"SYAUKI!" Bergegar bangunan Asram Putera dek pekikan kuat Fakrul.Mengalahkan ngauman singa jantan,naik perit telinga mendengarnya! Seisi penghuni dikejutkan apabila pagi2 lagi lelaki garang itu sudah mula memekak.
"Geramnya! Bangun tidur tak kejutkan orang. Ini,baju aku pun tak digosoknya!" Fakrul mengepal-ngepal kedua-dua belah tangannya menjadi penumbuk menandakan dia sedang marah.
Hakeem,teman rapat Fakrul tersengih-sengih sinis duduk di bucu katil. Pada kala tangan menyarung stokin sekolah.
"Entah2 dia mahu kenakan kau agaknya. Biar lambat ke sekolah,biar kena denda. Lagipun sekarang sudah pukul 7:00 pagi,mana dia sempat nak gosok baju lagi." Bertubi-tubi bicara Hakeem menjadi batu api dengan riak mencebik,meletus-letus tuduhannya macam gunung berapi.
Sebenarnya sudah lama Syauki menjadi mangsa buli di asrama. Pantang nampak kelibat,ada sahaja hendak disuruhnya. Setakat basuhkan pakaian,kapurkan kasut,gosokkan baju dan kemaskan katil... sudah menjadi kerja rutin,Syauki.
"Kau pakai sahajalah baju sekolah semalam. Nanti di sekolah kita cari Syauki sampai dapat! Biar dia tahu... sepatutnya menggosok baju sekolah kita ni kerja rutin, tidak perlu nak diingat-ingatkan." Syahrul memujuk sambil tangan mengepal-ngepal penumbuk.
Tidak tertahan-tahan perasaan mahu bertemu Syauki,mahu diajar Syauki cukup2. Biar lebih diingati siapa mereka bertiga... pelahar tingkatan 4 paling digeruni di Asrama Putera.
Berpadanlah dengan raut muka yang bengis,bentuk tubuh gagah tinggi dan perkasa. Mana tidaknya,3 lelaki itu adalah atlet bola tampar sekolah.
Maka tiada pilihan lain,baju renyuk disarung ke badan. "Siaplah kau Syauki,aku akan pastikan kau menyesal sebab biarkan baju sekolah aku berkedut hari ni!" Kata Fakrul dengan perasaan marahnya.
AKAN BERSAMBUNG... •-•
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA!!! •-•
Share this novel