Prolog

Romance Series 3404

Cahaya mentari pagi yang terik, menyinari seluruh bilik dua gadis yang berukuran lima meter persegi. Di atas katil, kelihatan seorang gadis cina yang masih enak tidur dengan patung beruangnya yang sebesar seorang manusia dewasa dikepitkan di pahanya.
Alangkah kasihannya patung beruang tersebut kerana sudah bertahun-tahun pemiliknya tidak pernah mencucinya.

Beralih ke arah jam meja yang dekat dengan dinding, jelas kelihatan jam sekarang sudah menunjukkan pukul lapan dua belas minit. Meja gadis tersebut tidak perlu diperihalkan lagi.. Berselerak! Kertas berlambak di atas meja, bertaburan di lantai dan tong sampah yang telah penuh dengan kertas yang dironyokan.

Kertas semua tampak banyak jenis rekaan gaun pengantin perempuan tetapi mungkin kerana tidak berpuas hati, Kebanyakan kertas dironyokan begitu sahaja hanya demi melepaskan stress.

Tetapi di tepi sudut meja bahagian kiri, kelihatan fail yang berwarna biru tersusun kemas dan rapi.

Fail ini mengandungi maklumat peribadi Michael dan hasil rekaan gaun pengantin perempuan.

Ya, iaitu fail milik gadis yang sedang tidur itu.

Tukk tukk tukk!
Tukk tukk tukk!
Tukk tukk tukk!

"Michael, Oiii Michaeeeel! Buka pintu. Laung Jasmine dari luar pintu.

"Ishh, kenapa budak ni tertinggal kunci lagi?! Menyusahkan betul! Bisik Micheal yang baru terbangun.

Mahupun malas nak bangun, namun kaki Michael tetap melangkah menuju ke arah pintu walaupun dengan langkah berat.

Krrktak! Bunyi tombol pintu dipulas.

Reaksi Jasmine apabila melihat Michael~

"Michaeeeel!!! Kenapa kamu belum bersiap lagiiiii?!! Aiyooooo! Kamu dah nak terlambat ni! Kata Jasmine yang tiba-tiba berubah wajah panik.
Kedengaran Jasmine tepuk dahi (maksudnya keluh tambah resah)

"Apaaaaaaaa! Cepat Jasmine!" Kata Michael.

Kenapa Jasmine kata Michael dah nak terlambat? Kenapa Michael minta Jasmine cepat? Mereka nak ke mana? Nantikan sambungan yang akan datang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience