Akhirnya,
Selepas beberapa lama menyepi
Kau datang menyapa di malam sepi
Saat hati perlukan ketenangan sendiri
Harap hati yang terkunci, ditutup rapi
Apa mimpi kau datang lagi?
Sesatkah atau jumpa jalan mati?
Ikutkan hati rasa nak maki
Tapi malas, buat habis air liur basi
Walau berusaha buang kau dari hati
Aku redha sentiasa sedar diri
Cukuplah kawan bukan peneman 1 hari nanti
Sebab tahu kau dapat lebih gojes nanti
Akhirnya
Berakhir kisah kau dalam diari
Doa aku sentiasa mengiringi
Jangan risau aku tak benci
Doakan aku tak berhenti mencari
Share this novel