22. Rindu

Romance Completed 1572856

JAM sudah menunjukkan pukul dua pagi ketika pesawat Adrian mendarat di Lapangan Terbang Subang. Cuaca buruk di Shanghai membuat penerbangannya ditangguhkan selama tiga jam.

Mengeluarkan telefon dari saku seluar, dia berniat mahu menghubungi Miya, tetapi memikirkan hari sudah lewat, Miya mungkin sudah tidur, dia membatalkan hasratnya itu.

Entah mengapa, dia jadi tidak sabar untuk pulang dan berjumpa Miya. Sejak mereka berkahwin, ini kali pertama dia meninggalkan Miya, dan perasaan rindu ini benar-benar menyeksanya.

SESAMPAI di depan pintu kondo mewahnya, tidak sedar kedua-dua sudut bibirnya tertarik membentuk senyum. Nombor kata laluan ditekan sebelum dia menarik tombol.

Melangkah masuk ke dalam rumah, dia memejam mata. Nafas ditarik dalam, menghirup sebanyak mungkin udara ke dalam paru-parunya. Udara yang sangat dirinduinya. Udara yang dikongsi bersama Miya. Haruman Miya memenuhi rongga hidung membuat perasaannya benar-benar damai.

Kelopak mata dibuka semula. Melilau ke seluruh ruang, beberapa kuntuman lili segar di dalam pasu kaca berhadapan pintu masuk menghiasi pandangannya. Lagi-lagi bibirnya mengukir senyum. Bunga lili itu bagaikan simbolik kewujudan Miya di dalam rumah ini.

Perasaan hangat mengalir dalam hatinya apabila melihat suasana rumah yang kemas, bersih, dan teratur. Biasa sahaja kalau dilihat dengan mata kasar, tetapi rumah ini bagaikan 'hidup' dengan adanya Miya. Miya berhasil meniupkan jiwa dalam setiap yang membuat dia terasa kepulangannya sentiasa ditunggu; yang membuat dia sentiasa tidak sabar untuk pulang.

Melangkah masuk ke dalam bilik, dia melihat Miya sudah lena dalam keadaan tengkurap. Duduk di birai katil, jarinya terhulur membelai wajah Miya. Rambut Miya yang menutupi sebahagian wajahnya itu disisipkan ke tepi. Miya yang dapat merasai sentuhan itu menggeliat sedikit tanpa membuka matanya.

Adrian tersenyum. Disentuh bibir Miya dan mengusapnya lembut sebelum perlahan menunduk, mendekatkan wajahnya ke wajah Miya lalu mengucup bibir yang kemerahan itu. Dia benar-benar rindukan Miya. Hanya ciuman singkat untuk melepas rindu.

Saat dia melepaskan bibir Miya, dilihat kelopak mata isterinya itu bergerak-gerak sebelum perlahan matanya terbuka.

“You’re back?” tanya Miya dengan mata seoaruh terbuka. Serak suaranya kerana masih dikuasai rasa mengantuk. Walaupun suasana bilik itu hanya diterangi lampu tidur, dan dia dalam keadaan separuh sedar, dia tahu itu adalah Adrian. Haruman tubuh Adrian sudah serasi dengan hidungnya.

“Errmmm..” Adrian ingin bangun dan membersihkan diri sebelum tidur. Tetapi Miya tiba-tiba memeluk pinggangnya.

“I miss you.” Miya menggumam dengan mata terpejam. Ditarik tubuh Adrian duduk semula. Kepala segera dilabuhkan di pangkuan Adrian, kedua-dua tangan memeluk erat pinggang suaminya itu.

Adrian kaget, tetapi sesaat kemudian dia tersenyum dan membiarkan Miya berbaring seketika di pangkuannya. Tiba-tiba dia teringat Richard memberitahunya belakang Miya luka seperti ditoreh. Diselak sedikit baju tidur Miya sehingga jahitan pada luka itu terpampang jelas di matanya.

Meringis dia melihat benang menembusi kulit Miya sehingga bahagian yang dijahit itu kelihatan bengkak sedikit. Tidak suka dia melihat itu. Bukan kerana nampak hodoh, tetapi kerana tidak suka orang terdekatnya disakiti. Dia tidak suka jika ada orang lain sewenang-wenangnya menyakiti Miya sehingga mencederakanya. Dia tidak suka.

