BAB 3

Romance Series 3989

"MACAM mana Cik Aileen? Dah ada keputusan?"

"Yang tadi telefon tu orang yang nak sewa?"

"Haah, ye. Dia ada mesej saya semalam. Katanya sedang mencari bilik sewa. Wang pendahuluan pun hampir dibayar. Jadi, sekarang saya hanya nantikan keputusan kamu."

Aileen berbelah bahagi. Nak memang nak, tetapi 800 sebulan untuk satu kepala bukan masih tinggi ke harganya? Tak tebal-tebal poket aku kalau macam ni. Gaji pun berapa kerat. Tolak makan minum, bayar itu bayar ini, belum campur lagi pinjaman masa belajar. Boleh jadi akhirnya aku tinggal tulang.

“Erk, Cik Aileen perlukan masa lagi?”

“Macam ni Puan.” Bibir digigit Aileen untuk beberapa saat. Serba salah pula mahu meluahkan isi hati yang terpendam sejak tadi. “Sewa bulanan, 800 tu-“

‘Tenggg!’

Puan Haslinda melihat sekilas mesej yang baru masuk pada telefon bimbitnya. Seketika kemudian pandangannya kembali fokus pada Aileen. “Kalau awak rasa susah nak bayar 800, saya boleh turunkan harga rendah sikit.”

Kening Aileen terangkat. Mempersoalkan cadangan yang diberikan Puan Haslinda. Tiba-tiba sahaja hatinya berlagu bimbang.

Macam ada something…

“650. Macam mana? Setuju? Atau masih tinggi tawaran harga saya?”

Jatuh rahang Aileen mendengarnya. Sukar dipercaya. Ini betul-betul turun harga.

Kepala digeleng-geleng, kemudian dianggukkkan.

"Keputusan yang bijak." Semakin lebar senyuman pada wajah Puan Haslinda. Helaian bahagian kontrak diselaknya. " Kamu boleh baca kontrak sekali lagi supaya tak berlaku kesalahan dan salah faham. Selepas itu tanda tangan di bahagian bawah sekali."

"Kita tak perlu tengok rumah dulu?"

Puan Haslinda yang sedar akan kesalahannya, tertawa kecil. Terlalu bersemangat dan terburu-buru. "Maafkan saya Cik Aileen. Saya lalai. Kita boleh tengok rumah dulu kalau macam tu. Lepas dah tengok rumah, baru tanda tangan kontrak."

"Baiklah."

KERETA jenis toyota yang dipandu Puan Haslinda memasuki perkarangan kondominium 'Lililac Hill'. Beberapa minit kemudian, mereka tiba di hadapan sebuah rumah bergrill putih. Beralamat A-176 di tingkat 12.

Puan Haslinda menggunakan access card miliknya untuk membuka kunci. Setelah pintu besar coklat ditolak ke dalam, pemandangan yang sukar ditafsirkan terhidang di hadapan mata.

Cantik!

Elegant!

"Jadi, ini rumah yang akan didiami Cik Aileen." Puan Haslinda menarik langsir kuning mustard pada pintu gelangsar. "Berdekatan dengan tasik dan kedai-kedai. Terhindar dari kesibukan pekan. Tenang dan damai."

Aileen mengangguk mengiyakan. Tidak dapat dinafikan bahawa semua yang dikatakan Puan Haslinda benar belaka. Keadaan di sini sememangnya agak tenang dan damai kerana sedikit jauh dari pekan. Tetapi semuanya sempurna. Ada kedai-kedai serta beberapa kemudahan yang lain.

"Dan ini pula bilik Cik Aileen." Sebuah bilik berpintu kayu modern menjadi tumpuan mereka pula pada kali ini. Sekali lagi Aileen terpana dan terpaku melihat kecantikan bilik tersebut.

Ditata dan dihias dengan sangat rapi dan kemas. Gabungan warna pink, putih serta kelabu berjaya menangkap minatnya.

Puan Haslinda tersenyum sendirian terhadap  reaksi dan keterujaan Aileen. Dia pasti gadis muda itu tertarik dengan tawarannya.

"Puan, puan cakap ada dua orang penyewa lagi ye."

"Ye betul. Kalau seorang penyewa bilik hadapan sekali namanya Amirah. Kalau sekarang mungkin tengah kerja lagi. Satu lagi penyewa Khayra. Tetapi sekarang dia ada urusan di luar negeri. Jadi hanya tinggal Amirah sahaja di rumah ini."

Aileen hanya meng 'o' kan sahaja penjelasan Puan Haslinda. Fikirannya tika ini penuh dengan figura mak lang. Jika dia benar menyewa di sini, bagaimana akan diberitahu kepada mak lang? Mahu naik angin orang tua itu.

Tetapi tidak mungkin juga dia perlu tinggal dengan mak lang untuk selama-lamanya. Bukanlah soal tidak kenang budi, namun jarak dari rumah mak lang ke tempat kerjanya mengambil masa hampir sejam. Sampai bila dia perlu terus menghindari dari pulang ke rumah apabila hanya abang Ammar ada di rumah manakala si isteri dan mak lang keluar. Kan tak manis begitu.

Haihhh...

"Kenapa Cik Aileen? Cik Aileen tak jadi nak sewa ke?" Cuak Puan Haslinda bertanya. Namun bijak dikawal air mukanya.

"Eh tak. Saya jadi sewa. Boleh saya minta kontrak?"

"Boleh boleh,"

KELUAR sahaja dari lif, pesanan mesej daripada si anak dibaca untuk sekian kalinya.

'Tingkat 12, A-177'

Papan tanda nombor '12' direnung seketika. Sekarang sudah ada di tingkat 12. Kata Kye selepas keluar lif, belok ke kanan.

Kaki dingkat menapak ke arah kanan.

Selepas itu jalan terus sehingga nampak ada air terjun mini di tengah-tengah jalan. Dan belok ke kanan lagi. Cari rumah nombor--

Kepala terdongak ke atas memandang nombor yang tertera pada tepi pintu rumah.

'A-176'

Senyuman dicarik bahagia. Telefon bimbit disimpan ke dalam handbag jenis Levis yang dibawa.

Lama tidak datang beginilah jadinya. Asyik lupa sahaja di mana rumah si anak. Yang anak juga satu, beli rumah tinggi-tinggi seperti ini. Pening mahu mencarinya.

Loceng ditekan beberapa kali.

Tidak sampai beberapa saat kemudian pintu dibuka dari dalam. Akibat keterujaan kerana merindukan si anak, terus figura yang membuka pintu di dakap erat.

"Erk, maafkan saya puan."

Serta merta pelukan dilepaskan. Individu yang bersuara sebentar tadi direnung lama. Bukan Kye?

'TING TONG!'

'Ting tong!'

Siapa pula yang datang pada petang macam ni? Amirah dah balik ke? Tapi baru pukul 3 petang. Kata Puan Haslinda Amirah akan pulang pada jam 5 petang. Lagi pun tidak mungkin gadis itu tidak mempunyai kunci rumah.

'Ting tong!'

Tuala kecil diambil dan diletakkan di atas kepala. Lantas langkah diatur menuju ke ruang tamu. Pintu dikuak dari dalam.

Belum sempat dia bersuara, terlebih dahulu tubuhnya didakap seseorang. Termati kata-kata yang disusun di kepala.

"Erk, maafkan saya puan."

Pelukan di antara mereka terlerai. Dinilai dari air muka wanita berambut blonde itu seperti dia juga terkejut dengan situasi ketika ini.

Mungkin wanita itu silap rumah?

Tubuhnya menjadi kaku apabila tiba-tiba sahaja tubuhnya dipusingkan ke kanan dan kiri. Mukanya dipegang dan diperiksa wanita asing itu.

"Finally, Kye have a girlfriend..." Luah wanita itu gembira.

Melopong mulut Aileen. Siapakah yang dimaksudkan wanita asing itu?

Kye? Girlfreind? Aku?

"Jom masuk. Aunty nak berkenalan dengan bakal menantu aunty." Wanita asing itu menarik tangan Aileen memasuki rumah. Dia memerhatikan segenap ruang tamu.

Kemas dan bersih. Memang agak berbeza dengan rumah si anak yang pernah didatanginya setahun yang lalu. Lebih kepada sikap keperempuanan. Tetapi begini juga bagus. Mungkin anaknya sudah bersiap sedia mahu berumah tangga. Disebabkan itu mengubah dekorasi di dalam rumah.

Punggung dilabuhkan di atas sofa. Gadis muda itu digamit supaya berlabuh di sebelahnya.

"Kamu sudah berapa lama kenal dengan Kye?" Soalnya tanpa berselindung lagi. Hatinya sudah jatuh suka pada gadis itu walaupun baru pertama kali bertemu.

Aileen tergamam. Matanya tidak berkedip menatap wanita asing di sebelahnya. Fikirannya bercelaru.

Tidak silap lagi. Wanita itu adalah wanita asing dari negara luar jika dilihat dari cara pemakaiannya. Juga mempunyai sepasang mata 'biru' yang indah. Tetapi bagaimana pula seorang wanita asing sangat fasih berbahasa melayu?

Lagi satu, siapa Kai sebenarnya? Aku tak kenal manusia bernama Kai.

Wanita asing itu ketawa. Tangan Aileen dicapai dan digenggam lembut. "Kamu jangan takut dengan aunty. Aunty tak makan orang."

Aileen ketawa janggal. Pandai melawak.

"Lupa nak kenalkan. Aunty adalah mummy Kye. Kita mungkin tak pernah jumpa sebelum ni."

Baru Aileen mahu membuka mulut untuk bersuara, wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai 'mummy Kai' memintas.

"Kamu berapa lama berkenalan dengan Kye? Pandai dia sorokkan kamu daripada aunty. Bila ditanya tentang teman wanita, katanya tak ada. Nasib baiklah aunty tak bagitahu dia nak datang hari ini. Kalau tidak sampai bila pun aunty tak tahu tentang kamu."

"Siapa Kai?" Pertanyaan yang ingin ditanya akhirnya terluah juga.

Wanita asing itu tertawa lagi. Bahu Aileen ditepuk mesra. "Kamu jangan risau. Aunty takkan halang hubungan kamu dengan dia. Apa yang baik untuk dia, baik jugalah untuk aunty."

"Dia kerja ye? Kamu jangan bagitahu dia ye aunty ada dekat sini."

"Siapa?" Soal Aileen bingung.

"Teman lelaki kamu."

"Saya tak ada teman lelaki."

"Kamu tak usah sorokkan lagi. Aunty dah tahu."

"Saya betul-betul tak kenal siapa Kai. Saya pun baru sewa di sini."

Sedikit demi sedikit senyuman pada wajah itu pudar. Tangan gadis muda itu dilepaskan.

"Maafkan saya aunty. Saya tak ada niat nak tipu aunty. Sejak tadi saya cuba jelaskan, tetapi tak berkesempatan." Aileen mula tidak senang saat air muka wanita itu berubah. Tidak tahu marah atau segan mungkin.

"Kye dah pindah?"

Aileen menggeleng tidak tahu. "Kai duduk di blok mana? Rumah ke berapa?"

"A-17--"

"7," Perlahan sahaja nada wanita asing itu. Dahinya berkerut halus. A-177?

"Rumah ini nombor berapa?" Soalnya.

"A-176. A-177 di hadapan." Aileen tersengih menampakkan sebaris giginya yang tersusun rapi.

"A-176?!"

BAGASI hitam milik wanita asing itu ditolak sehinggalah tiba di hadapan pintu masuk rumah A-177. Hanya berhadapan dengan rumah yang didiaminya. Kesalahan yang dilakukan hanya perkara biasa. Masakan tidak jika hampir semua rumah sama persis jika dilihat dari luar. Bilangannya juga bukan sedikit.

"Betul ke yang ini?" Tanya wanita asing itu penuh kekhuatiran. Bimbang jika tersalah rumah buat kali kedua.

Aileen mengangguk yakin. "Betul aunty." Loceng rumah ditekannya.

'Ting tong!'

Mereka menunggu untuk beberapa minit. Apabila masih tiada balasan, loceng ditekan untuk kali kedua.

Sepi.

"Anak aunty tak tahulah ni aunty datang sini?" Soal Aileen sekadar berbasa basi. Mengisi kesunyian di antara mereka sementara pintu dibuka pemilik rumah.

"Tak. Aunty dari Perth. Ingatkan balik sini nak buat kejutan untuk Kye. Ehh, boleh pula salah rumah. Lepastu salah bakal menantu pula."

Aileen tertawa lucu. "Tak apa aunty. Perkara biasa tu."

'Krekkk!'

Perbualan mereka terhenti saat pintu kayu itu terbuka dari dalam. Muncul satu figura seorang lelaki tinggi lampai yang mengenakan baju t-shirt kuning. Di wajahnya terletak elok kaca mata separuh bulat. Rambutnya dibiarkan jatuh menutupi dahi.

Lelaki itu sedikit terpinga-pinga. Mungkin kerana terkejut dengan kehadiran 'mummy' nya di sini.

"Mm-mummy?"

"Kenapa pandang mummy macam itu? Mummy pun kamu dah tak kenal?" Bidas wanita asing itu membuatkan lelaki itu ketawa. Entah mengapa ketawa lelaki itu kedengaran sangat 'kekok'.

"Mana ada mummy. Kye cuma terkejut. Kenapa tak beritahu Kye yang mummy nak datang? Kalau tidak boleh Kye jemput mummy dekat airport."

Wanita asing itu mencebik bibir. Bukannya dia tidak mahu memaklumkan kepada si anak terlebih dahulu, tetapi jika dimaklumkan pasti si anak ada sahaja alasan untuk mencegahnya datang ke sini. Apa yang mahu disorokkan juga tidak tahu.

"Kamu tak nak jemput mummy masuk?"

"Masuk mummy. Masuk..." Pintu rumah dikuak seluas-luasnya memepersilakan 'ratunya' masuk ke dalam rumah. Bagasi pada gadis tidak dikenali itu sudah pun bertukar tangan padanya.

"Aileen, kamu tak nak masuk dulu?"

Laju Aileen mengggeleng. "Tak apa aunty. Saya perlu kemas barang dahulu."

"Nanti jemput datang sini ya kalau lapang."

Terus pandangan Aiden memanah pada gadis yang dipanggil Aileen itu. Mengapa mummy boleh mesra dengan mudah pada orang luar?

"Baik aunty. Saya balik dulu."

"MUMMY, jemput minum."

Mrs Evelyn menyisip minuman yang dihidangkan. Si anak direnung lama. Sekecil-kecil perbuatan Aiden tidak lepas dari pandangannya.

Dia tahu Aiden pura-pura tidak memahami apa yang diinginkan. Kerana satu-satunya anak lelaki yang dia ada adalah manusia yang paling 'bijak' di dunia. Semua keputusan diambil dengan terburu-buru tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu. Tidak fikir akibat yang akan mendatang.

Ish, geramnya aku. Kalau boleh memang dah lama aku ganyang kau.

Bebola mata Aiden melirik ke tepi. Saat matanya bertembung dengan sepasang mata milik 'Mrs Evelyn', dia meneguk liur. Nampaknya mummy betul-betul marah kali ini.

Bahu Mrs Evelyn dipeluk erat. Dia memberanikan diri beradu pandangan dengan wanita itu. "Kalau Kye tahu mummy nak datang, Kye akan siapkan makanan sedap-sedap untuk mummy." Ujarnya lembut.

Mrs Evelyn ketawa sinis. Akan siapkan makanan sedap-sedap atau akan mencari jalan untuk buatkan dia gagal datang ke sini? Itulah anak lelakinya digelarkan manusia paling 'bijak' di dunia. "Kye ingat mummy nak percaya?"

"Sampai hati mummy cakap macam itu." Sengaja nadanya dibuat lirih dan sayu. Namun dia tahu Mrs Evelyn tidak akan termakan dan terpedaya dengan lakonannya.

"Jadi?"

"Mummy..."

"Sampai bila Kye nak sembunyikan perkara ni daripada mummy? Kye ingat mummy tak tahu apa yang jadi?"

Aiden terdiam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience