Rate

BAB 2

Romance Series 11826

Mata Encik Din liar mencari sesuatu. Dengan pandangan yang hairan,akhirnya Laila membuka mulut. "Encik Din cari apa,ya?" Soal Laila kepada Encik Din. "Saya sedang mencari sesuatu yang hilang." Balas Encik Din. "Boleh saya tahu apa benda tu?" Soal Laila sekali lagi. Manalah tahu jika dia boleh menolong. Encik Din berdehem. "Husna dan Erina." Balas Encik Din.

"Oh,kalau Encik Din cari mereka..Mereka dah turun beberapa minit yang lalu. Mereka pergi makan katanya." Ujar Laila. Encik Din mengangguk. Laila kembali semula ke tempat duduknya.

'Sempat pula cari mereka,ya..' getus hati Laila.

*

"Kenyang perut aku. Alhandulillah." Ujar Erina. Dia memegang perut nya yang sudah penuh itu. "Ok,jom balik ke ofis semula. Tak pasal-pasal kena pekik nanti. Muak aku dengar." Ujar Husna. Erina mengangguk. Selepas membayar bil makanan yang sudah masuk kedalam perut tadi,mereka berlari masuk semula kedalam ofis.

"Husna,Erina." Panggil Laila.
"Ya,Laila?" Sahut mereka.
"Tadi Encik Din cari korang la."
"Eh,yeke?" Ujar Husna seakan-akan tidak percaya.
"Iya,aku tak tipu. Dahlah. Aku pun nak turun pergi lunch. Bye."
"Selamat tinggal."

*

Husna mengarahkan Erina untuk mengetuk pintu bilik Encik Din. Yalah,kalau dah ego dan dingin sangat siapa nak dekat. "Se..Selamat tengahari,Encik Din." Sapa Erina. Encik Din memandang nya tajam. "Pergi mana?" Soal nya. Erina terkejut. Husna memandang nya sambil membuat reaksi takut. "Saya..Saya pergi lunch tadi,Encik." Balas Erina.

"Lunch? Tak minta izin pun?" Kata-kata itu membuatkan Erina sentap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience