Rate

Bab 55 Tindakan Yang Tidak Di Sangka

Drama Completed 203450

Malamnya selesai menunaikan sembahyang isyak berjemaah bersama,Haziq dan Izara masuk ke dalam bilik.

"Sayang nampak ada apa-apa perubahan tak dekat Ikwan?"tanya Haziq pada Izara.

"Maksud abang perubahan macam mana tu? Zara tak faham"tanya Izara kembali pada suaminya itu.

"Sayang tengok macam mana riak wajah Ikwan masa pandang sayang?" soal Haziq.

"Sayang tengok biasa je. Cuma sepupu abang tu rasa tak seronok je bila sayang kata sayang dah mengandungkan anak abang" kata Izara tanpa selindung.

"Mungkin Ikwan tak suka sayang mengadung anak abang,sebab Maisarah dulu pun pernah mengandungkan anak abang juga" kata Haziq sedikit kesal mengingati kenangan yang ingin ia lupakan.

"Abang tak payah la ingat perkara dah lepas. Semua tu bukan salah abang pun. Sekarang ni abang kena fokus dekat sayang dan baby dalam perut ni je. Kalau abang tak pedulikan sayang ,sayang akan lari jauh dari abang," kata Izara cuba membuatkan suaminya itu melupakan kenangan lama.

"Abang memang sekarang ni fokus dekat sayang dan baby dalam perut ni je...Kalau sayang cuba lari dari abang,akan abang lingan sampai dapat. Tolong jangan nak lari dari abang," kata Haziq sambil mengusap perut isterinya itu.

"Abang jangan risau sayang tak akan lari. Lagi pun sekarang ni sayang pun tak kuat macam dulu nak lari-lari,"kata Izara sambil mencium pipi suaminya itu.

"Sayang selalu buat abang hilang segala masalah. Sayang buat abang makin cinta dan sayang pada Sayang la," kata Haziq sambil tangannya mula memicit hidung isterinya.

"Abang ni suka picit hidung sayang,sakit la," kata Izara sambil membuat muka masam.

"Abang geram la dengan sayang ni. Jangan la buat muka masam macam tu, nanti baby dalam perut ni lahir muka jadi masam pula",kata Haziq mengusik isterinya itu.

"Abang ni kan,suka nak kena kan sayang,"kata Izara sambil jarinya mula mencubit suaminya itu.

"Aduh, sakit la sayang"kata Haziq sambil mengeliat akibat kulitnya di cubit oleh isterinya itu.

"Abang lagi 2 bulan majlis resepsi kita. Masa tu perut sayang ni masuk 4 bulan lebih dah. Sayang rasa tentu muka sayang dah tembam tak cantik dah,"kata Izara sambil memadang pada suaminya.

"Maaf,sebab abang kita lambat buat majlis resepsi ni. Tapi jangan risau la sayang tetap cantik di mata abang,tak kisah macam mana pun bentuk badan sayang. Sayang jangan peduli pandangan orang lain,"kata Haziq.

"Sayang dah mengatuk ni,jom la tidur,"kata Izara pada suaminya itu.

"Yalah",kata Haziq sambil tangannya mula menutup suis lampu.

----------------

Pagi ini selesai sarapan Haziq berangkat pergi kerja seperti biasa. Samsiah tersenyum memadang gelagat anak menantunya itu yang suka bergurau tak kira tempat.

Tanpa Haziq,Samsiah dan Izara sedari sebenarnya ada kelibat seorang lelaki asik memadang pada rumah mereka. Lelaki itu adalah Ikwan,dalam diam Ikwan telah mengambil remote pagar outomatik kepunyaan Samsiah. Remote pagar semuanya ada 3,satu Haziq bawa. 2 lagi memang ada di rumah,satu untuk bibik dan satu lagi untuk Samsiah.

Ikwan tahu waktu begini Samsiah dan bibik sibuk melakukan kerja rumah. Sementara Izara pula mungkin berada di dalam bilik sahaja. Ikwan memarkir keretanya agak jauh dari rumah Haziq. Ikwan mengedap-ngedap di sebalik pagar besi rumah Haziq untuk melihat jika bibik dan Samsiah ada di luar rumah atau tak.

Ikwan tersenyum kerana melihat tidak ada sesiapa pun di luar rumah. Ikwan membuka pintu pagar tersebut mengunakan remote control yang ada di tangannya. Perlahan-lahan Ikwan masuk ke dalam pagar.

Sementara bibik dan Samsiah sedang berada di dapur. Izara pula berada di dalam bilik sedang mengemas bilik kepunyaan dirinya dan Haziq. Izara menyusun pakaian supaya kelihatan agak kemas sedikit.

Izara jarang mengunci pintu biliknya bila Haziq tidak bersamanya di dalam bilik. Kerana di rumah ini tidak ada lelaki selain Haziq suaminya. Tanpa Samsiah dan bibik sedari Ikwan sudah pun menghampiri bilik di mana Izara berada.

Izara yang leka menyusun pakaian suaminya tidak menyedari bahawa pintu bilik itu di buka secara perlahan-lahan. Tanpa sengaja Izara terdengar bunyi pintu terbuka membuatkan Izara menoleh ke arah pintu. Izara agak terkejut melihat Ikwan berada di muka pintu biliknya. Izara dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Ikwan. Tangan Izara mengambil telefon pintar tanpa berlengah ia menekan nombor Haziq suaminya. Kemudian Izara lindungkan di balik kain.Izara sengaja mendail mengunakan video call supaya suaminya itu akan mendengar.

"Pak Cik Ikwan ada apa masuk dalam bilik saya ni?" tanya Izara cuba memberanikan dirinya.

Ketika itu juga Haziq telah menjawab panggilan video dari Izara. Haziq boleh melihat hanya ada baju dan kendengaran suara isterinya menyebut nama Ikwan. Haziq dapat merasakan ada sesuatu tidak kena. Tanpa berlengah Haziq menelefon mengunakan telefon lain untuk menelefon ibunya,kerana ingin bertanya pada Samsiah ibunya.

"Aku nak bawa kau lari dengan aku" jawab ikwan sambil berjalan menghampiri Izara.

"Kenapa pula saya kena ikut Pak Cik. Saya ni isteri Haziq sepupu Pak Cik", kata Izara agak risau.

"Kau nak ikut aku secara rela atau nak aku guna cara kasar. Kau pilih je", kata Ikwan sambil matanya tak lekang memadang pada Izara.

Izara menelan air liurnya kerana ia tidak tahu untuk membuat apa. Izara juga dapat melihat Ikwan tidak seperti biasa. Wajah Ikwan nampak lain sangat dan agak menakutkan.

" Kalau kau tak nak ikut cakap aku tak pa. Aku akan guna cara kasar biar anak dalam kandungan kau tu gugur"kata Ikwan lagi.

"Baiklah,saya akan ikut Pak Cik Ikwan," kata Izara agak risau dengan kandungannya.

"Kalau macam tu jom sekarang ikut aku" kata Ikwan sambil tangannya mula menarik tangan Izara.

Haziq sudah menelefon Samsiah ibunya dan memberitahu apa yang ia dengar di video call. Haziq meminta mak dan bibik cuba melengahkan Ikwan keluar dari rumah.Kerana Haziq akan meminta bantuan polis. Samsiah dan bibik segera pergi ke arah bilik di mana Izara berada. Baru sahaja Samsiah dan bibik ingin melangkah kaki ke anak tangga.Kelihatan Ikwan dan Izara sudah pun mula menuruni anak tangga.

Samsiah melihat Ikwan memengang tangan menantunya itu,membuatkan Samsiah agak risau.

"Ikwan bila kamu sampai? Kamu nak buat apa pada Zara tu?" tanya Samsiah pada anak saudaranya itu.

"Ikwan nak Zara ikut Ikwan" jawab Ikwan singkat.

"Zara tak boleh ikut Ikwan sebab Zara ni isteri Haziq" kata Samsiah dengan suara memujuk.

"Kalau Zara tak boleh ikut Ikwan, Ikwan nak anak dalam perut Zara ni" kata Ikwan.

Samsiah dan Izara agak terkejut bila mendengar permintaan Ikwan yang tidak masuk akal itu.

"Kenapa pula Haziq nak anak tu. Anak dalam perut Zara tu anak Haziq" kata Samsiah masih dengan nada suara yang agak lembut.

"Untuk gantikan dengan anak Maisarah yang dah mati bersama Maisarah. Lagi pun anak yang ada dalam perut arwah Maisarah dulu pun anak Haziq juga" kata Ikwan lagi.

"Ikwan tak boleh la macam tu...Ikwan kalau nak anak,Ikwan boleh kahwin" kata Samsiah memujuk.

"Ikwan memang nak kahwin tapi Ikwan nak kahwin dengan Zara. Jadi Haziq kena ceraikan Zara," kata Ikwan lagi.

"Ikwan jangan la macam ni. Mak Long tahu Ikwan orang yang baik tak akan bertindak yang bukan-bukan," kata Samsiah masih lagi cuba mengambil hati Ikwan.

"Ikwan tak boleh tengok Haziq hidup bahagia dengan Zara. Hati Ikwan sakit bila tengok Haziq dah boleh lupakan apa yang terjadi pada Maisarah," kata Ikwan sambil memadang pada Samsiah mak saudaranya itu.

"Ikwan semua tu hanya hasutan iblis. Ikwan kena move on dari kejadian tu. Ikwan kena mulakan hidup baru, yang meninggal mereka dah tenang dekat alam sana. Yang hidup kena teruskan hidup" kata Samsiah cuba memberikan nasihat pada anak saudaranya itu.

"Ikwan tak boleh lupa kejadian yang menimpa Maisarah. Kerana Ikwan kenal dengan orang yang rompak Haikal,Maisarah dan Haziq. Salah seorang lelaki tu adalah lelaki yang pernah Ikwan belasah dulu. Dia saja nak balas dendam dekat Ikwan. Tapi kenapa! Maisarah yang kena tanggung semuanya ni?" kata Ikwan dengan matanya mula berair.

Samsiah dan Izara terkejut mendengar pengakuan Ikwan. Barulah Izara dan Samsiah sedar kenapa selama ini Ikwan tidak boleh move on dengan kematian Maisarah. Kerana rasa bersalah Ikwan terhadap adiknya itu.Tapi rasa bersalahnya itu ia tuding pada Haziq. Kerana mengangap Haziq lah punca segalanya.Itu semua hanyalah alasannya saja.

Bersambung...

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-10-24 22:04:40 

hi dear. tqvm. uodate awal.love u


NovelPlus Premium

The best ads free experience