1. Demi Muffin

Family Series 3204

Pagi yang cerah disirami cahaya matahari, kedengaran bunyi ngauman motosikal dihadapan rumah yang serba sederhana. Tercegat seorang wanita berumur 50-an dihadapan pintu rumahnya sambil menjengah keluar.

"Hati-hati Ayu naik motor tu... Mira jangan bawak laju-laju ye sayang..."

"Ye makcik..."

"Pergi dulu mak... Bye...", tegur Ayu.
"Jangan risau... Mira gedik ni bawak macam siput. Haha".

"Amboi... kaulah gedik", balas Amirah kawan rapat kepada Ayu yang sekelas dengannya di tingkatan 5.

Amirah menekankan pedal minyak dan terus memecutkan motornya.

"Mira, alang-alang kita singgah pasar jom?".

"Kau ni apahal pagi-pagi nak ke pasar ni?".

"Aku nak beli muffin. Jomlah...".

"Kat kantin pun ada...".

"Kat kantin tak sedap..."

"Mengada eh kau ni... Kalau kita kena tahan pengawas aku tak tahu eh...".

"Tak apa... awal lagi kot. Tak sampai 5 minit pun...".

Setelah sampai di pasar, Ayu terus beratur di gerai yang menjual nasi lemak yang terkenal di Bandar Baru Bangi.

Amirah dengan wajah yang terkejut tidak menyangka ada juga pelajar-pelajar lain yang bersarapan disitu. Mereka tak takut kena tahan pengawas ke nanti? Fikirnya.

"Hei Makcik... Jom jalan", terjah Ayu yang baru selesai membeli.

"Bapak ah Ayu. First time aku menyinggah pasar time ni. Ramainya nak datang lambat...", ujar Amirah sambil menekan minyak dan memulakan perjalanan.

"Tulah, kau ingat aku ni teruk sangat. Beli satu muffin je pun. Yang lain siap makan nasi lemak, order milo tabur lagi...".

"Pergh... Sempat lagi tu nak milo tabur...".

"Kan... Wei tekan minyak sikit".

Setelah sampai di sekolah, Ayu dan Amirah bergegas memasuki pagar sekolah. Kedua-duanya berjalan pantas umpama lipas kudung. Perhimpunan pagi baru sahaja bermula dan seorang pengawas sedang membacakan doa. Tercegat pula Hassan, pengawas yang mencatitkan nama-nama pelajar yang lewat di kawasan meletak kereta guru.

Ayu dan Amirah kedua-duanya cuba menyorokkan tag nama masing-masing supaya tidak dicatit Hassan.

"Jalan cepat-cepat sikit...", bisik Ayu. Sambil menghimpit Amirah sebagai tanda menyuruhnya berjalan laju.

Kedua-duanya berjalan laju tetapi terhad kelajuannya kerana masing-masing menadah tangan untuk berdoa. Mereka cuba mengelak daripada 'eye contact' dengan Hassan.

Tetapi dengan mata tajam dan tiada ekspresi wajahnya membuatkan kedua-duanya menyerah kepada nasib.

"Tunggu dulu... Korang kelas mana ni?", tegur Hassan. Mereka berdua terus terhenti melangkah.

"5 Aman", jawab Ayu dengan muka tidak bersalah.

"Oh.. Sama kelas dengan akulah ni?", balas Hassan dengan nada sinis. Sedikit tersengih sehingga lesung pipitnya kelihatan. Dengan bentuk mukanya yang panjang membuatkan sengihnya kelihatan lebar dan menarik. keningnya yang nipis tetapi lebat dan terletak rapat diatas matanya. Tetap tajam memandang Ayu.

Ayu terus terdiam dan mati akal apa yang nak dijawabnya.

"5 Cekal", jawab Amirah dengan jujurnya.

"Nama korang?", sambung Hassan dengan ekspresi wajah yang kembali neutral.

"Amirah...".

"Kau? Tunjuk sikit nama tu...", tanya Hassan kepada Ayu yang masih cuba menyorokkan tag namanya. Ayu tidak berkata apa-apa selain hanya menunjukkan tag namanya yang tersulam; Sarah Ayu.

"Sarah... Sempat lagi beli Cupcake tu...", sindir Hassan sambil mencatitkan namanya.

Ayu terus menyerah kalah dan malas berdebat dengan Hassan kerana dia tidak biasa dengan lelaki walaupun dengan sikap nakalnya, dia hanya dikenali dikalangan pelajar perempuan. Namun hatinya tetap berbisik; Ni Muffinlah... bukan Cupcake.

Kedua-duanya dilepaskan untuk menghadapi perhimpunan pagi itu, tetapi nama mereka mungkin akan dipanggil pengawas bertugas setelah mereka memasuki kelas.

"Ye ye je kau Yu... Sekali aku yang jawabkan. Haha...".

"Diam Mira... Diam".

Setelah selesai perhimpunan pagi, waktu yang ditunggu-tunggu semua pelajar baik kelas atasan atau bawahan kerana tidak tertahan dengan kepanasan matahari yang mula memacak dan bebelan guru disiplin, setiap kelas mula berjalan didalam barisan bermula dengan kelas Aman, Budi, Bakti, Cekal, Damai dan berakhir dengan kelas Gigih.

Semua pelajar kelas 5 Cekal memasuki kelas dengan tenang. Ayu memandang jam tangannya dan mengeluarkkan buku teks sejarah dengan menghempaskannya dia atas meja.

"Pagi-pagi dah belajar sejarah... Suram hidup aku Mai", keluh Ayu kepada Maisarah, rakan yang duduk disebelahnya di dalam kelas.

"Kan... Dua masa pulak tu. Kenalah tahan mata ni", balas Maisarah dengan mata kuyu.

Cikgu Mariam melangkah masuk ke dalam kelas. Ketua kelas berdiri.

"Bangun semua... Assalammualaikum Cikgu".

"Assalammualaikum Cikgu", ucap semua pelajar pada Cikgu Mariam.

"Waalaikummussalam, sila duduk. Harini kita buat ulangkaji sikit untuk tajuk yang kita belajar minggu lepas. Buka muka surat 36 dan jawab soalan subjektif di bahagian B".

Masing-masing menyelakkan buku teks sambil mengeluarkan pen. Ada yang masih membongkar beg mencari buku teks. Ada yang membetulkan ikatan tali kasut. Ada juga yang mencuit-cuit rakan sebelah sebagai isyarat meminta berkongsi buku. Bertahun-tahun berada di bangku sekolah, setiap tahun sama sahaja. Ada sahaja yang tertinggal buku. Ada sahaja yang malas mandi. Yang paling tidak boleh diubah; ada sahaja yang datang lewat.

Setelah 40 minit menduduki kelas, dua orang pengawas datang mengunjungi dan mengetuk pintu kelas. Seorang pengawas perempuan dan seorang lagi adalah Hassan. Ayu pula menjadi semakin tekun mengulangkaji.

"Assalammualaikum...", pengawas perempuan itu memberi salam.

"Waalaikummussalam... Ye?", jawab Cikgu Mariam.

"Erm... Sarah ada tak?".

"Sarah?", Cikgu Mariam menjenggah pelajar-pelajarnya yang sedang mengulangkaji.

"Saya Cikgu", jawab Ayu sambil terus bangun dari tempat duduknya menuju ke pintu kelas.

Cis... Ni yang nak marah ni. Apahal nama aku je? Nama Mira dia tak sebut pun? Bisik Ayu di dalam hatinya.

"Dia ke San?", tanya pengawas perempuan itu kepada Hassan. Hassan mengangguk dengan muka tegas dan terus berjalan di hadapan.

"Jom pergi bilik disiplin", arah pengawas perempuan itu.

Ayu dengan wajah tidak puas hatinya, akur sahaja. Di bilik disiplin, terdapat ramai wajah yang Ayu sendiri kenal kerana mereka biasa datang lewat.

"Wei, kenapa aku je kena panggil kawan aku tak kena?", tanya Ayu kepada Hassan.

"Sebab kau dah 5 kali datang lewat. Kawan kau baru sekali ni je. Kalau dah 5 kali kena pergi bilik disiplin. Siapa suruh selalu sangat lewat".

Diamlah kau... Gedik. Bisik Ayu dalam hati.

"Ni semua yang lewat?", tanya Guru disiplin kepada Hassan. Hassan mengangguk.

"Ok. Siapa yang dah datang lewat sampai 5 kali denda sapu sampah dan kutip daun kering, siapa yang pernah datang lewat sampai 8 kali rotan 5 kali, siapa yang pernah lewat melebihi 10 kali saya terpaksa telefon ibu bapa kamu".

Cis... Aku lewat 5 kali kena kutip daun kering? Lagilah leceh. Baik kena rotan je. Ringkas sikit. Bisik Ayu dalam hati. Pengawas yang bertugas memerhatikan semua pelajar-pelajar agar mereka turuti arahan guru disiplin tersebut. Ayu melepaskan ketidakpuasan hatinya dengan mengutip sebanyak-banyaknya daun kering yang berada di hadapan bilik disiplin dan di dalam parit yang berdekatan. Dia mengutip dan merenyukkan daun-daun itu sambil membongkok dan menyelak rumput liar. Ayu meresapkan dirinya ke dalam semak walhal pelajar-pelajar yang lain hanya mengutip di sekitar pintu-pintu bilik disiplin sahaja. Ayu terus melakukan tugasnya dengan cekap dan membisu dengan wajah yang kelihatan tekun dan redha.

Dengan menyelak rumput-rumput liar, baru Ayu perasan terdapat pelbagai jenis tumbuhan yang ditanam dia hadapan bilik disiplin. Pokok paku pakis, Lidah Jin, pokok pegaga yang menjadi ulam kegemaran keluarganya, bunga melur juga rupanya ada tertanam. Ayu ingin sahaja memetik bunga yang disukainya itu tetapi tangannya tidak dapat mencapai kerana semaknya menebal.

"Ooi... Sudah-sudahle.... 10 minit dah. Kau ni dah kenapa? Orang lain 5 minit kau sorang syok tak pasal-pasal", tegur Hassan dengan nada yang hampir tergelak.

"Oh... Ye ke. ok...".

Apa woi woi? Aku tenyeh daun kering ni karang baru tahu. Bisik Ayu dalam hati. Ayu terus menuju ke kelas semula dengan perasaan sedikit malu dengan teguran Hassan.

Aku lama sangat ke kat semak tu tadi? Kalau dia nampak aku terleka kenapa tak tegur je? Ni dah lama baru nak tegur. Bukan salah aku, dia yang salah.

Dalam perjalanannya ke kelas, Ayu terasa pedih-pedih dan gatal di kakinya. Tanpa berfikir panjang, Ayu menyepakkan kakinya ke depan agar kasutnya tertanggal dan terus terpelanting berputar-putar. Terkeluarlah kerengga yang cuba menjamu kakinya. "Eeee... Adoi... Menyesal aku!", ujarnya dengan jeritan perlahan. Ayu terus mengetuk-ngetukkan dan membaling kasutnya di lantai sekolah supaya semua kerengga yang masih terlekat pada kasutnya tertanggal. Guru disiplin yang sedang berurusan di telefon pula memandang Ayu dengan wajah tertanya-tanya mengenai perbuatannya. Ayu mempercepatkan langkahnya ke kelas.


~TAMAT BAB 1~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience