bab 1

Other Series 1827

Encik Faolan Darcy, nama paling terkenal di dalam dunia hiburan dan dunia pelakonan. Jejaka yang dingin mengalahkan berung putih kutub utara. Senyum? Itu musuh utamanya. Mukanya dingin spenajang masa sehingga senyum pun tak pandai nak buat.

"Pelahan sikitlah! Kau nak tumbuk muka aku ke apa!?" Faolan memamandang ke arah wanita itu. Dari hari itu dia cuba tahan sabar dengan perempuan ini. Tapi makin lama perangai dia menjadi - jadi.

"Saya bukannya tumbuk Encik pun. Relax, muka kacak Encik takkan rosak pun lepas saya letak bedak." Lembut sahaja Farah berkata pada lelaki dingin itu. Dia senyum lalu meneruskan meletakkan bedak di muka lelaki itu. Dengan kuat.

Hanya Farah sahaja mampu bertahan dengan karenah dan perangai gila si Faolan. Kalau lelaki itu melenting atau maki? No hal, dia sudah biasa dengan benda itu. Sebelum ini dia perlu uruskan pelakon wanita paling gedik yang dia pernah jumpa.

Letak lipstick kasar sikit, marah. Letak bedak pink, marah. Eyeliner tak sama dengan sebelah, marah. Semua benda nak marah. Akhirnya dia kena pecat dengan wanita dengan alasan dia ini tak pandai buat kerja.

Faolan mengetao gigi dan membiarkan dia meneruskan meletak bedak di mukanya sehingga kedua pipinya sudah rasa sakit dek ditepek dengan wanita ini dengan kasar. Letak bedak pun kasar macam nak bergusti.

"Habis" kedua tangan Farah diangkat ke tepi selepas dia puas dengan air tangannya sendiri. Muka Faolan yang sedikit gelap itu berubah pada putih selepas dia menambahkan beberapa alat solek dimukanya. Makin hensem.

Faolan hanya angguk lemah lalu terus berjalan ke arah Pengarah. Dia tersenyum kecil dari belakang memandang Faolan yang muka monyok itu.

Dia memang nampak kasar tapi kasar - kasar dia pun dia sangat ambil berat dengan pekerjanya. Teringat pula jarinya terluka sedikit kerana terkena gunting, apabila Faolan tahu tentang kecederaan kecilnya itu bukan main dia marah. Menyampah!

Farah duduk di atas kerusi plastik. Dia mengambil botol airnya lalu dihirup. Rasa lega pula selepas minum. Amirul tersenyum jauh lalu sertai Farhan yang sedang menikmati dengan minumannya. "Yo! Kau still boleh bertahan eh dengan perangai dia?"

Amirul mengambil cawan yang berisi air tea lemon itu. Dia menunggu respon dari gadis itu. Habis sahaja dia minum airnya barulah dia membukak mulut. "Perangai dia itu, tak adalah teruk mana. Aku still boleh bertahan." Farah tersenyum kecil pada Amirul.

"Aku pelik, macam mana kau boleh bertahan? Orang lain tak boleh tahan tau sampai mintak berhenti kerja. Engkau boleh tahan hampir dua bulan. Wow!" Kagum Amirul dengan Farah. Yerlah pekerja sebelum ini baru masuk seminggu dah mintak berhenti.

"Relax ah bro! Aku dulu pernah kena kerja dengan pelakon mana entah. Perangai dia lagi teruk! Hauk pula tu!" Selamba dia bercakap buruk tentang pelakon itu.

Mereka berdua berborak dengan rancak. Pelbagai topik dibincangkan oleh mereka berdua. Faolan memebetulkan tali lehernya sambil jeling memandang Farah. Api cemberu membakar hatinya. Rasa panas sahaja apabila dia melihat Farah tersenyum dengan Amirul.

Tapi kenapa dia cemburu? Bukannya dia suka kat perempuan garang itu, tambahan pula pandai lawan cakap. Makin dia pandang Farah dengan Amirul makin perasaan marahnya ingin meletus. Nak sahaja dia heret Farah ikut bersamanya. Dan meletakkan syarat pada Farah bahawa dia tak boleh bercakap dengan lelaki lain selain dia.

Tetapi, dia tak ada hak untuk letak syarat sebegitu. Menyusahkan betullah!! Muka Faolan berubah dingin. Sehingga pengarah di tepinya pun takut nak tegur. Pahal petang - petang ni dingin semacam?

"Lan" tersentak Faolan apabila mendengar bunyi menegur dirinya. Pengarahnya cuak apabila muka dingin Faolan menoleh ke arahnya. Jangan dia marah aku sudahlah. "Yes?" lembut Faolan berkata dengan muka dinginnya itu. Alahai, suara lembut, mukanya dingin macam beruang kutub. Peliklah dengan dia ini.

Pengarah itu memberikan taklimat secara percuma selama lima minit pada Faolan. Dia fikir faolan akan fokus pada kata - katanya tapi disebaliknya, mukanya dijadikan tatapan pada Faolan. Kenapa lelaki ini pandang dia macam nak makan dirinya? Ke dia dah tukar selera dan jadi bengkok!? Uish gila!

"Teruskan dan abaikan aku" Faolan mula berbunyi. Pengarah itu berdehem sekejap lalu meneruskan kata - katanya. Muka Faolan berubah kosong lalu menoleh mamandang Farah. Dia masih seronok bercakap dengan lelaki itu? Tak boleh, tak boleh. Dia kena halang dua manusia itu sebelum mereka jatuh cinta!

Tangan Faolan yang menggengamkan pen biru itu hancur terus. Tangan Faolan digenggam dengan kuat tanpa sedar sehingga menyebabkan Pen biru milik pengarah itu hancur ditangan Faolan. Terbeliak mata pengarah tersebut. Lelaki ini datang bulan ke sampai nak hancurkan pen itu!?

"Farah" Faolan menyeru namanya sambil memeluk tubuhnya. Kepala Farah ditoleh ke arah Faolan. Terkejut dibuatnya apabila dia melihat bukan garang Faolan terserlah habis. Amirul serta merta meminta diri kerana terasa dirinya seperti terancam.

"Jangan dekat dengan lelaki lain selain aku, faham?" tersembut kata - katanya. Farah memandang pelik pada Faolan. Kenapa lelaki itu tiba - tiba sahaja cakap begitu? "Encik ini siapa ye sehingga nak beri syarat begitu? Saya ini bukan isteri encik pun." Farah membidas terus kata - jata Faolan. Rahang Faolan hampir jatuh apabila dia melihat Farah melawan kata - katanya.

Semua serentak diam apabila melihat satu susuk tubuh badan lalu masuk. Faolan sudah mendengus malas. Kenapa hari ini dia perlu jumpa dengan perempuan gila itu? Angkat kaki dan belari. Faolan terus belari laju menghilangkan dirinya apabila perempuan itu mula menegurnya.

Aku tak kenal dia, sumpah aku tak kenal. Faolan menurup mukanya dengan satu tangannya lalu melompat di belakang pengarah itu. "Diam dan cakap, Faolan tak nak jumpa kau" dia memberikan arahan paa pengarah tersebut. Nak tak nak, Pengarah sahajalah yang mampu menolong dirinya itu.

Matanya tertangkap pada susuk tubuh badan milik Arlyn dan Edric. Yes! Hero dah sampai!! Badannya bergerak terus dekat ke arah Edric. Badan Edric ditarik ke hadapan menjadi pelindung padanya. Alah, Edric kan bodyguard jadi bukan satu masalah pun kalau dia perlukan perkhidmatan sebegitu.

"Arlyn aku pinjam suami kau sekejap" sempat lagi dia meminya izin pada Arlyn. Gadis itu hanya angguk sahaja. Dia tak faham apa - apa kenapa lelaki itu buat sebegitu. "Kau nak halang perempuan tu datang kat kau eh?" Edric menahan gelak apabila dia melihat muka Faolan yang kaget itu.

Laju dia angguk. Badan Edric ditarik laju bergerak ke kanan seperti pelindung badannya. "Cover aku bro" Faolan mula melepaskan tangannya dari badan Edric. Kerjanya adalah bodyguard dan benda paling utama adalah menjauhkan orang jagaannya dari musuh atau seseorang yang tidak diingin dijumpai oleh orang jagaannya.

Badannya menjadi penghalang pada Faolan. Memudahkan Faolan bergerak dan membuatkan perempuan gila itu tidak melihat susuk badannya. Farah yang sedang menghirup air teanya itu, terus dicekik oleh Faolan.

"Belakon jadi makwe aku sekejap"

"What!?"

Badan Farah dipusing mengadapnya. Tudung putihnya yang senyet itu dibetulkan oleh Faolan. "Kau nak apa? Aku bayarkan" Faoaln menawarkan sesuatu pada Farah. Dia jongketkan keningnya. Pelik sungguh kenapa dia tiba - tiba meminta dirinya untuk jadi pelakon tambahan pula? Ini semua gila

"Tudung swarovski" selamba dai cakap. Tudung yang mahal dan mempunyai batu pertama paling termahal di malaysia! Adakah Faolan mampu menerima cadangannya? Atau tidak? "Okay, aku belikan" ternganga Farah mendengarnya. Dia hanya ingin melawak, tapi lelaki ini betul - betul nak belikan untuknya... Oh mampus.

"Belakon nadi makwe aku Farah atau tudung swarovski kau tu hilang" muncung mulut Farah. Nak tak nak dia terpaksa terimalah walaupun dia tak mahu. Huhuhu. "Okay.." maka bermulakan pelakonan antara Encik Faolan Darcy dan Cik Farah Adriana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience