BAB 6

Family Completed 23022

Keadaan sunyi dalam kereta. Kadang-kadang, Kamal ada juga memulakan bicara, namun aku terasa terlalu letih untuk berbual dengannya lebih lama. Kamal juga mungkin mengerti, jadi dia juga tidak banyak bercakap denganku.

Aku rasa amat lega apabila kereta Kamal sudah memasuki simpang ke rumah Mak Cik Kalsom. Tanpa sedar, bibirku mengukir senyuman. Ya, sekarang aku rasa amat lega kerana dapat pulang kepangkuan insan tersayang. Insan yang boleh aku panggil sebagai keluarga. Mak Cik Kalsom, tunggulah Mahsuri… Mahsuri pulang!

Namun, entah mengapa tiba-tiba Kamal memberhentikan keretanya secara tiba-tiba. Tubuhku terlontar sedikit kehadapan. Cepat-cepat aku betulkan duduk lalu menoleh kearah Kamal yang berada di sebelah.

“Kenapa break?” Tanyaku kasar.

“Mahsuri, abang tak rasa Mahsuri selamat dekat sini.”

Ujarnya perlahan. Dia meraupkan tangan kanannya pada muka sebelum bertindak memusingkan kereta.

“Kenapa, abang! Rumah Mak Cik Kalsom kat sana!”

Teriakku dengan suara yang bergetaran. Kugenggam lengan Kamal erat, memaksanya supaya tidak berpatah balik. Sekali lagi jejaka tersebut memberhentikan keretanya. Aku lihat wajahnya merah. Peluh juga telah membasahi dahinya.

“Tengok tu!”

Kata Kamal kasar sambil menunding kaearah semak yang berdekatan dengan rumah Mak Cik Kalsom. Aku terus menoleh, mencari apa yang cuba Kamal tunjukkan.

Rupanya, kereta Land Rover milik ayah terparkir elok di tepi jalan, sedikit jauh dari rumah Mak Cik Kalsom. Kereta itu bagaikan sengaja mahu disorok ayah. Jantung aku berdegup kencang. Air mata aku mengalir semula. Aku menutup muka, meratap semahu-mahunya. Rasa hati sudah tidak tenteram lagi apabila tempat yang aku rasa paling selamat pun rupanya sudah tidak selamat lagi. Kemana aku harus pergi?

Jejaka di sebelah sudah hilang sabar. Dihentaknya stereng kereta berkali-kali. Tak dapat kuhitung berapa kali perkataan ‘shit’ keluar dari mulutnya. Aku pula cuma merengkot di sebelahnya, menangis, meratap nasib malang sendiri.

Kamal terus memutarkan stereng keretanya.

Destinasi kami? Entahlah, aku sendiri tak pasti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience