Rate

Kisah Cinta Kau Dan Aku Selamanya

Romance Completed 2448

Asalammualaikum pembuka bicara.. kisah ini mengisahkan percintaan Mohd Shahrizuan dan Nor Mardhati Ayuni. Kisah ini berlaku 17 april 2017.Mereka berada di kelas yang sama semasa belajar di sekolah menengah.Shahrizuan seorang pelajar yang aktif bersukan manakala ayuni pula seorang pelajar yang pendiam.
Shahrizuan seorang yang poyo semasa di kelas. Dia sering menganggu perempuan di kelas itu. Dia juga suka membuat perempuan di kelas itu marah. Selain itu, shahrizuan juga diantara pelajar yang cemerlang di kelas itu tetapi hanya sikap poyonya sahaja yang membuat semua pelajar perempuan di kelas itu tidak suka pada dirinya.Itu lh sikap Mohd Shahrizuan di kelas itu.
Seterusnya, ayuni seorang pelajar yang terpandai di kelas itu. Dia seorang yang pendiam dan dia juga seorang yang bertanggungjawab.Dia seorang penolong ketua kelas yang baik. Sahabat baiknya bernama Nur Maizura.Itulah sikap Nor Mardhati Ayuni di kelas itu.
Di pendekkan cerita, Shahrizuan jatuh cinta pada Ayuni semenjak hari pertama dia menjejakkan kaki di sekolah itu tetapi dia tidak berani memberitahu kepada Ayuni bahawa dirinya sayang dan cinta pada diri Ayuni.Dia ligat memikirkan pelbagai cara untuk memberi tahu perasaannya kepada Ayuni. Sememangnya,dia takut Ayuni menolak cintanya kerana dia seorang yang poyo dan suka mengacau perempuan di kelas itu.

Setelah berfikir selama beberapa hari Shahrizuan mendapat idea bagaimana dia hendak meluahkan perasaanya kepada Ayuni. Ideanya ialah dia akan menahan Ayuni di tangga semasa mereka hendak menuju ke bilik matematik. Shahrizuan memang tahu bahawa Ayuni akan menjadi orang yang dibelakang sekali semasa menaiki tangga peluang tersebut akan digunakan olehnya untuk meluahkan perasaanya terhadap Ayuni.

Tiba pada hari yang ditunggunya, semasa pelajar pelajar di kelas ayuni dan shahrizuan bergerak menuju ke bilik matematik. Shahrizuan menunggu ayuni ditangga tersebut. Setelah hampir 5 minit menunggu, ayuni pun tiba ditangga shahrizuan menahan ayuni. ayuni berkata" kenapa kau tahan aku? "Shahrizuan pun berkata" ayuni, kau suka aku ke tak? " Ayuni terdiam seketika lalu tersenyum malu. Shahrizuan pun berkata lagi " kau suka aku ke tak? kalau kau suka aku, aku pun suka kau jugak".Selepas itu,ayuni pun berlalu pergi ke bilik matematik.

Semasa hendak balik, Ayuni menyuruh faqihah bertemu dengan shahrizuan lalu berkata kepada shahrizuan " wan,..ayuni pun suka kat kau"shahrizuan menjawab "ya ke? betul ni kau tak tipu aku? faqihah menjawap " ya! aku tak tipu kau. " Ayuni kata lagi "sudi tak kau menjadi kekasih die? "shahrizuan menjawab "mestilh,aku sayangkan dia. Aku tak sangka selama ini ayuni juga mempunyai perasaan terhadap diri nya. "Semenjak daripada itu shahrizuan dan ayuni pun bercinta.

Selepas 2 bulan mereka bercinta, kebahag iaan mereka tidak bertahan lama kerana shahrizuan dituduh berlaku curang terhadap ayuni. Ayuni kecewa lalu memohon untuk memutuskan hubungan dengan shahrizuan. shahrizuan akur dengan permintaan ayuni itu.Selang beberapa hari,shahrizuan sangat kecewa dan tidak dapat menerima semua itu tetapi dia merelakan dirinya untuk memutuskan ekatan cintanya dengan ayuni. Shahrizuan yang dulu riang sekarang bertukar menjadi seorang yang pendiam.
Selepas ayuni dan shahrizuan putus, mereka tidak bertegur sapa, kelas yang dulunya huru hara kini menjadi sunyi sepi.Pelajar yang dahulunya paling bising sekarang menjadi pelajar yang paling pendiam iaitu shahrizuan. Shahrizuan menjadi tak tentu arah selepas putus cinta dengan ayuni.

Selepas 1 bulan mereka putus, Ayuni mendapat tawaran ke Sekolah Menengah Sains Teluk Intan. Apabila shahrizuan mendapat tahu berita tersebut shahrizuan pergi berjumpa ayuni. Shahrizuan berkata kepada ayuni " Selamat tinggal, Maafkan aku jika aku pernah melukakan hati kau, aku doakan kau jumpa lelaki yang lebih baik daripada aku. Aku nk kata satu je kat kau AKU SAYANGKAN KAU SANGAT-SANGAT SAMPAI BILA-BILA.

Akhir kata, kepada para pembaca yang sedang bercinta hargailh kekasih anda. Jangan pernah lukakan hati mereka. CINTA ITU MENGUATKAN BUKAN MELEMAHKAN KITA...

SEKIAN TERIMA KASIH

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience