Episod 1

Thriller Series 993

Karya Jue Nama Ku

" Keluar !!! "

Kata kata Riduan terngiang-ngiang di telinga Ella. Hanya baju lama dari kampung bersama dompet yang di bawa. Air matanya mengalir jatuh ke pipi. Kawasan bandar yang baru seakan terlalu asing dan besar. Langkah kaki tidak tahu ke mana harus menuju. Ella duduk di buai taman permainan yang di temui. Teringat wajah neneknya sebelum dia meninggal dunia.

" Ella... Kalau nenek tak ada, apa kata orang pun yakin lah Allah tetap sayang. Sabar ye cu."

Maziah sudah lama sakit tenat. Ella bukanlah cucu kandung Maziah tapi kanak kanak malang yang didera ibubapanya sehingga ibubapanya dipenjara. Ella di besarkan penuh kasih sayang oleh Maziah. Anak anak Maziah tidak pernah setuju Ella menjadi keluarga malah menentang tindakan ibu mereka menjadikan Ella anak angkat. Maziah berkeras dan semenjak itulah anak Maziah tidak menghantar belanja malah tidak pernah sekali pun pulang melawat.

" Nek... Ella rindu nenek."

Air mata Ella mengalir laju. Ella tidak sempat melihat upacara pengebumian kerana di halau anak sulung Maziah. Orang kampung juga tidak ada yang sudi menyebelahi Ella. Berbekal duit terakhir yang sempat arwah Maziah bagi, Ella menaiki bas dan turun dimana bas behenti. Biarlah dirinya hilang dari ingatan semua orang kampung. Kepekatan malam menurunkan embun nipis. Tanpa rumah dan hala tuju. Perut yang lapar sudah tidak lagi diperdulikan Ella. Ella terbaring di dalam terowong taman kanak kanak kerana hanya tempat itu saja dia merasakan selamat.

" Heeeeerrrrr herrrrr"

Bunyi itu menyebabkan Ella terbangun. Ada anjing di taman yang bergaduh. Ella menutup mulut nya dan berharap dirinya tidak meluncur ke bawah terowong. Bunyi anjing bergaduh amat menyeramkan.

" Nek... Ella takut."

Airmata Ella mulai turun semula.

" Hingggg....hingggg..."

Kedengaran anjing tercedera dalam pergaduhan. Suasana mulai sunyi. Ella menghensot naik ke atas untuk memerhati. Tersentuh hati kecil Ella melihat anjing yang tercedera. Perlahan Ella turun walaupun takut.

" Anjing... Kalau aku tolong.. kau jangan gigit ye."

Ella berpesan pada anjing walaupun dia tahu anjing tidak memahaminya. Daun muda bunga raya di tumbuk dengan batu yang ada. Ella menempelkan daun di atas luka anjing.

" Kau tahu anjing...dulu waktu aku kecik, aku selalu jatuh. Nenek letak daun macam ni juga. Tapi aku tak tahu daun apa. Aku rindu nenek. Dia lah yang selalu bagi aku makan , kasih sayang dan tempat berteduh. Sekarang semua tu dah tak ada. Aku keseorangan kat dunia ni anjing. "

Air mata Ella menitis pada bulu anjing. Ella meninggalkan anjing dan masuk semula ke dalam terowong dengan niat berehat.

" Ya Allah.. sembuhkan lah kesedihan hati aku. "

Ella tidur bersama airmata yang mengalir laju. Biarlah apa akan jadi esok. Dia juga buntu memikirkan. Pagi itu Ella bangun dan melihat kawasan sudah terang. Mujur belum ada orang ke sana.

" Kemana harus aku pergi.." Ella berbisik dalam hatinya.

" Kresss kresss"
Bunyi penyapu lidi kedengaran. Seorang makcik menyapu daun daun sepanjang jalan.

" Makcik.. macam mana nak minta kerja macam makcik?" Lembut Ella bertanya.

" Makcik kau kata? Eh buta mata tak tengok kulit aku belum berkedut? Ada hati nak rampas kerja aku !!! Berambus kau dari sini."

Sikit lagi penyapu lidi panjang terkena Ella. Ella pasrah. Dia meneruskan perjalanan dengan niat mencari pekerjaan. Lambakan kedai makan dan bau yang harum hanya mampu di lihat dari jauh.

" Draaapppp"
Barang barang jatuh dari lori saat dibuka. Pakcik tua itu mengaru kepala seketika.

" Pakcik.. boleh saya tolong?"
Ella ketika itu jujur hanya ingin membantu.

" Awak perempuan..mana dapat nak angkat barang berat macam ni." Kata pakcik itu.

" Tak apa.. saya tolong mana larat je dulu ye. "
Ella tersenyum. Didikan Maziah padanya sering diingati. Berbudi pada orang jangan mengharapkan balasan.

" Eh tak sangka. Dapat juga awak angkat guni guni ni susun dalam gudang. Ha ni upah awak. " Kata pakcik itu.

" Eh banyak ni pakcik. Saya tolong iklas." Jawab Ella.

" Tak nak duit.. ikut pakcik. Kita isi tenaga balik." Kata pakcik itu.

" Kiah...ooo kiah.. bawa nasi apa semua ke sini. "

Muncul seorang wanita dari belakang gudang.

" Ini siapa bang?" Tanya Rokiah.

" Ah.. lupa nak tanya nama dia. Nama pakcik, Basri..ni isteri pakcik Rokiah. " Basri memperkenalkan diri.

" Nama saya Ella. Baru datang dari kampung semalam. Semalam tidur taman permainan depan tu je. Saya nak cari kerja lepas ni. Maaflah susah kan pakcik dan makcik."

Suami isteri itu hampir terkejut mendengar.

" La.. bahaya kawasan ni malam hari. Kiah..awak tahu, dia ni tolong abang angkut semua guni tu dari lori tadi. Kuat budak ni. Bagi upah tak mahu. Tu yang ajak dia makan." Terang Basri.

" Lepas makan, rehat dulu. Kami duduk atas gudang ni je. Esok makcik teman cari kerja ye. Kesian awak Ella. Keluarga ada lagi?" Tanya Kiah.

Ella hanya mampu menggeleng kepala dan hampir menitis air matanya. Ella segan untuk meminta lebih lebih. Malam itu kedengaran lagi bunyi anjing bergaduh. Fikiran Ella masih terkenang wajah neneknya. Dia tidak dapat tidur dan turun ke bawah. Dengan berhati hati dia memindahkan guni yang berselerak dan menyapu dan membersihkan gudang agar tidak berdebu. Setelah puas dan penat barulah dia mandi dan dapat tidur semula. Bunyi ketukan pintu mengejutkan Ella.

" Ella ke buat semua ni?"
Tanya Basri dan isterinya. Ella hanya mengangguk.

" Mari kita sarapan. Lepas tu ikut pakcik pergi kilang. Rasanya awak sesuai kat kilang. Awak dapat susun ikut tarikh mana nak luput dulu. Ikut jenama semua sama. Sampai tersusun macam ni punya bagus satu malam. Lantai ni, makcik kamu buat hari hari pun berdebu..tapi kamu buat.. boleh pijak tak guna selipar dah. " Puji Basri.

" Kan bang.. elok sangat dah Ella dapat kerja kat kilang tu. Ha.. situ ada penginapan pekerja. Jangan risau soal belanja. Upah semalam.. upah awak susun barang ni, pakcik dan makcik bagi. Pakcik dengan makcik tak larat nak susun macam kamu buat. Mujur kamu susun. Baru nampak yang mana dah nak tamat tempoh. " Kiah memandang dengan gembira wajah Ella.

Jauh dihati Ella berkali kali mengucapkan syukur. Hatinya gembira tidak terhingga.
_________________

" Dah mati pun menyusahkan orang!!!!"

Berdesing ruang tamu rumah agam arwah Maziah dek suara Riduan tidak berpuas hati. Rumah agam serta semua tanah perkebunan diwasiatkan atas nama Ella.

" Peguam ...ini mungkin satu kesilapan. Mak kami tak mungkin nak bagi pada cucu angkat. Ella tak ada pertalian dengan kami." Mila mula bersuara sebagai anak bongsu.

" Berwakil kan tiga orang peguam Puan Maziah menukar wasiat atas nama Ella. Dan ada satu lagi peguam rahsia yang kami tidak ketahui turun menyimpan salinan. Andai kata wasiat berani di tukar, buruk padah nya. " Jelas Malik wakil peguam yang membacakan wasiat.

" Bang.. baca tak perengan ke 4 tu. Andai salah satu waris sah mahu menerima Ella sebagai keluarga, dan Ella dapat melahirkan zuriat, harta akan dibahagikan separuh. Separuh pun jadi lah bang. Sampai bila abang tak nak kawin. Abang tu bukan hensem sangat. Panas baran...mustahil la nak dapat bini yang macam artish kot." Norman mengusik.

" Dah tu, kau je lah kawin dengan Ella tu. Sibuk nak gadaikan aku? Ingat aku bodoh?" Riduan bangun tidak puas hati.

" Ala angah.. relax je la. Esok lusa mesti dia fikirkan tu. Dia mana pernah nak rugi. Buat pengetahuan angah, along tu bukan tak nak kawin, tapi takut sen sen dia nanti bini ambik pakai. Orang kedekut memang macam tu. " Mila tersenyum sambil membetolkan makeup.

Riduan gelisah memikirkan tentang harta dan kekayaan. Dia menerjah masuk ke bilik ibunya. Setiap ruangan bilik ada gambar ibunya dan Ella. Selama ini dia tidak pernah memandang wajah Ella tapi entah kenapa pada ketika itu dia menatap lama gambar ibunya bersama Ella. Barulah Riduan perasan wajah Ella tidak kurang apa pun. Tapi hatinya masih memberontak. Untuk apa jadikan Ella sebahagian dari hidupnya andai semua keperluan wajib dia sediakan. Riduan berlalu pergi menenangkan diri di bilik tidur. Adik beradik nya memesan makanan mahal tapi Riduan lebih rela makan nasi kosong bersama telur kicap dan sambal belacan. Asalkan kenyang sudah cukup buatnya dari membazir kepingan duit dalam dompetnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience