DUA TAHUN KEMUDIAN.
Cuaca cerah, langit hampir terbenam tetapi dia gembira kerana perubahannya yang sangat baik. Amelia merenung dirinya sendiri sambil menghirup teh suamnya. Dia menghela nafas. Selesai minum teh, dia melirik lagi ke arah langit kelabu yang jernih.
Dia merasa keletihan terutama dari pergantian malamnya dan dia tidak sabar untuk pulang. Dia melirik lelaki yang duduk di sebelahnya dengan ekspresi letih, sedang memeriksa fail di tangannya. Dia bersyukur dengan kesunyian di antara mereka kerana dia tidak berminat untuk bercakap dan hanya ingin mendiamkan diri.
“Aku akan pergi ke wad 5. Kau baik-baik saja kan?” Haris bertanya. Dia memberikan senyuman kecil kepada Amelia.
“Tapi, bukan kau perlu pulang sekarang?” Amelia berkata.
“Aku masih perlu menghabiskan dua jam lagi di wad.”
“Aku akan ke sana sekejap lagi. Aku rasa aku belum bersedia untuk menghadap Doktor Faruq.” Gumam Amelia sambil menghela nafas. Dia tidak dapat mengatasi banyak penghinaan dan teguran yang telah diberikan kepadanya atas kesalahan kecil.
“Aku faham. Sir Faruq memang berlebihan, tetapi kau sendiri tahu bagaimana doktor-doktor kanan ini suka mengajar pelatih mereka. Kita hanya perlu menahan diri sebentar.”
•••
“Excuse me.” Amelia ditarik keluar dari lamunannya tatkala mendengar suara yang mendalam dari seseorang yang berdiri di sebelah mejanya.
“Ya?” Dia menjawab dengan lemah lembut sehingga mendapat pandangan yang menggembirakan dari lelaki itu.
“Are you Dr. Amelia Tobias?” Dia bertanya.
“Ya, saya Dr. Amelia Tobias. Awak ada temujanji yang dijadualkan atau ingin berjumpa?” Tanya Amelia sedikit tegas. Tak ingin menimbulkan rasa gelisah yang sebenarnya dia rasakan ketika berada dengan orang asing yang tampan ini.
“Dr. Faruq mengarahkan saya kesini kerana dia sibuk dan saya memerlukan pemeriksaan segera.” Beritahunys sambil mengangkat kepalan tangannya, buku-buku jarinya memang cedera dan dipukul.
“Alright. Please follow me.” Amelia mengarahkan dam membawa lelaki itu masuk untuk melakukan x-ray. “Please, take a seat.” Amelia mengarahkan sambil menunjuk ke arah kerusi di tepi meja.
•••
‘Kenapa dengan lelaki ini? Tak bolehkah dia menurunkan pandangannya?’ Amelia perlahan-lahan merasa jengkel. Selepas beberapa saat, Amelia mengangguk kepadanya.
“Please, can you wait at Dr. Faruq’s office? I will return with your x-ray scan.” Lelaki itu mengangguk dan keluar dari bilik. Amelia menghembuskan nafas.
Setelah membuat imbasan, Amelia menuju ke ruangan Dr. Faruq dan berdoa agar Dr. Faruq berada disana kerana dia tidak ingin bersendirian dengan orang asing itu.
Namun, dia sangat kecewa. Ruangan itu kosong dan hanya lelaki tadi berdiri dan memandang ke luar tingkap.
Amelia berdehem dan memberikan isyarat ke arah meja. “Silakan duduk, encik.”
“Adrian. Adrian Gabrielle.” Adrian menjawab.
“Encik Adrian, silakan duduk.” Dia berkata dan cuba menenangkan hatinya. Tak pernah ada lelaki yang memberikan rasa seperti ini.
“Just Adrian is fine.” Adrian mengatakan dengan tegas. Amelia tersentak dengan nada suara yang dia gunakan begitu kuat.
Amelia menggelengkan kepalanya dan memberikan senyuman kecil padanya. “If you will please have a seat, I would like to examine your hand.”
Adrian duduk dan memandangnya yang sedang memeriksa imbasannya. “Hmm, all the bones are intact.” Amelia merenung dan bergerak ke rak sisi bilik lalu mengambil sarung tangan getah. Dia kembali ke arah lelaki itu, dia perlahan-lahan mengambil tangan Adrian yang cedera dan memeriksa buku-buku jarinya.
“Luka tu tak terlalu dalam dan cedera tidak terlihat serius.” Amelia memberitahu dan berhati-hati melepaskan tangan Adrian. “Macam mana boleh berlaku?” Amelia bertanya dan mengambil beberapa pil preskriosi Dr. Faruq.
“I was training when it happened.”
Amelia mengerutkan keningnya. Tetapi kecederaannya kelihatan baru, seperti berlaku beberapa minit yang lalu.
“Okay. Kemungkinan jangkitan adalah rendah. Saya akan membalutnya, then I will right down a prescription for an ointment.”
“Why don’t you have your own office, Amelia?” Adrian bertanya. Amelia terkejut dengan pertanyaannya yang tiba-tiba, terutamanya dengan memanggilnya dengan nama pertama.
“Saya hanya pelatih, saya takkan dapat memiliki pejabat sendiri sehingga saya lulus ujian.” Dia menjelaskan.
“And when will that happen?”
“Mungkin tahun depan.”
Amelia terus mengambil pembalut dan merawat tangan Adrian yang cedera. Dia memerhatikan tangan lelaki itu yang sedikir kasar. Tangan Amelia mula bergetar dan Adrian hampir menghampirinya.
Doesn’t this guy have any sense of priority? He’s being so rude with all the staring.
“Awak tahu, menatap seseorang itu sangat biadap.” Bidas Amelia.
Namun, Adrian tergelak dan tiba-tiba dia menggunakan tangannya yang sebelah lagi dan meraih lengan Amelia dan menyebabkan Amelia jatuh di pangkuannya.
Adrian menariknya mendekat dan Amelia membeku di tempatnya sehingga dia tidak menyedari betapa dekatnya mereka sekarang.
“Mereka betul. Aku pernah mendengar bahawa Dr. Amelia adalah gadis paling cantik di kota ini. Kau sangat cantik.
Hatinya berdegup kencang mendengar kata-katanya. Amelia tahu dia mempunyai kecantikan yang luar biasa, dengan mata hazelnya, kulitnya yang cerah dan rambutnya yang sedikit perang.
Amelia tersentak ketika menyedari posisi di mana dia berada dan dia segera berdiri. Pipinya panas. Dia telah melihat banyak jenis pesakit, yang cerdik, yang cerewet, dan juga yang gelisah tetapi tidak pernah dia menyaksikan pesakit seperti Adrian. Dia adalah orang pertama yang sngat menjengkelkan untuk menggodanya.
“Thank you for the first aid. I will take my leave now.” Kata Adrian. “But I will seeing you real soon.” katanya lagi dan mengedipkan mata.
Dia menghulurkan kad berwarna putih ke arah Amelia. “Kad saya.” Amelia dengan enggan mengambilnya supaya lelaki itu cepat pergi.
Amelia mendengar pintu terbuka dan ditutup. Dia menghela nafas lega. Dengan tangan yang gementar, dia memeriksa kad yang telah diberikan kepadanya.
Adrian Gabrielle
Ketua Pegawai Eksekutif, DeVille Enterprise
Sambil menghela nafas, dia mengoyakkan kad itu menjadi dua dan membuangnya.
‘I hope I never see that horrible man again.’
Maaf typo >_<
Share this novel