Rate

Bab 1

Horror & Thriller Series 517

Kring!!!!!!

Lina terbangun dari tidurnya lalu mematikan jam loceng yang dihadiahkan oleh kakaknya semasa hari jadinya.

"Huargh, mengantuknya!"kata Lina. Tiba-tiba Lina teringat bahawa hari ini merupakan hari pertama dia akan duduk di asrama. Lalu dia segera menuju ke tandas untuk mengambil wudhuk dan membersihkan diri.

Setelah selesai, Lina segera menyarung pakaian sekolahnya yang baru dibeli pada minggu lepas dan segera menunaikan solat Subuh.Kemudian,dia segera membawa barang2 sekolah dan keperluan di asrama turun ke bawah.

"Ha Lina, ingatkan tak nak pergi sekolah",tegur ibunya, Puan Sara.

"Eh, mana ada. Lina tak sabar nak pergi sekolah dan asrama baru."kata Lina sambil menyuap roti jem ke dalam mulutnya.

"Nanti dah duduk tempat baru, jangan nakal-nakal,jaga adab, cari kawan baru,jangan duduk diam je"nasihat Puan Sara.

"Wah, tak sabar betul Lina, cepat je siap eh"tegur ayahnya, Encik Fadhil.

"Mestilah! "kata Lina

"Dah besar dah Lina, kejap betul masa berlalu"kata Puan Sara dengan nada yang sedih.

"Ala, mama dengan papa janganlah risau, Lina pandai jaga diri"pujuk Lina.

"Aduhai ada drama pulak pagi-pagi ni. Dah cepat siap, nanti lambat pulak"tegur Encik Fadhil.

Mereka segera bersiap setelah bersarapan. Kemudian, mereka menaiki kereta lalu menuju ke Sekolah Menengah Yahya..

____________________________________________

Setelah tiba

"Wah, cantiknya sekolah ni"kata Lina.

"Mama pun tak sangka sekolah ni cantik macam ni"kata Puan Sara pula.

"Ya, betul. Dah,pergi angkat barang tu"tegur Encik Fadhil kepada Lina.

Setelah selesai pendaftaran, Lina dibenarkan untuk meletakkan barang keperluan asrama di dalam dormnya di tingkat 3.

Setelah sampai,tiba-tiba Lina ternampak bayangan hitam lalu di hadapannya sepantas kilat.

"Hmmm, imaginasi je kot"kata Lina dalam hati.

setelah selesai meletakkan barang, dia segera menuju semula ke arah ibu bapanya.Kemudian mereka bersalaman sebelum kereta milik ayahnya yang berjenama Alza meninggalkan kawasan asrama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience