Rate

bab 1

Romance Series 1550

Aku berlari anak mengelilingi padang sekolah, rutin harian kalau ada latihan softball. Dari jauh aku boleh dengar suara lelaki itu. Ben, lelaki yang aku suka dalam diam. Aku 'join' softball pun sebab Ben ada dalam team lelaki softball sekolah. 'so why not' la kan kalau aku masuk sukan yang dia turut ada,, boleh cuci mata..

"ball pitcher ball"
suara perempuan bingit di tepi padang cuba psyko kan pihak lawan.. aku hanya mencuri memandang Ben yang berada di posisi 'first'.. dia kelihatan fokus dengan permainan petang itu..

"Yaya..you next" Ujar 'coach' Nizam sambil mengangkat kening kepada aku..alamak.. terkantoi aku usya si Ben.
Aku segera bangun dan memakai helmet khas untuk game..

"dia jaga first beb..dia jaga first.." ujarku perlahan kepada Izah..kawan sebilik aku..Izah hanya membuat muka menyampah..dia tahu,,dalam diam aku syok dekat si Ben tu.. Izah la salah satu kawan yang boleh dipanggil sahabat. Rahsia aku ada kat tangan dia..dan dia tak pernah buka cerita aku dengan orang lain..

sampai giliran aku untuk memukul bola..
"swing smpai kena pak guard asrama weyyy"
jerit Izah di tepi padang..
aku hanya ketawa perlahan.. 'bodo la izah'
aku menjeling sekilas ke arah Ben.
Satu lontaran dari Haikal aku tersasar..
gatal sangatkan usya Ben..
"come on yaya..jangan lalai.."
kedengaran suara garau 'coach' menjerit

aku fokuskan mataku memandang Haikal si pitcher lelaki..aku meneliti gerak geri bola
'ting' bola melambung ke posisi second..aku mengambil peluang itu dengan berlari sepantas yang boleh ke posisi first yang dijaga oleh Ben.
Dalam masa yang sama,, Ben dapat menyambut bola yag dibaling oleh Azim yang berada di posisi second. Dia menyentuh bahuku dengan glove untuk menamatkan riwayat aku didalam game itu. Tapi aku selamat kerana kaki aku telah memijak 'base'.

Pemukul seterusnya adalah Izah.. semua mata fokus kepada Izah. Aku mengambil peluang itu untuk mengacah perlahan untuk ke base seterusnya..selangkah,,dua langkah,,
dipertengahan jalan si Haikal perasan akan langkah aku..cepat-cepat aku mengundur ke belakang dan tanpa aku sedar aku terlanggar bahu Ben kuat yang turut berlari ke base.. 'bapakkkkk sakit..urat besi tulang dawai'..
aku mengaduh sambil mengusap perlahan bahuku..
'tinggg'
pukulan padu dari runner ,,
Izah berjaya buat home run.. minah ni memang terror.. jauh siak bola dia pegi..maybe aim pak guard asrama..

Giliran perempuan pulak jaga padang.. ketar nak mampus..gila tak....! lawan dengan lelaki.. diorang lagi hebat kot..nak pulak bola puak ni laju siot..

aku mengambil posisi pitcher..Izah pulak posisi catcher yang dah lengkap dengan 'suit transformers' dia tu..
runner pertama lepas..kedua lepas..
Ben runner ketiga.. aku menarik nafas dan mengambil sedikit masa untuk duduk dalam posisi yang selesa..kaki kanan ku maju setapak dan tangan ku hayun untuk membaling bola ke arah Ben.. 'ting'

Kepala aku terasa panas dan kebas berpinar..suara org sekeliling menjerit namaku menjadi tenggelam timbul..belakang badan ku menjadi sejuk..kaki ku lemah dan aku terjatuh terjelopok.

pipi aku terasa kebas,,sakit yang teramat..aku membuka mata dan,,guest what..semua mengelilingi aku yang terbaring beralaskan peha Izah..
"yaya..kau okay tak" suara pertama yang aku dengar adalah suara puaka si Izah.. hujung kaki aku coach yang tersenyum memandangku.. sebelah coach si Haikal..sebelah Haikal pulak Ben.. aku punya malu tu rasa seluruh penghuni langit gelakkan aku.

Ben menghulurkan aku ketul ais yang berbalutkan dengan kain hitam..
"letak kat pipi tu" ujarnya perlahan..
aku hanya mengambil huluran nya..aku tak tahu rupa aku sekarang ni macam mana..

Mereka sambung latihan petang itu..posisi aku diambil alih oleh Sofia budak junior,,pelapis pitcher perempuan.. aku diberi kebenaran untuk pulang ke hostel lebih awal..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience