BAB 1

Crime Completed 7149

Nun jauh di luar sana langit gelap seakan menunjukkan tanda bahawa sebentar lagi hujan akan turun, kelihatan kilat juga sambar-menyambar. Aku pandang sekeliling dengan satu perasaan yang kurang enak. Entah kenapa aku mersa bagai ada sesuatu yang tak kena, sedari tadi aku mundar-mandir ke hulu ke hilir bak cacing kepanasan.

‘’Ini bukan kali pertama untuk kau, nothing to worry!’’ pujuk hatiku.

Entah kenapa aku sedikit risau padahal ini bukan pertama kali aku menaiki burung besi itu. Argh, biarkan sajalah! Rokok dikeluarkan. Sebatang rokok berjenama mahal dikepit. Tangan kiri menyalakan api menggunakan pemetik api. Asap dihembus keluar dan aku menyedut dan menghembus dengan penuh nikmat.

“Hey, kau okay kah?”tanya Miss Xylia, rakan setugas yang bakal

membantu aku menjalankan misi. Aku menggangguk kecil.

“Aku rasa tak sedap hati la Miss Xylia.” Ujarku dengan dahi

berkerut. Miss Xylia tersenyum manis.

“Mr. Louis, ini kali pertama aku dengar kau kata tak sedap

hati. But you will do great...” Dia ketawa kecil. Entah kenapa, aku rasa

dia comel dengan gelagat begitu. Tanpa sedar bibir mengukir senyum.

‘All passengers going to London, the plane will take off in

30 minutes. Please go to the departure.’

“You heard the announcement Mr. Louis. Let’s go!”tangan Miss

Xylia menarik kot yang aku sangkut ke bahu. Aku hanya menarik sengih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience