Rate

BAB 1

Romance Series 6289

Hazel.!" Panggilan itu buatkan aku menoleh ke belakang.
Hazel. Ya..... Itu nama aku.Nama penuh aku Tristin Hazel binti tahir.Nama aku biasa-biasa aje.Tapi....Kenapa orang kalau dengar nama aku pasti komen pertama mereka adalah,peliknya?Tristin mahupun hazel,dua dua orang cakap pelik.
Tak tahulah apa yang pelik.Tak faham aku.Lainlah kalau letak nama Corylus Avellana,aku tak peliklah kalau nak jatuh rahang depan aku.Apa tu?Silalah Google sendiri ye.Kira nasib baiklah mak aku letak nama tu,kan?
"hazel-nut.hazel-nut butter."Aku dengar dia menyambung sebelum mengatur langkah ke arahku.Sengih lebar macam biasa
Hazel-nut memang ramai sangat panggil aku dengan nama tu.Banyak lagi gelaran orang lain yang suka main-mainkan nama aku.Dulu ada rasa juga nak tendang sampai enam kaki ke bawah.Tapi sekarang ni aku dah tak kesah.Dah imun.
Nama aku memang hazel.Tapi jangan risau.Nama abang aku bukan gajus,adik aku pun bukan pistachio.Hanya aku,hazel.Kenapa?Entahlah...Mak aku mengidam kacang hazel masa mengandung aku dulu agaknya.Mungkin juga sebab mata aku memang warna hazek.Satu-satunya pewaris mata mak aku.
Hazel aku cuma pada nama.Yang pasti aku tak suka kacang hazel.Aku punya masalah dengan nama aku ke?Langsung tidak.Aku suka nama aku.Aku tak rasa pelik pun.Kalau orang boleh letak nama muka kenapa tidak nama hazel
"Hazel...Hazel...Hazel..." Cantik sangat agaknya nama aku sampai tak puas puas budak tu seru.
Aku turut senyum sambil melambai tangan ke arah si pemanggil itu,Sabiha.Kawan baikku di universiti ni.Kawan baikku di universiti ni.Orang pertama yang aku kenal sejak sejak kaki ke kampus ni.Orang yang sama sama kena denda sebab tak pakai stoking masa minggu orentasi dulu.Orang yang sama aku ajak bersubahat ,mintak dia tandatangan kalau aku ponteng kelas.Tak sangka kami dah kenal lebih tiga.Dan sekarang,kami dah di tahun akhir.
"lamanya tak jumpa kau.Rindu....."
Kami terus berpelukan lepas jumpa.Perempuan....Biasalah kalau dah jumpa.Teori tentang perempuan.Bila berjumpa kalau tak berkinja kinja macam monyet bukan namanya perempuan namanya.Saja nak jejak kasih kat tengah tengah kafe.
"Tak payah nak poyo sangat,boleh?Lama pekebendenya.Dua bulan je kut."Aku mencebik.
Balasannya,kene hempuk dengan buku setebal kamus dewan kat bahu
"Woi...sakitlah!Kalau dislocate bahu aku ni,apa kau nak jawab dekat Iwan?" marahku sanbil gosok-gosok bahu kanan yang tak bersalah dan dah jadi mangsa kekejaman sabiha.
Siapa iwan?Iwan tu tunang aku.Bukan kekasih ya,tapi tunang.Umur dia lebih 2 tahun daripada aku.Dia senior aku dulu.Sekarang dah keje dekat Johor.Jarang-jarang dah kami jumpa.Hubungan jarak jauh la katakan .
Cebikan sabiha buatkan khayalan aku tentang tunangku terbang.Di depan mata sekarang,nampak muka comel sabiha yang menyampah tiap kali aku keluarkan nama tunang tersayang
"Eleh...Gedik.Lapar...Jom makan."Dia ajak aku.
Pantang nampak aku,mesti ajak makan.
"Dah...jom"aku setuju.Lapar juga sebenarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience