Rate

PART 2

Romance Completed 6464

4 bulan sudah berlalu, tapi aku masih belum mengenal siapa dia. Dan aku pula sudah semestinya masih utuh bekerja di syarikat pilihanku ini, tetapi hnya dua bulan je lagi bersisa. Kerana aku mahu melanjutkan pelajaranku .
Pada akhir2 ini aku agak jarang melihat pemuda helmet yang menjadi tantapan dan buruanku untuk mengenalnya. Kemana ye dia pergi?

Aku sudah tak nampak motorsikalnya, aku sudah tidak berselisih dengannya. Dimana dia? Aku masih mahu tahu siapakah jejaka misteri tu. Siapakah jejaka yang selalu bermain di mataku dan fikiranku itu?

Kringg.. kringgg.. kringg.. Telefonku berbunyi dan minta diangkat. Aku melihat nama pemanggil dan dia adalah ibu yang telah melahirkan aku ke dunia ini.
. "Assalamualaikum mak, ada apa ye telefon?" Soalku kepada ibuku, kerana dia sngat jarang menghubungiku dan selalunya hanya aku yang kerap memulakan perbualan telefon dngannya untuk melepaskan rindu. "Rina, ada emergency sikit ni di rumah. Boleh dak kalau hang balik pagi esok juga ? Hang pakai baju kurung putih siap2 ya. Balik esok tau, mak kalut ni nanti jumpa esok," belum sempat aku menanyakan soalan lain, ibuku sudah memutuskan talian? Kenapa aku kena pakai baju putih dan kenapa aku perlu balik segera? Kecemasan apakah? Banyaknya soalan yang ada di benakku sekarang.

Memandangkan esok hujung minggu, dan aku memang bercuti esok dan lusa. Jadi aku terus kemas baju dan mencari baju putih untuk dipakai esok, tpi malangnya tak ada. 'Oh ya, mesti Azrian ada baju putih,' aku bermonolog seorang diri.

Kau Yang Kucari(Part 4).
. .
. "AZ, kau ada baju putih tak? Aku nak pinjam jap," aku menebalkan mukaku untuk meminjam baju daripada Azrian. "Ya, ada. Jap ye aku bagi," Azrian terus bangun dari katil dan membuka almari baju miliknya dn membawa keluar sepasang baju kurung moden berwarna putih dan membuatkan aku terpaku dengan baju tersebut.
. "Kau ada yang ni ja ka? Dah macam nak nikah pula baju ni," aku menggarukan kepalaku yang tidak gatal, dan perasaan aku hampa sangat Azrian menggelengkan kepalanya.
. "Aku ada yang ni je, muat2 dengan kau pula tu. Esok aku ikot kau balik kampung ye? Bosanlah tinggal sorang," Tanpa melengahkan masa aku hanya menganggukkan kepala dan terus beredar untuk menyambung kerja2 mengemasku.

Azrian pula, hnya tersyum melihat rakannya yang tidak tahu apa2 itu. Sedangkan baju putih tadi memang baju yang dikhaskan untuk Afrina Zulaikha, dan dia juga merupakan salah seorang yang membuat perancangan sebegitu kepada Afrina. Mesti aku akan merinduimu Afrina. Ujar suara kecil Azrian
. .
#Di Kampung##
. .
Afrina terkejut kerana dirumahnya ada ramai orang, sesampainya dia ke rumah tersebut ibunya terus menariknya ke dalam bilik.
. "Rina, bersiap cantik-cantik cepat! Az tolong makeupkan Rina cepat, Lepa nak sampai dah," memandangkan ibuku seorang anak jati kedah, jadi bunyi loghatnya tak boleh dilarikan lagi. Belum smpat aq menanyakan apa2 , sekali lagi ibuku sudah hilang dari pandangan mata.
. Azrian yang mula mengambil tindakan menghias muka aku, mulai menjalankan tugasnya. Aku seolah lembu dicucuk hidung. Hanya menurut sahaja sedangkan aku tak tahu apa-apa tentang keraian yang akan diadakan dirumahku ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience