Mengapa perlu memulakan hubungan yang baharu sedangkan yang lama juga masih tidak tahu endingnya?Jangan jadi kan orang baru sebagai boneka yang mengubati luka tetapi orang lama masih terisi di dalam hati.Takdir Allah kita tidak tahu bukan?.
Mendengar kata-kata manusia yang beranggapan meninggalkan ialah jalan penyelesaian.Anda tidak tahu cinta yang ikhlas itu seperti apa.Seberapa sakitnya tapi hati memilih untuk bertahan sampai dihujung Allah yang mentakdirkan berpisah atau pun tidak.Paham awak-awak semua?-Alia Maisarah :)
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Setelah mengetahui yang Farhana mengandung, Aryat segera membawa Farhana balik ke rumah dan tinggal bersamanya.
"Azzura..Azzam!"
"Daddy"jawap Azzam dan Azzura secara serentak.Mereka berdua melihat ada seorang perempuan yang sedang berdiri di belakang daddynya.
"MAMA!!!!"Azzam dan Azzura berlari dan memeluk Farhana dengan erat seperti mengatakan mama jangan tinggalkan kami.
"Jangan peluk macam tu sayang,dalam perut mama kamu ada adik kamu tu"Risau Aryat melihat gelagat si kembar memeluk Farhana terlampau erat.Dia takut usia kandungan Farhana masih awal risiko keguguran sangat tinggi.
"Maksud daddy?"Azzura memandang daddy dan mamanya silih berganti.
"Mama kamu mengadung sayang."
"Azzam akan jadi abang dan Azzura akan jadi kakak ya Daddy?"
"Iya sayang"
"Azzura pun nak gendong adik macam kawan-kawan Azzura daddy."
Farhana yang melihat kebahagiaan yang terpancar di muka Azzura, Azzam dan Aryat tanpa sedar air matany mengalir.
Melihat isterinya menangis Aryat segera menghampiri Farhana dan memeluk.
"Kenapa sayang,hm?"Aryat memeluk erat Farhana.
Farhana hanya menggeleng dan menutupi muka di dada bidang suaminya.
"Azzam nak peluk mama jugak.Azzam rindu mama"
"Azzura Pun"
"Meh sayang mama pun rindu sangat dengan kamu berdua"Farhana mencium pipi Azzam dan Azzura.
Azzura memegang tangan Farhana dan mendongak memandang mama nya lalu menundukkan kembali.
"Azzura nak mintak maaf sebab selalu kata mama jahat tapi Azzura tahu mama selalu baik dengan Azzura"Sayu suara Azzura kerana berasa bersalah.
"Azzura tak salah sayang,mama dah maaf kan kamu."Farhana menarik Azzura ke dalam pelukannya.
Makcik Lastri yang memandang keluarga kecil itu turut tersenyum.
"Puan,Tuan maaf mengganggu makanan sudah siap terhidang."
Mereka berempat ke dapur dan menjamu selera dengan suasana bahagia
Azzura tersenyum gembira kerana keinginan untuk makan bersama keluarga sudah dapat dirasai.
Setelah Farhana dan Aryat masuk ke bilik untuk tidur Farhana mendapat chat dari Ayuma.
"Assalamualaikum Farhana,maaf makcik mengganggu ada sesuatu perkara yang perlu makcik makluman kepada kamu.Makcik mahu jumpa kamu esok."
"Waalaikumussalam,baik makcik."
Farhana tidur dalam keadaan tertanya-tanya kerana seperti ada sesuatu yang penting.
_______
Ammar mendapat panggilan dari Ayuma.Ayuma memberitahu bahawa dia ingin berjumpa dengan Ammar secara peribadi dan tidak boleh di ketahui oleh Marisa.
Setelah mengetahui kelakuan Marisa selama ini yang cube membunuh Farhana.Ayuma bertekad untuk mencari bukti tentang penglibatan Marisa.
Ammar yang sudah sampai ke dalam restoran yang agak mewah kerana menyediakan ruang peribadi bagi customer VIP.
Seteleh memasuki ruang makan VIP yang telah di hantar oleh Ayuma.Ammar segera duduk di hadapan Ayuma.Di fikiran Ammar penuh dengan persoalan dan kekeliruan.
"Hai Ayuma,kamu biasanya tidak mahu bertemu dengan saya?Ada sesuatu yang awak ingat tentang diri atau ingatan awak sudah kembali?"Tanya Ammar setelah duduk di kerusi berhadapan dengan Ayuma.
"Iya Ammar,saya juga ingat siapa pelaku yang hampir melenyapkan saya 25 tahun yang lalu."Jawap Ayuma tenang.
Ammar terkejut dan juga bahagia sekurang-kurangnya Ayuma masih ingat tentang dirnya.
"Jangan tersenyum terlampau awal Ammar banyak perkara yang kamu tidak tahu terutama isteri kedua kamu"
Kening Ammar berkerut memikirkan apa maksud dari kata-kata Ayuma.
"Apa maksud kamu Ayuma?"
Ayuma memberikan fail serta video yang menunjukkan bukti tentang kekejaman Marisa yang menculiknya dan menolak Aiman dari tangga serta kebenaran Farhana adalah anak kandung mereka berdua.
Muka Ammar bertukar terkejut dan marah.
"Orang yang selama ini kamu hina adalah darah daging kamu sendiri.Orang yang kamu percaya rupanya duri dalam daging.Kamu terlampau bodoh kerana percaya kata-kata Marisa sehingga menjadi dayus."
"Saya menunjukkan bukti bukan untuk kembali bersama awak kerana saya juga mempunyai keluarga baharu yang lebih memerlukan saya.Terima hakikat yang Farhana adalah anak kandung kamu!"
Ammar diam.Dia berasa bersalah kerana pernah memukul Farhana.Ammar di dalam dilema untuk menerima realiti yang seperti mimpi baginya.
"M-Marisa menipu saya selama ini?Saya akan bertemu secara bersemuka dan tanya kepada dia sendiri."
"Terpulang kepada awak Ammar.Tugas saya sudah cukup."Ayuma segera pergi meninggalkan Ammar dalam keadaan terkejut.
Ammar segera pergi meninggalkan restoran dan mencari tempat untuk menenangkan diri.Dia perlu memperbaiki mentalnya sebelum mendengar jawapan dari Marisa.
Selepas berjumpa dengan Ammar.Ayuma segera melajukan kereta pergi ke rumah Farhana.Ayuma takut adakah Farhana akan menerimanya sebagai seorang ibu sekiranya dia mengetahui Ayuma telah meninggalkannya di rumah anak yatim.Ketika berhadapan dengan Ammar dia tidak secuak ini.
Sibuk dengan isi pikirkan sendiri tanpa sedar dia sudah sampai di hadapan rumah Aryat.Wuya telah memberitahu Ayuma bahawa Farhana telah menarik tuntutan cerai kerana dia mengadung dan memberi peluang kepada Aryat untuk menebus kesalahannya.
Hati Ayuma bagaikan ingin keluar melihat Farhana menghampirinya.
"Makcik,jom lah masuk ke dalam rumah."
Ayuma mengikuti Farhana ke ruang tamu dan Aryat juga mengikuti isterinya duduk.
"Duduk lah makcik.Sebelum itu,saya nak tahu perkara apa yang ingin makcik beritahu saya?"Farhana duduk berhadapan dengan Ayuma dan tersenyum.
Melihat anak nya didepan mata Ayuma ingin memeluk Farhana dengan erat.Namun dia menagan niatnya.Ayuma menghulurkan fail yang berisi DNA dia dan Farhana serta surat meyakinkan bahawa Farhana,Ayuma dan Ammar ialah keluarga kandung.
Farhana mengambil fail tersebut dan membaca isi fail tersebut.Helain demi helaian membuatkan Farhana semakin tidak percaya dengan isi fail ini.Aryat yang melihat berubah isterinya.
"Kenapa sayang?"
Aryat mengambil fail di tangan Farhana dan membaca isi kandungan nya.Dia juga terkejut dengan kenyataan ini.HAHA takdir Allah siapa sangkakan.Jika Allah masih memberikan peluang untuk bertemu maka tiada yang mustahil.
Tangan Farhana menggigil tanpa sedar air matanya jatuh.
"MAMA"
"YE,NAK"
"Mulai hari ini saya akan panggil makcik dengan panggilan mama"
Mereka berpelukan dan mencurahkan segala kerinduan seorang ibu dan anak.
Setelah mereka berpelukan.
"Adakah Pakcik Ammar,ayah kandung Farhana?Jadi makcik akan kembali kepada Pakcik Ammar"
"Iya,Ammar ialah suami pertama makcik.Makcik tidak mahu meninggalkan Wuya dan Hazikah jadi makcik memilih kebahagiaan mengikut haluan masing-masing."
"Kamu okay dengan pilihan mama, Farhana?"
Farhana mengangguk bagi Farhana itu adalah kehidupan ibunya biarlah Ayuma yang menentukan pilihan hidupnya mahupun pasangannya.
"Macam mana dengan Wuya dan Hazikah mama?"Risau dengan penerimaan adik beradik tirinya itu.
"Mereka sudah mama bagitau sebelum datang ke sini.Kamu jangan risau mereka menerima kamu sebagai anak kandung mama." jelas Ayuma.
Setelah mereka berbincang.Farhana mengajak mamanya untuk makan terlebih dahulu.
Share this novel