Gadis muda bernama Rian, yang baru sahaja menginjak usia 20 tahun, dia memiliki wajah cantik mulus, tinggi dan bentuk badan yang mantap dan menarik. Dia memberanikan diri untuk menjadi pelayan di sebuah bar ternama iaitu Eclipse di Kuala Lumpur. Walaupun semua orang beranggapan bahawa dia mempunyai masa depan yang cerah, baginya itu tidak lah bermakna tanpa wang. Untuk melanjutkan pelajaran, dia harus melakukan pelbagai jenis kerja untuk membiayai kuliahnya. Tambahan pula, dia adalah anak yatim piatu, tiada tempat untung bergantung dan dia juga harus menampung perbelanjaan adiknya, Raisya yang kini berusia 17 tahun.
Sudah hampir 3 bulan juga Rian bekerja di bar tersebut. Semuanya berjalan dengan lancar. Kebanyakkan pekerja di situ rata-rata seusia dengan dirinya. Alasan yang di tanya pada setiap orang pekerja di situ, mengapa mereka mahu bekerja di bar tersebut semua adalah sama, iaitu di sebabkan wang.
Meskipun Rian seorang yang sangat terbuka, itu tidak bermaksud dia seorang perempuan murahan. Selama 3 bulan ini Rian tidak pernah menerima tawaran mana-mana lelaki gatal yang meminta dia untuk melayani mereka. Rian amat tegas dengan pendiriannya, iaitu untuk mencari wang dan biayai kuliahnya.
Jam di dinding menunjukkan tepat pukul 10 malam. Pelangan juga makin beransur kurang. Manakala Rian dan kawannya Sara masih bergelut dengan kerjaan masing-masing. Tiba-tiba 4 orang lelaki melayu memasuki bar dengan gelak tawa yang sangat kuat. Kuatnya membuatkan semua mata-mata di situ turut memerhati kepada mereka.
Mereka terus mengambil tempat duduk yang terletak betul-betul di tengah jalan dan tanpa segan silu mereka pun memanggil pelayan untuk memesan. Selesai mengambil pesana, Sara paskan pula pesanan itu kepada Rian. Siap menyediakan pesanan, Rian meletak dulang yang berisi alkohol itu di atas meja bar, kerana tiba sudah giliran Sara untuk menghidangnya.
“Mana pula Sara ni?” soal Rian. Tugasnya pada hari itu adalah untuk menyediakan pesanan sahaja. Mengambil pesanan dan menghidang itu adlah tugas Sara. Tapi, hilang pula kawannya itu. Tidak mahu menunggu kemunculan Sara, Rian berkeputusan untuk menghidangkan pesanan tersebut, untuk mengelakkan rate bad service.
Rian datang ke meja yang di duduki oleh 4 sekawan itu dan mula menghidang.
“Eh thank you… Rian kan? I almost forget your name.” Sapa salah seorang dari 4 sekawan itu. Rian tersenyum manis, kenal sangat dia dengan lelaki yang menyapa itu.
“My pleasure Zain. Enjoy your drink.” Kata Rian sebelum kembali ke bahagian bar. 3 daripada 4 sekawan itu asyik memerhatikan lenggok Rian. Sosok tubuh wanita itu diperhatikan daripada atas ke bawah berulang kali. Zain yang perasan akan tingkah laku sahabatnya, dia mula tertawa kecil.
“Common bro, she just a bartender.” Kata Zain sambal menghirup air kencing syaitan itu.
“Yeah, but she’s hot tho.” Kata lagi seorang lelaki bernama Que.
“Unfortunately, I’m married.” Kata Fir pula dengan mempamerkan cincin perkahwinannya yang tersarung di jari manisnya.
Mereka pun ketawa dengan asyik kecuali seorang, iaitu Ean. Zain yang perasan, terus menyoal. “Yow bro, what’s wrong?”
“I want her.” Jawab Ean selamba.
Zain, Que dan Fir terdiam seketika. Mereka memandang satu sama lain dan tup tup ketawa seperti orang gila.
Ean yang merasakan jawapannya itu tidak kelakar mula berkerut dahi.
“Seriously Ean? That is impossible.” Kata Fir lalu sambung ketawa lagi.
Ean membuat muka pelik, lalu bertanya “Impossible? Why?”
“You won’t get her.” Balas Que pendek.
Ean seolah-olah tidak faham. Selama dia hidup, semua yang dia inginkan dia akan dapat, tidak kira dengan cara apa sekalipun. Inikan pula wanita, petik sahaja jari, 10 akan datang.
Perasan akan wajah Ean yang tidak faham dengan topik itu, Zain pun menceritakan apa yang dimaksudkan oleh dia dan 2 orang sahabatnnya yang lain.
“She’s not like other women. Dia tak layan orang macam kita.” Kata Zain.
Ean yang mula faham, tiba-tiba rasa tercabar pula. “Tak layan orang macam kita?”
Zain, Fir dan Que mengangguk kepala tanda ya.
“Like you just said, she’s just a bartender. She’s nothing compare to us. So, kenapa dia tak boleh layan kita?” tanya Ean lagi, tidak puas hati.