"I'm sorry," lirihnya sambil jemarinya mengusap lembut bahagian luka itu.

Tiada respon daripada Miya. Sedikit tidak terusik tidurnya.

Melihat Miya sudah benar-benar lena, berhati-hati dia cuba mengalihkan kepala Miya dari pangkuannya. Namun, Miya yang dapat merasai pergerakan itu, segera mengeratkan pelukannya pada pinggang Adrian.

“Miya, you did this on purpose, right?”

Tiada balasan daripada Miya, malah langsung tidak bergerak. Tidurnya benar-benar lena setelah menemui ‘bantal’ yang berbau seperti suaminya.

Tidak sampai hati mengganggu tidur Miya sekali lagi, akhirnya dia hanya membiarkan pangkuannya menjadi alas kepala Miya. Membetulkan duduk, dia bersandar pada kepala katil sehingga dia juga turut tertidur dalam keadaan duduk.

BUNYI alarm telefon membuat Miya tersedar. Membalikkan tubuhnya ke posisi mengiring, dia menggeliat malas. Namun rasa tegang pada kesan jahitan di belakangnya membuat dia meringis.

Dengan mata separuh terbuka, dia meraba telefonnya di atas meja lalu menutup alarm yang berbunyi nyaring itu. Masih melayan rasa mengantuk, dia memejamkan semula matanya.

Adrian dan Lora tidak ada di rumah, dia boleh bangun lewat sedikit kerana tidak perlu menyediakan sarapan.

Menghabiskan beberapa minit untuk bermalas-malas, rasanya tidak akan membuatnya terlewat. Digesel-geselkan wajahnya pada ‘bantal’ yang menjadi alas kepalanya. Kehangatan pada 'bantal' itu membuat Miya seperti tidak mahu bangkit dari katil.

Namun, beberapa minit kemudian apabila fikirannya benar-benar waras, dan dia sudah tersedar sepenuhnya, dia menyedari sesuatu. Diraba-raba bantal itu sebelum perlahan dia mengangkat muka.

Zap!

Bagai mahu gugur jantung ditikam tatapan tajam Adrian.

Jelas pada pandangannya, Adrian sedang menatap lekat ke arahnya dengan wajah tanpa ekspresi.

Cepat-cepat Miya bingkas. Salah tingkah dia jadinya, tidak tahu mahu memberikan reaksi yang bagaimana. Terasa mahu mencari lubang dan menanam kepalanya jika itu boleh menghilangkan rasa malunya.

“Awak dah balik? Bila awak balik?” tanya Miya tanpa memandang Adrian. Duduk di birai katil, kepalanya ditunduk dalam sambil jemari saling meramas. Degup jantungnya usah ditanya. Kencang berdegup seperti ditiup taufan.

“Sepanjang malam awak tidur atas paha saya, tapi awak tak sedar saya dah balik?” balas Adrian datar.

“No.”

“No?”

Miya angguk tanpa memandang Adrian.

"Miya, look at me!”

Miya akur; perlahan mengangkat muka dan memberanikan diri menentang tatapan Adrian. Dia benar-benar tidak sedar ketika Adrian pulang semalam. Tidurnya benar-benar lena dan langsung tidak terganggu.

“Saya betul-betul tak sedar semalam,” ujar Miya, membela diri.

“Really?”

“Yeah.” Miya mengangguk.

"Tapi saya dengar awak kata awak rindu saya. You hug me tight and don't want to let me go."

Merah wajah Miya bagai sos cili Korea mendengar kata-kata Adrian. Tidak percaya dia berkata dan berkelakuan seperti itu. Tentu Adrian mereka-reka cerita untuk membuat dia malu.

“Awak tipu! Saya tak pernah buat perangai macam tu .”

“Awak kata awak langsung tak sedar. Macam mana awak tahu awak tak berkelakuan macam tu?”

“Well…” Miya mati kata. Benarkah dia berkelakuan seperti itu semalam? Kalau betul, malunya!!!

Adrian menahan senyum. Seronok dia melihat Miya seperti itu.

“Kaki saya dah kebas-kebas ni. So saya nak awak ambik cuti hari ni. Jaga saya.”

Terkebil-kebil Miya memandang Adrian. Kaki kebas pun mahu dijaga sehingga isteri perlu mengambil cuti? Cukup dengan berehat saja dan kebas itu akan hilang, bukan?

“It’s all your fault. Saya nak gerakkkan jari kaki pun tak boleh.” Adrian meringis dengan wajah berkerut seolah menahan sakit yang tidak tertanggung.

“Really?” Miya mula rasa bersalah. Dilirik ke arah kaki Adrian yang masih berstokin. Ah, benar. Dia yang menyebabkan Adrian terpaksa tidur dalam keadaan tidak selesa, dan langsung tidak sempat menanggalkan stokinnya.

“Belakang saya pun sakit because I slept in a sitting position all night.”

“I’m sorry. Biar saya urut kaki awak,” ujar Miya. Bersila di hujung kaki Adrian, satu persatu stokin dari kaki suaminya itu ditanggalkan. Mula mengurut dari tapak kaki, jemari halusnya melurut satu persatu jari kaki Adrian.

Adrian hanya memerhati. Tidak sangka Miya begitu lurus dan cepat mempercayai kata-katanya. Tetapi dia tidak berkata apa-apa; membiarkan Miya mengurut kakinya.

“Saya nak call Balqis sekejap,” ujar Miya tiba-tiba.

“Why?”

“I want to ask her to do me a favour.”
Telefon di atas meja dicapai lantas menghubungi Balqis. Hanya beberapa kali deringan sebelum panggilannya dijawab.

“Balqis, aku tak masuk office hari ni," ujar Miya tanpa mukadimah.

“Kenapa? Kau tak sihat ke?”

“A'ah..Tak...Tak sihat sikit..” Terpaksa Miya berbohong. Tidak mungkin dia memberitahu mengambil cuti kerana mahu mengurut Adrian. Nanti lain pula yang difikir Balqis.

“Aku nak mintak tolong kau buka laptop aku, and print proposal untuk majlis jualan amal tu dan tolong semak ya. Kalau ada apa-apa error, kau tolong betulkan boleh? Kalau kau sibuk, mintak tolong Hafiz."

“Okay, I’ll do it. Kau rehat, jaga diri okay? Nak pergi klinik tak? Kalau nak pergi, rehat tengah hari nanti aku jemput,” ujar Balqis.

"Eh tak...A...Aku..." Suara Miya terbata-bata apabila tubuhnya tiba-tiba tubuhnya dipeluk dari belakang. Tidak hanya itu, kucupan demi kucupan singgah di lehernya, membuat dia menggeliat geli.

"Miya...kau okey ke?" Nada Balqis terdengar risau.

"O..okey...Aku tak pergi klinik kot. Makan..." Miya gigit bibir, apabila tangan Adrian mula bergerak liar menyentuh bahagian-bahagian tubuhnya.

"...makan panadol je...kot."

"Oh okey. If you need anything, just give me a call okay?"

"Yeah...O...key."

Adrian melepaskan pelukannya apabila Miya terdengar seperti sudah mahu menamatkan panggilannya.

“Satu lagi Bee….”

Adrian menggeleng. Ada lagi rupanya. Namun, Adrian malas mengganggu lagi. Mungkin ada pekerjaan Miya yang memerlukan perhatian segera. Jadi dia hanya membiarkan, asalkan Miya mengambil cuti dan menemaninya hari ini.

Namun, pesanan demi pesanan oleh Miya sehingga lima belas minit berlalu, menyebabkan Adrian mula bosan dan jengkel. Miya berpesan seolah-olah dia mahu mengambil cuti pergi haji.

Kembali mendekatkan tubuhnya ke arah Miya, dipeluk pinggang ramping isterinya itu.

Miya tersentak kaget. Digeliatkan tubuhnya cuba melepaskan tangan Adrian dari pinggangnya sambil terus bercakap dengan Balqis. Adrian tidak mahu kalah; mengeratkan pelukannya dan mula mengucup leher Miya. Miya menggeliat geli, tetapi tidak menghentikan percakapannya dengan Balqis.

“Lepas tu kau…” Miya tidak dapat meneruskan kata-katanya apabila tangan Adrian sudah tidak lagi diam di pinggangnya. Satu persatu butang bajunya dibuka, membuat tubuh Miya menegang. Melorot baju itu ke pinggang sebelum kucupan hangat singgah di bahu dan belakangnya tanpa jeda.

"Lepas tu apa Miya?" Balqis sedikit menjerit di hujung talian apabila Miya terdiam agak lama. Bimbang jika Miya tiba-tiba sawan atau pengsan.

“ Erk...Ermm...Tolong bagitahu Hafiz, suruh dia…Ah!!”

Miya terjerit apabila Adrian tiba-tiba menggigit lehernya.

“Miya, what happened?!!” Balqis yang mendengar teriakan Miya, menjerit panik menyebabkan suaranya tembus sehingga ke telinga Adrian.

Adrian merampas telefon dari tangan Miya lalu dilekapkan ke telinganya.

“She’s fine. Nothing serious. I’ll hang up first because I need her to do me a favour.” Adrian mematikan talian dan mencampakkan telefon Miya ke hujung katil.

“Saya belum habis cakap lagi,” protes Miya, tidak berpuas hati dengan tindakan Adrian.

“I don’t care.” Adrian menarik tubuh Miya ke tangah katil lalu menindihnya.

"Auchhh...sakit!"

Jeritan Miya dengan wajahnya yang berkerut sakit itu membuat Adrian cepat-cepat mengangkat tubuhnya dari tubuh Miya. Dipusingkan tubuh Miya sehingga tertiarap sebelum baju Miya yang sudah tertanggal butangnya dia sisihkan. Disentuh kesan luka Miya dengan jemarinya.

"Sakit?" tanyanya.

"Kalau tak tertindih, tak sakit."

Adrian mendesah lega. Direbahkan tubuhnya di sisi Miya sebelum mengiring dengan satu tangan menopang kepala. Satu tangan lagi terhulur mengusap belakang Miya.

Terpejam Miya menikmati usapan lembut itu.

"Belakang saya dah tak cantik," ujar Miya perlahan.

"It's okay. It will still be my favorite part."

Tersenyum Miya dengan kata-kata Adrian. "Really?"

"Yeah."

Membuka mata, Miya mendekatkan wajahnya ke wajah Adrian sebelum satu kucupan singkat dia hadiahkan ke bibir suaminya itu.

Tergamam Adrian sejenak.

"Thank you for accepting the scar on my back."

"Oh..." Adrian tertawa. Baru mengerti maksud ciuman itu.

"Setiap kali saya nampak parut tu dalam cermin, saya akan rasa down. It has spoiled something you love, your favorite part of my body. Setiap hari saya terfikir, apa yang awak akan kata bila nampak parut hodoh tu. Saya takut awak kata, hodohnya...or even worse, saya takut awak dah tak suka..."

"Miya..." Adrian menyela percakapan Miya. "...you think too much. Bukan salah awak parut tu ada kat situ. Lainlah kalau awak sengaja toreh belakang tu sampai berparut, then memang saya marah."

Miya terdiam. Kata-kata Adrian itu sedikit melegakannya. Dia tidak tahu mengapa dia begitu takut, jika jika tidak ada lagi apa-apa pada dirinya yang boleh membuat Adrian memandangnya. Dia tidak tahu perasaan apa semacam itu, tetapi yang jelas, dia mahu Adrian terus menyukai, sekurang-kurangnya satu perkara pada dirinya.

"Don't think too much," ujar Adrian. Menelusupkan tangannya di bawah tubuh Miya, dia menelentang sambil menarik Miya ke atas tubuhnya.

“Awak cakap kaki dengan belakang awak sakit,” kata Miya. Dua tangan bertahan di atas dada Adrian.

“Indeed. That’s why I need to do exercise so that the blood circulation run smoothly.”

Miya melongo. Terkebil-kebil matanya memandang Adrian.

"Belakang awak sakit kan?" soal Adrian.

Angguk.

"Then today, let me be your sundae and you'll be my favorite topping."

Share this novel

cdk8234ira
2022-08-27 17:47:24 

update lg suka sgt dgn citer ni...


NovelPlus Premium

The best ads free experience