Rate

PENAMPAKAN POCONG DIBAWAH POKOK RAMBUTAN

Horror & Thriller Series 636

Penampakan pocong yang semakin hari mengganggu penduduk kampung Anggerik.

Pada tahun 2001, kampung ini telah digegarkan dengan berita menakutkan iaitu penampakan seekor pocong.

Kecoh diceritakan oleh beberapa orang penduduk kampung iaitu jiran-jiran saya sampaikan mereka bertanya kepada saya.

"Kau nampak tak, kadang-kadang waktu malam ada benda berbungkus putih berdiri ditepi pokok pisang."

Saya tanya

"Benda putih apa ?"

Jadi mereka mengatakan kampung saya diganggu oleh sebuah sosok pocong.

Mulanya, perkara ni hanya diceritakan secara kecil-kecilan. Lama kelamaan, dari sedikit yang tahu menjadi ramai atau boleh saya katakan hampir semua penduduk kampung menceritakan hal gangguan yang sama sampai saya sendiri mengalaminya.

Waktu itu sekitar pukul 1.00pagi . Hujan turun selebat-lebatnya. Saya baru teringat yang saya lupa nak tutup tingkap diruang tamu.

Oleh kerana saya terdengar daun tingkap dibuka ditutup berulang kali akibat dari tiupan angin yang kuat. Saya terbangun dari tidur.

Saya bangun dari katil dan menuju ke pintu bilik. Saya menjenguk ke ruang tamu disebalik belakang pintu bilik saya. Memang sah yang tingkap diruang tamu tidak ditutup.

Saya pun berjalan menuju ke arah tingkap yang ditiup angin. Daun tingkap menghayun dibuka ditutup beberapa kali.

Bila sampai, saya hulur tangan saya keluar. Alangkah terperanjatnya saya bila saya melihat dibawah pokok rambutan dekat rumah saya

Saya ternampak....

Walaupun saya tidak nampak dengan jelas wajahnya tapi saya lihat terdapat sosok kain kapan berbalut yang berwarna putih. Kelihatan begitu jelas dihadapan mata saya.

Bila saya nampak, saya terperanjat. Dengan segera saya menutup daun tingkap rumah saya.

Dikatakan oleh penduduk kampung, barang sesiapa yang ternampak makhluk pocong tersebut hendaklah berhati-hati kerana dia akan mengganggu malam kamu.

Saya memang tidak percaya pada mulanya tapi bila dah ternampak makhluk tersebut, saya baru percaya dengan apa yang dikatakan.

Natas saya tercungap-cungap dibalik tingkap rumah saya.

"Astaghfirullahalazhim" Saya beristighfar beberapa kali kemudian meninggalkan tingkap menuju ke bilik saya.

Bila baring, berapa saat kemudian ....

Tuk , tuk , Tuk

Salamualaikummmmm....

Saya dengar orang ketuk pintu menggunakan kepalanya dan suara orang beri salam yang meleret panjang. Benda tu dah tahu saya melihatnya.

Saya bangun buka lampu akibat terlalu takut berada dalam gelap. Disebabkan terlalu penat, saya tertidur dengan lampu terbuka.

Gangguan hanya berakhir pada malam itu sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience