Rate

Bab 1

Short Story Series 3497

Sekolah Menengah Murni mengadakan Hari Sukan Malaysia. Ibu bapa juga dijemput hadir bagi memeriahkan program tersebut. Melrose yang sudah beritahu ibu bapanya tentang itu terus melonjak kegembiraan. Susah mahu memujuk ibu bapanya supaya hadir pada hari tersebut. Pelbagai pujukan digunakan dan akhirnya ibu bapanya setuju untuk pergi ke program tersebut.

       Ternyata muka Melrose berseri seri. Manakan tidak, ibu bapanya akan pergi ke Hari Sukan bersamanya. Terus dicapai baju sukan sekolah dan seluar lalu digantung di penyidai. Hatinya juga tidak bersabar sabar mahu pergi ke Hari Sukan itu.

      "Dekat mana ye aku letak ubat?" Dia mula mencari cari diseluruh bilik.

        "Oh ya dekat dalam laci." Di pun meluru ke arah laci yang tidak jauh darinya. Dia menarik laci itu lalu dicari cari ubat. Setelah menjumpai ubat itu, laci tadi yang terbuka ditutup elok.

  Anak tangga dituruni satu demi satu kemudian langkah dibawa menuju ke dapur.  Dalam masa yang sama, mulut pula terkumat kamit mengikut rentak lagu Pematah Hati.

      Selesai dengan itu, dia keluar dari rumah untuk pergi ke taman yang tidak jauh dari rumahnya. Taman itu selalu jadi penemannya disaat ibu bapanya sibuk bekerja. Dia juga meluahkan perasaannya di situ. Dia digelar 'Gadis Aneh' kerana dia suka bercakap sendirian dan senyum sendirian di taman itu. Lihat sahaja, persis orang hilang akal pula!

      Dia selalu duduk di bangku tepi taman itu. Dia nenikmati keindahan ciptaan tuhan. Walaupun hari makin senja, dia masih ada di situ. Ia disebabkan, dia sudah bosan duduk di rumah yang tiada apa apa baginya. Telefon? Tidak pernah terlintas dalam hatinya mahu memakai telefon itu. Baginya itu satu yang menjejaskan pelajarannya. Maklum lah Melrose tidak suka sangat belajar. Jadi, apabila dia memakai telefon sudah tentu dia tidak mahu belajar lagi.

      Tiba tiba, dia ternampak satu susuk tubuh yang amat dikenalinya berjalan ke arahnya sambil mukanya tiada secalit pun senyuman. Ia adalah Qaufi, ketua pengawas sekolah yang boleh tahan berlagaknya. Qaufi duduk disebelah Melrose dengan selamba.

   "Kau buat apa dekat sini?'' Pertanyaan Qaufi itu dibiarkan seperti angin lalu sahaja. 

   ''Saya nak balik." Terus Melrose bangun lalu berjalan menuju ke rumahnya. Pelik Qaufi dengan Melrose. Qaufi juga cuba untuk membantu Melrose supaya mudah bergaul dengan orang. Malangnya, ia tidak berjaya apabila tuannya sudah pulang ke rumah.

Apalah nasib Qaufi...

    Melrose yang juga pelik dengan dengan Qaufi itu terus bertanya sendirian "Dah kenapa dengan dia?"

***

   Hari ini lah hari yang dinanti- nantikan, Melrose. Dia mencapai baju sukan dan seluar yang digantung di penyidai lalu masuk ke dalam bilik air.

     Selesai mandi dia membetulkan dirinya di hadapan cermin sebelum dia turun bersarapan. Bangga? Gila tak bangga. Apabila dia sudah berkenan dengan dirinya, dia turun untuk sarapan bersama sama. Kelihatan di ruang meja makan ada ibu dan bapanya sedang duduk menunggnya. Tiada langsung menu makan untuk hari ini.

   Ibu bapanya menayangkan muka marah apabila Melrose lambat turun.

"Buat apa dekat atas lama-lama? Orang dah lama tunggu tahu tak? Dah lambat dah ni." Sayu sahaja muka Melrose apabila diperkatakan begitu. Dipandang sekilas jam yang berada di pergelangan tangan, baru pukul 6:45. Adakah itu dikira lambat?

     Dia masuk ke dalam kereta lalu memandang ke arah tingkap cermin itu. Dia sudah muak sekiranya hidup dia berterusan hingga begini. Dia memandang dirinya di tingkap itu.

    "Aku ni tak guna sangat ke untuk semua orang? " hatinya pilu.

***

      Jam sekarang sudah menunjukkan 1:30. Ini waktu untuk pulang setelah penat bersukan. Disebabkan Melrose sesak nafas dia hanya bersenam sahaja, dia tidak berlari seperti orang lain. Hendak buat macam mana kalau dah sakit? Dia memandang kawasan parking kereta. Kenapa tiada kereta ibu bapanya? Matanya melilau lilau mencari kelibat ibu bapanya, malangnya tiada.

      Dia duduk di kantin bersendirian. Ramai cikgu bertanya dimana ibu bapa kamu? Tetapi dia diam sahaja.

    Akhirnya, dia ditegur oleh Qaufi.

   "Kau tak nak balik ke?" Melrose menggelengkan kepalanya.

     "Habistu, kenapa tak balik lagi. " Melrose diam lalu memandang Qaufi.

   "Saya tak tahu nak balik naik apa? Ibu bapa saya dah balik. " Dia memandang lantai kantin itu. Tidak dipandang muka Qaufi yang berada di hadapannya.

   "Jom lah. Aku hantar kau balik. " Melrose ikutkan sahaja. Dari dia duduk situ buat apa? Bukannya ada apa apa pun.

    "Tak apa ke?" Semakin lama suaranya mengendur. Malu agaknya!

    "Tak apa." Balasnya lembut.

    Melrose hanya mengikut langkah Qaufi yang sudah maju ke hadapan. Dia malu apabila ramai orang sudah melihat dia bersama Qaufi. Akhirnya, Qaufi berhenti di kereta Alphard yang berwarna hitam itu. Dia menyuruh Melrose masuk ke dalam sambil Qaufi menutup pintu. Qaufi mengambil tempat di sebelah Melrose. Kereta ini dipandukan oleh driver khas Qaufi.

    "Budak yang macam itu minta jejaka kita yang bawa pulangkan."

    "Dasar mengada-ngada."

    "Dia mesti sengaja nak bagi kita semua cemburu. "

      Kedengaran para pelajar mula berbisik bisik mengenai Melrose dan Qaufi.

Semasa di dalam kereta, Melrose hanya diam. Dia malu mahu bertentangan mata dengan Qaufi.

    "Kenapa kau tak nak cakap dengan aku? Bukan senang untuk ajak orang naik kereta aku. Kau ini dikira orang pertama yang naik. " Melrose memandang muka Qaufi yang sedang membebel itu. Tergelak dia melihat Qaufi membebel seperti seorang diri pula.

   "Hmm..."

    "Kau malu ke?" Mata mereka berdua bertembung.

    Melrose menggelengkan kepalanya.

    "Habistu?"

    "Saya tak tahu nak cakap apa." Balasnya lembut sambil matanya memandang bawah.

    "Aku nak petang ni kau jumpa aku dekat taman semalan. Ini arahan ketua pengawas ye. "

    "Mentang mentang lah ketua pengawas semua kena ikut cakap dia. " bisik hati Melrose lalu mengoyakkan sedikit senyuman.

***

Tbc
Thank You For Everything...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience