Dato' Harun menuruni anak tangga di dalam rumah mewahnya itu lalu pergi ke meja makan yang berdekatan dengan dapur . Suratkhabar yang dibeli oleh pembantu rumahnya pada awal pagi tadi dicapainya lalu menyelak sehelai demi sehelai .
Beberapa minit kemudian Dato' Harun menghirup teh panas yang dihidangkan oleh pembantu rumahnya sebentar tadi .
"Good morning daddy !" Sapa Aisyy Atiqah dengan senyuman lebarnya .
Lalu Dato' Harun membalas "Good morning to Aisyy , have a seat sayang" lantas Aisyy Atiqah menarik kerusi lalu duduk di sebelah daddynya .
Dato' Harun melihat perilaku anaknya yang sedang menyeduk nasi goreng yang digoreng oleh pembantu rumahnya "Semalam Mummy kata Aisyy balik lewat , Aisyy pergi mana sampai balik lewat malam?"tanya Dato' Harun kepada Aisyy Atiqah .
Dia bukan suka mengongkong anak gadisnya itu tetapi Aisyy Atiqah tidak pernah balik begitu lewat seperti semalam dan dia tahu bahawa anaknya itu tidak suka keluar balik lewat malam disebabkan isterinya yang memberitahu bahawa Aisyy Atiqah balik lewat semalam membuatkan dia risau takut juga jikalau anak gadisnya itu pergi ke tempat yang tidak senonoh .
"Aisyy kluar tngok wayang dengan Aus la daddy " Katanya dengan bersahaja lalu menyuapkan nasi goreng kedalam mulutnya .
"Sampai lewat malam ke Aisyy ?" Perli Dato' Harun dan Aisyy hanya tersenyum dengan gelagat yang nakal . Dato' Harun sudah biasa dengan gelagat gedik anaknya itu kerana sejak kecil lagi memang Aisyy Atiqah amat manja dengannya .
Kerana tidak mahu daddynya kelihatan risau Aisyy berceritakan ke mana dia pergi semalam sehingga balik lewat malam . "Okay la daddy , Aisyy keluar petang semalam , Aisyy pergi jumpa Aus lepastu Aus ajak tengok wayang . Aisyy ikot la , daddy pon tahu kan Aisyy dah lama tak keluar dengan Aus"Katanya dengan suara manja sambil kelip kelip matanya . Manja lah tu konon ! Haha !!!
Dato' Harun bukan tidak mengenali anaknya yang seorang ni . Ya memang anak gadisnya ini sangat rapat dengan Aus Anaqi . Dia juga tahu bahawa anak manjanya ini menyimpan perasaan cinta terhadap Aus Anaqi dan tidak mahu meluahkan rasa cintanya kerana Aisyy tidak mahu kehilangan jejaka itu .
"Aisyy , takkan la tengok wayang sampai pukul 2 hingga 3 pagi" Dato' Harun menarik hidung anaknya sambil tergelak ketawa .
"Daddy Aisyy tak habis cerita lagi ni"Omelnya sambil menggosok hidungnya yang ditarik oleh daddynya . " okay la , sambung balik" katanya sambil ketawa .
" Lepas Aisy dengan Aus tengok wayang , kiteorang pergi makan dekat mcd lepas tu borak punya borak baru perasan dah lewat malam . Alaa daddy , sorry la bukanya selalu Aisyy keluar balik lewat . Lagipon Aisyy dengan Aus bukannya dengan lelaki lain"katanya dengan nada perlahan .
" Macam macam la Aisyy ni . Yela Aisyy daddy percaya dengan Aisyy dan Aus" Kata Dato' Harun . Aisyy Atiqah mencapai tangan daddynya lalu mencium tangan lelaki tua dalam lingkungan 50 an itu .
Share this novel