Namanya akan dirahsiakan, dan kisah dia tidak bisa saya ceritakan 100% ada beberapa yang akan saya rahasiakan Karena Dia ingin menjadi orang yang tidak dikenali dunia, namun terkenal di langit.
nama samaran yang saya berikan untuk dia adalah "sar" r daripada huruf akhir dari kata "sabar" sa dari kata "usaha"
sar dibesarkan di dalam keluarga yang tidak teralu pandai tentang agama, dari kecil sar tidak di ajar oleh ibu bapa tentang ilmu agama. masa sar berumur 6 tahun, sar ingin cuba memakai tudung namun bapa sar memarahi tindakan sar.
"Gedik, kau kan kecil lagi nak buat apa pakai tudung"
lalu bapa sar menarik tudung yang dipakai sar itu.
dari kecil sar hanya diajar dan didik dengan ilmu dunia, belajar cara membuat business dan dihasut untuk menjadi kaya raya, mereka mengajarkan anak-anak cara mengejar dunia.
bukan hanya sar yang dilayan seperti itu, tapi semua adik beradik dilayan sebegitu.
sar adalah anak bongsu di dalam keluarga itu.
kerana telah terbiasa di didik untuk mengejar harta dunia, akhirnya sar terpesong juga.
Dari umur sar 7 tahun hingga 11 tahun, sar hanya memikirkan dunia, dan hanya mengerjakan kewajiban sahaja kerana hanya perkara yang wajib sahaja sar kenal dan beberapa perkara yang halal dan haram. perkara wajib yang sar tahu waktu itu adalah
1.sholat
2.puasa
perkara haram yang sar tahu :
1. memakan /menyentuh haiwan yang haram
2.arak
3.tinggal solat
4. biadab dengan ibu bapa
5.murtad
6.bunuh diri
7.menyakiti diri sendiri
8.mengumpat
9.memfitnah
10.zina
tapi sar tidak pernah diberitahu azab jika melakukan yang haram, dan tidak melakukan yang wajib
sar tidak di didik & di ajar mengenai Allah swt dan Rasulullah saw
sar tidak pernah diajar ilmu agama, hanya tahu Allah itu tuhan, Nabi Muhammad itu Rasulullah, tetapj tidak mengenal sepenuhnya.
sar mulai akil baligh saat berumur 9 tahun.
dan disitu entah dari mana datang perangai yang tidak diduga, dia berubah menjadi orang yang sangat lain, orang yang baran, dan hasrat ia untuk mengejar dunia semakin kuat.
dia hidup ibarat orang yang mati, hanya tubuhnya yang bergerak tetapi hatinya mati.
Tetapi dari saat itu sar banyak kali bertaubat, tetapi masih mengunlangi dosa yang sama selama 3 tahun
saat sar berumur 10 tahun, ibu bapa sar membuka kilang roti dan sar turun membantu disana, sar jadi lebih teruk kerana terlalu penat, tiada langsung waktu untuk dia berehat, balik dari kilang sentiasa pukul 12 malam, sar hanya tidur selepas balik dari melakulan pekerjaan di kilang, bangun dari tidur semata-semata untuk pergi membantu dikilang, dari pukul 7pagi, hingga 12 malam.
order yng banyak tapi yang membantu di kilang hanya 3 orang
1.sar
2.abang sar (obi sebagai nama samaran)
3.kawan kepada ibu sar yang bekerja di sana. (ika sebagai nama samaran)
sar dan obi tidak diberikan gaji, hanya ika yang mendapatkan gaji.
sar turut mendapat depresi tanpa diketahui keluarga, sar banyak difitnah oleh adik beradik sendiri, anak no. 3 terkecuali, anak no.2 lah yang paling banyak memfitnah sar.
oleh kerana layanan teruk keluarga dan bebanan yang ditanggungnya di kilang, sar sentiasa menangis dimanapun jua ia berada, di kilang ia terkadang masuk ke bilik air untuk menangis seketika, dan setelah balik dari kilang ia akan masuk ke bilik air lagi untuk menangis sehingga 1/2 jam. sar berkongsi bilik dengan anak no.4 yang begitu rapat dengan anak no.2
kerana itu sar akan menangis di bilik air agar tidak terdengar suaranya menahan perit di hati yang menangung beban sedangkan masih terlalu muda usianya.
kakaknya anak no.5 sudah meninggal dunia saat sar berumur 5 tahun.
sar pula rapat dengan kakaknya anak no.3
Tapi malangnya, sar terlampau handal dalam menyembunyikan perasaan, memendam semua yang ia rasakan, merahsiakan segalanya yang dia hadapi sehinggakan tiada siapa yang tahu dia sedang kemurungan.
sar malah menyalahkan sang pencipta kerana diberikan ujian yang begitu besar.. andai waktu itu sar tahu.. Allah swt memberikan ujian kerana Allah sayang, pasti sar tidak akan marah dengan apa yang Allah berikan.
sempanjang 2 tahun itu sar sering mencuba untuk membunuh diri tetapi serpihan iman di hati sar membuatkan sar berhenti dari meneruskan apa yang ia lakukan itu. ketika hendak terjun dari rumah 3 tingkatnya itu dia akan terhenti dan berkata pada diri sendiri. "kalau aku bunuh diri, confirm la aku masuk neraka terus, dosa membunuh diri besar, pahala aku dah la sikit, biar aku menderita dekat dunia, jangan dekat akhirat juga."
setiap yang berlaku adalah dari kekuasan & kehendak Allah, jadi sebenarnya Allah lah yang telah menyelamatkan sar, betapa baik & sayangnya Allah pada sar sehingga masih saja menyelamatkan sar dari terjun terus ke neraka.
lama kelamaan sar mulai menerima keadaan, dan cuba memperbaiki diri, tidak menyalahkan sang pencipta malah lebih cuba mendekat pada sang pencipta, bercita-cita ingin menjadi hamba yang taat.
tetapi sar gagal lagi untuk istiqomah, sar terpesong jauh lagi, lalu sar mendapatkan kawan-kawan baru online dengan sangat banyak, dari kawan-kawannya itu kemurungannya semakin hilang, bukan keluarga yang membuatnya nyaman tetapi kawan-kawan, sar menjadi orang yang hatinya sangat keras, semakin lama sukar menangis dengan hal remeh tetapi itu bukanlah berita baik, kerana sar masih gagal perbaiki diri.
lalu disaat sar berumur 11 tahun, sar mulai kembali cuba memperbaiki diri, tetapi seperti biasa sar masih gagal melawan nafsu dan bisikkan syaitan.
sar juga turut dihasut oleh jin yang suka membuat orang keliru, sar dihasut agar mendapat rasa ragu-ragu pada islam.
dan di akhir bulan, berlaku pergaduhan antara sar dan seorang kawan nya, punca pergaduhan itu akhirnya sar memutuskan silahturahim dengan kawan nya.
kawan nya masih mencari-cari sar dimana dan turut mengharapkan sar kembali, tetapi sar terus menerus menjauh, waktu itu, sar adalah orang yang sangat keras hatinya, maka memaafkan kesalahan orang juga bukan hal yang mudah baginya, prinsip sar waktu itu adalah "kau buat hal kau, aku buat hal aku." "aku tak campur urusan kau, kau jangan campur urusan aku."
" sekali aku dh benci, aku akan benci sampai mati."
1 orang yang dibenci, satu keturunan juga turut dibenci.
"sekali aku buang seseorang dari hidup aku, aku takkan kutip balik sampai mati."
itulah sar di saat umur 11 tahun
Tiba harinya dimana ia meningkat umur 12 tahun.
dimana dia kehilangan semua sahabat nya, sar ibarat tali di persahabatan mereka, jika sar sendiri yang pergi, maka putuslah ikatan persahabatan 5 orang itu.
yang pertama pergi akibat bergaduh dengan kawan yang paling rapat dengan sar.
yang kedua pergi akibat bergaduh dengan sar.
yang ketiga pergi adalah kawan yang paling rapat dengan sar akibat pergaduhan juga.
yang ke empat pergi kerana sar pergi.
berakhirlah persahabatan mereka. sar membuat keputusan untuk pergi kerana mereka yang memulai menjauh dan melakukan hal masing-masing, sar sering kali cuba mencari topik untuk berbual dengan mereka tetapi terkadang mereka hanya balas dengan emoji ketawa sahaja, siapa aja yang tidak merasa tidak dihargai bukan?
dan setelah itu, sar berkenalan dengan seorang perempuan bernama marina (nama samaran)
sar memanggilnya ina, kerana lebih singkat dan senang untuk disebut.
Mohon maaf jika ada beberapa typo.
Mohon maaf jika bercampur bahasa melayu dan indo.
sampai sini dahulu, sambung di chapter seterusnya. masih panjang kisah sar, ditunggu ya saya update lagi, mungkin setiap hari minggu. InshaAllah.
Mohon maaf jika ada sebarang typo.
Share this novel