Prolog

Romance Series 2019

PERASAN HEBAT! cemuh hati Naim Iskandar. Merenung perempuan itu tajam.
“So...janganlah awak berangan-angan hendak jadi suami saya ya!” tutur perempuan itu angkuh sambil menggawang-gawangkan tangan.
Sengaja dibiarnya perempuan itu membebel entah apa-apa yang satu pun tidak membekas di hatinya. Matanya melurut dari atas kepala hingga ke kaki si perempuan. Berambut kerinting ikal mayang cap buatan kedai salon rambut. Berbaju ala-ala tidak cukup kain. Silap-silap haribulan boleh jadi incredible huck! Bergincu merah menyala. Sudah itu, bercakap mengalahkan mak datin! Ingat dia itu puteri kayangan kah apa?
“Siapa nama awak tadi?” soalnya semula.
“Hanin Safinah. Panggil sahaja Safi.”
“Okey Cik Safi. Saya pun tidak tahu apa yang awak bebelkan. Saya tidak faham apa yang awak marah sangat. Cuma saya hendak beritahu satu sahaja, ada tak tadi saya cakap…atau sebelum ini…kata saya berminat untuk berkahwin dengan awak. Saya ustaz okey! Lulusan Mesir pula. Ingat awak ini termasuk dalam taste sayakah? Eh, saya pun tidak pernah mimpi hendak kahwin dengan perempuan spesies awak!” Sengaja dia bercakap ala-ala Hanin Safinah bercakap. Lebih kepada hendak menyakitkan hati perempuan itu.
“What?” Mata Hanin Safinah terbeliak. “Awak kata saya perempuan spesies!” tudingnya. “Awak ingat saya haiwan!” Amarah perempuan itu menyala-nyala.
“What ever.” Lagi sekali dia sengaja menyimbah minyak ke api. Lantas, berlalu tanpa mengendahkan Hanin Safinah.
“Please…” terdengar suara Hanin Safinah merayu. “Kita bincang.”
Langkah Naim Iskandar termati, tanpa menoleh ke arah Hanin Safinah.
“Awak pun tidak setuju dengan perkahwinan ini, bukan?” Sekali lagi perempuan itu cuba memancing perhatiannya. “Kita bincang bagaimana cara supaya perkahwinan ini tidak jadi. Awak pun mesti ada minat kepada seseorang, bukan?”
Naim Iskandar berpaling. “Baik.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience