BAB 1

Spiritual Completed 390

KEDENGARAN bunyi mesin dari wad kecemasan. Bising dan bingit. Kelihatan susuk tubuh yang memakai jubah putih dengan beberapa orang wanita yang memakai uniform berwarna putih bergegas menuju ke wad kecemasan itu.

Susuk tubuh yang memakai jubah putih itu sudah memegang stetoskop. Sekujur badan yang terbaring kaku di atas katil itu mula mendapat perhatian oleh beberapa orang wanita yang beruniform putih dan susuk tubuh yang bejubah putih itu.

“Doktor, macam mana?” Salah seorang wanita yang beruniform putih itu bertanya. Dahinya berkerut.

Susuk tubuh yang memakai jubah putih itu mendiamkan dirinya sebentar. Stetoskop dilekapkan pada sekujur tubuh yang terbaring kaku itu.

Riak wajahnya pantas sahaja bertukar saat stetoskop tersebut melekap pada bahagian kiri dada sekujur tubuh itu.

Wajahnya diangkat memandang wanita yang beruniform putih itu.

“Ini satu keajaiban! Dia hidup!”

“Kau siapa?” Gadis itu mengerutkan dahinya. Dia yang sedang duduk di atas katil meluruskan pandangannya. Tidak mahu dia melihat gadis bertudung labuh yang berada di sebelah kanannya.

“Aku tak pernah kenal kau pun. Kenapa kau kenal aku?” Nada suaranya kedengaran keras. Tiada nada mesra langsung.

Bushrah mengeluh kecil. Mangkuk yang berisi bubur itu diletakkan di atas paha semula.

“Maia memang tak kenal dengan Bushrah tapi Bushrah kenal dengan Maia. Dah banyak kali Bushrah cakap yang kita pernah satu kuliah dulu.” Bibirnya tetap juga tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience