Rate

sejarah

Other Series 133

SMK Seri Pagi ialah sebuah sekolah menengah kategori luar bandar yang terletak dalam pentadbiran dan pengurusan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Darul Khusus. Berdiri kukuh tersergam indah di atas tapak tanah yang luasnya kira-kira 5 hektar persegi. Lokasi sekolah ini amat strategik iaitu terletak di atas sebuah bukit serta dikelilingi kawasan perumahan dan perindustrian Senawang.

Sekolah ini telah dirasmikan pada 14 Jun 2003 oleh YAB Dato’ Seri Utama Tan Sri Haji Mohamad Isa Bin Dato’ Haji Abdul Samad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.

Walau bagaimanapun, sekolah ini telah membuat penukaran nama daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang Dua kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi pada 24 September 2005 yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Bin Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.

Sekolah ini mula beroperasi pada awal tahun 2000. Pada peringkat awal, tenaga pengajar hanya seramai 38 orang dan bilangan pelajar pula seramai 803 orang. Walaupun bilangannya kecil, namun ianya tidak mematahkan semangat pihak pentadbiran untuk melaksanakan segala impian serta wahana yang telah termaktub dalam FPN.

Pengetua pertama sekolah ini ialah Tuan Haji Jamali Bin Haji Salam. Namun, beliau hanya dapat berkhidmat selama setahun sahaja. Mulai tahun 2001 pula, pentadbiran sekolah telah diambil alih oleh Puan Hajah Sharifah Azizah Bt Syed Zin. Beliau telah melakar sejarah dalam pelbagai aktiviti sehingga mampu bersaing dengan sekolah sekitar termasuk program keceriaan, kebersihan dan keselamatan.

Bermula dengan pelajar printis seramai 803 orang , kini meningkat kepada 1718 orang pada tahun 2004. Pengambilan pelajar adalah dari sekolah rendah berdekatan seperti SK Seri Pagi, SK Tasik Jaya, SK Senawang dan SK Sri Mawar. Kebanyakan mereka tinggal di kawasan berhampiran dengan sekolah ini seperti Taman Cempaka, Taman Rasa Sayang , Taman Dahlia dan lain-lain. Sekolah ini juga telah berupaya menubuhkan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru(PIBG) pada bulan Februari tahun 2000. Upacara perasmian penubuhan PIBG ini telah disempurnakan oleh ADUN Senawang YB Dato’ Woo Ah Lek. Pengerusi pertama PIBG ialah Encik Azman Bin Abdul Jalil. Dengan adanya PIBG tersebut, sekolah telah mengorak langkah dalam jangkamasa yang begitu singkat, akhirnya sekolah berjaya melahirkan pelajar yang berketrampilan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Kini setelah 7 tahun beroperasi dan peningkatan jumlah pelajar umpama cendawan tumbuh selepas hujan, sekolah telah melaksanakan Sistem Persekolahan Dua Sesi bermula pada tahun 2002 iaitu Tingkatan 1 dan 2 pada sesi petang, manakala Tingkatan 1 ( aliran agama), 4 dan 5 pada sesi pagi. Mulai tahun 2005 sekolah telah membuka kelas Tingkatan 6 iaitu Tingkatan 6 Rendah UM dan UKM. Pada tahun 2006 pula sekolah telah menambah 2 lagi kelas untuk menampung pelajar-pelajar tingkatan 6 Atas UM dan UKM.

sekolah saya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience