.
"Biar saya sakit! Saya tak nak..saya tak nak..Ruby pergi sorang..Saya..saya nak bersama dia..She is my friend. My chilhood friend. My best friend. I don't want to lose her."
"We know. We were her friend too..Saya pon tak nak dia pergi." Kini Nana pula bersuara. Telinganya layu menandakan dia sedih.
Selepas itu, tiada yang berani bersuara. Hanya bunyi esakan Kagura dan kipas sahaja yang terdengar.
" aku minta maaf.." Alucard memecahkan keheningan di situ. Semua yang berada di situ memandang Alucard. Rambut hadapan Alucard,menutup wajahnya yang menunduk.
"Kalau aku tak lepaskan tangan adik aku..mesti tak jadi macam ni. Semu..semua salah aku..Aku..aku minta maaf.."
"KAU!! KAU MEMANG SUKA TENGOK DIA MENDERITA KAN!! KAU SUKA LUKAKAN PERASAAN DIA! HATI DIA! LEPAS NI APA!"
Layla dan Lolita menahan Kagura dari mencederakan Alucard. " Lepas ni..apa~" Kagura jatuh terduduk di lantai. Suara esakan Kagura makin keras. " apeee~ ha~"
Alucard menahan sebak di dadanya. Tak nak dilihat lemah oleh rakan-rakannya. Zilong menepuk bahu Alucard perlahan.
" Elok la tu. Kau dah minta maaf. Yang lain maafkan jela dia ni. Kalau nak tau, aku pon bersalah jugak. Aku yang buatkan dia lepaskan tangan adik dia tu. Jadi semua..tolong maafkan aku sebab gagal jadi kawan yang baik."
Kagura memandang sayu rakan-rakannya. Rasa bersalah timbul di hatinya. "Saya..Saya pon minta maaf."
Nana memandang Kagura heran. "Kenapa awak minta maaf? Bukan sa-" perkataannya dipotong dengan Kagura menengking.
"SALAH SAYA! Kalau saya tak bawak Ruby pergi kedai gula-gula tu..Semua ni takkan jadi." Nana, Lolita dan Layla memeluk Kagura. Mereka berempat menangis dalam pelukan.
Zilong memandang Alucard yang masih menahan sebak. "Lepaskan jela. Manusia menangis sebab ada perasaan yang gembira atau sedih. Kalau tak depan orang ramai, mesti dia akan nangis kat tempat lain yang takde orang."
Alucard yang dah tak boleh menahan sebak, akhirnya air matanya jatuh. Zilong menepuk bahu Alucard beberapa kali sebelum berdiri di sebelah Ruby.
" Baguslah awak dah sedar." Zilong berbisik pada Ruby. Tak mahu kacau rakannya yang sedang sibuk mengeluarkan air mata.
"Hurm...thanks Zi. Jadi.."
" Doktor kata mata awak sebelah tu...Dah..urmm..you know"
"..saya tahu." Ruby memuncungkan bibirnya ke arah sekumpulan gadis yang berpelukan di depan katilnya.
" Ruby dah sedar..Dah-dah la tu nangis" Dengar je Zilong cakap macam tu, Kagura terus melompat memeluk Ruby. Habis Nana, Lolita dengan Layla kene cium lantai.
" Ruby..awak masih hidup. Saya ingatkan awak nak tinggalkan saya." Kagura mengeratkan lagi pelukannya.
" Saya..masih ada benda nak buat sebelum pergi." Kini,Ruby di kelilingi sahabat baiknya. Senyuman mekar dihadiahkan kepada semua sahabatnya.
" Maafkan saya. Boleh awak semua keluar sekejap. Saya nak buat check-up." Mata Ruby membulat melihat kelibat yang cukup dikenalinya di belakang jururawat tersebut. 'Apa dia buat sini?'
* Outside Ruby's Room*
" Baguslah dia dah sedar." Layla melihat jam tangannya. Terkejut dengan berapa lama dia ada kat hospital hanya untuk menunggu Ruby sedar.
" Rasenya saya kene balik sekaranglah. Tengoklah masa. Jumpa esok!" Layla mengangkat begnya lalu berjalan ke arah pintu tangga kecemasan. Nana dan Lolita tak jauh ikut Layla. Rumah mereka bertiga sehala jadi mereka selalu balik sama.
" Kagura, awak tak balik ke?" Zilong bertanya. "Saya balik bila..Ouh takpelah dia dah sampai. Hayabusa!" Zilong dan Alucard melihat rakan-rakannya pulang. Mereka masih menunggu jururawat tu keluar dari bilik itu.
" Kau tak balik ke, Luc"
" Aku something nak cakap dengan Ruby. Kau?"
" Roger nak aku jaga Ruby sampai dia datang sini. Lagipun rumah Ruby tu takdelah jauh sangat dari rumah aku."
Jururawat yang periksa Ruby sudah keluar. Dia menganggukkan kepala tanda boleh masuk. Zilong yang hendak melangkah masuk dihalang Alucard.
" Aku nak cakap dengan dia..ALONE " Alucard saja tekankan perkataan 'Alone' supaya Zilong faham. Kadang, Zilong ni kalau tak cakap, mesti dia menyampuk bila orang nak cakap.
"ok...Take your time, bro"
* Inside*
" Ruby..."
" A-alucard ke? mana yang lain?" 'Takkan berdua je kat sini..malu bah gini'
" Yang lain dah balik. Zilong tengah jalan-jalan." Alucard mengambil kerusi dari bawah katil dan duduk di belah kanan katil. Ruby pula mengangguk.
" Jadi..awak nak apa?"
" Saya nak cakap something. Only between the both of us."
" Cakaplah.."
" First, saya nak cakap terima kasih sebab selamatkan adik saya dan..Saya nak minta maaf sebab saya aw-" Ruby menggelengkan kepalanya. Mukanya tersenyum sedikit.
" Saya tak pernah salahkan sesiapa pon. Apa yang dah berlaku, biarlah berlalu. Sekarang ni, apa yang perlu kita lakukan ialah buat masa depan yang cerah."
" Kita, ye?" Muka Ruby tukar warna. Alucard ketawa. 'Usik sikit pon dah malu. Comel betul'
" Tak-tak saya tak maksudkan macam tu..eeeee teruskan la apa yang awak nak cakap tadi tu!" Alucard menarik nafas beberapa kali untuk meredakan tawanya.
" Next, Layla ada bagitau awak nak bagi coklat kat saya masa Valentine untuk dua tahun betul tak?" Ruby angguk. " Kenapa berhenti and kenapa tak bagi je coklat tu kat saya?"
" Eh!?" Ruby terus mengalihkan pandangannya ke arah tangannya yang menggenggam selimut biru nipis hospital. "Sa-saya.."
" Takpelah..saya tau mesti awak dah ade orang lain kat hati awak tu kan?" Alucard buat muka merajuk. Die pandang poster gigi di dinding. Ada sesekali dia jeling arah Ruby.
" Tak-takdelah. Awak sorang ke yang ade kat hati saya" Terkejut dengan jawapan sendiri, Ruby terus tutup muka dengan selimut. Alucard dah tersengih-sengih sampai telinga.
" and lastly,...nah" Alucard memberikan kotak merah panjang dan tujukan ke arah muka Ruby.
"apa ni?"
" VALENTINE CHOCOLATE FOR YOU"
Share this novel