“Well, I don’t know. Yang aku tau, ramai juga dia tolak.” Balas Fir.
Mereka berempat pun tiba-tiba senyap. Que mula membuka bicara berkaitan topik lain pula. Malas pula diam ahu fikir apa alasan Rian menolak para lelaki yang minta dilayan.
Sara yang tadi mneghilang kini muncul. “Woi!” sergah si Sara.
“Ish kau ni, terkejut la. Pergi mana tadi?” soal Rian sambal tangannya mengusap dada akibat terkejut.
“Pergi membuang la. Takkan layan abe pula.” Balas Sara. Tidak pernah series budak seorang ni.
Rian menjeling, ada-ada sahaja Sara ni. “Membuang ke, layan abe ke, lain kali bagitau aku, takda la aku tunggu kau, nanti kalua customer bagi rate bad service macam mana? Kata Rian lagi sebelum dia mengemas meja bar yang baru sahaja ditinggalkan oleh pelangan.
Sara hanya membalas pendek “Ok bos.”
Ralit membuat kerja, Sara mula bersuara "Rian, laki yang pakai baju putih tu hensem kan..." bersinar mata Sara apabila memandang lelaki tampan.
Rian juga menoleh ke arah lelaki yang disebut oleh Sara. Rian tersenyum seorang diri. Ya handsome sangat. Bisik hatinya.
"Ha asal senyum sorang-sorang?" soal Sara apabila melihat Rian seakan di awang-awangan.
"La, senyum pun salah ke?" soal Rian pula. Fuh, Rian please focus. Bisik hatinya lagi, tangannya laju membuat kerja untuk mengelakkan pandangan tajam daripada Sara.
"Ala, tak salah pun nak crush kat customer sendiri. Kalau taste kau, cakap je la.. ee cepuk kang." Sara yang faham dengan reaksi wajah di awang-awangab Rian itu, mula mencuit pinggang Rian dengan manja.
Rian yang geli kini mencuit Sara pula. Ya, tidak salah untuk ada rasa suka kepada pelangan. Tetapi sebaiknya tidak lah. Lagipun Rian sedar akan dirinya. Kerja di bar sebagai pelayan adalah pekerjaan yang di pandang serong dan dia tahu duit yang dia perolehi juga bukan la halal. Tapi, itu sahaja caranya. Tak banyak peluang pekerjaan untuknya, nak tak nak, harus juga dia lakukan.
"By the way, kau tau tak nama dia?" soal Sara lagi, sambil tangannya mengelap gelas yang baru sahaja dibasuh oleh Rian. Mereka kini berdiri berduaan menghadap ke arah meja 4 sekawan lelaki itu.
"Tak. Ish, takkan la aku nak tanya. Selalukan customer yang akan tanya dulu." jawab Rian. Dia mengambil gelas yang dilap oleh Sara tadi dah kemudian menyimpan gelas tersebut di dalam almari di bawah meja bar.
"Dia lepak dengan Sir Zain, so mesti dorang kawan. Kau try je la tanya." kata Sara lagi. Rian mengeluh kecil.
"Kalau kau nak tau, kau tanya la. Aku tak nak." Rian menjeling ke arah Sara. Bukan dia tidak tahu, Sara sebenarnya mahu dia yang tanya atau pun korek lebih mendalam tentang customer, supaya senang la nanti dia mahu bodek customer untuk dapatkan tip. Sara mencebik. Mereka pun mula membuat kerja masing-masing.
Selesai sahaja lepak dan minum bersama selama sejam setengah, mereka mengambil keputusan untuk akhiri hari mereka dan pulang ke rumah.
“So, siapa yang bayar?” soal Fir sebelum mereka berempat keluar daripada bar.
“Since Ean baru balik dari overseas, why don’t Ean yang bayar? Amacam Ean?” kata Zain pula.
Ean mencebik. “No hal.” Dapat sahaja green light daripada Ean, Zain, Fir dan Que pun bersorak riang. Mereka pun bergerak ke kaunter untuk melakukan pembayaran. Perasan yang tiada juruwang di situ, Ean mula menekan loceng yang di sediakan di situ.
Sara yang sedang sibuk mengambil pesan pelanggan, menoleh ke arah Rian dan meminta Rian untuk membantunya menjadi juruwang sementara. Rian hanya akur. Yelah, kerja harus ada kerjasama berkumpulan. Rian dengan pantas bergerak ke kaunter bayaran.
Senyuman di bibir diukir manis untuk pelangan.
“Hi Rian.” Sapa Que sambal tersengih bak kerrang busuk. Rian hanya tertawa kecil dan membalas sapaan itu. Lalu, jari-jemarinya laju menekan monitor di hadapannya untuk mengira bil.
“All RM320.40 sir…” Rian menoleh ke arah Ean.
“Ean. Just call me Ean.” Faham dengan reaksi yang diberikan oleh Rian, Ean pun memberitahu namanya.
“Thank you, please come again and save drive.” Kata Rian dengan mesra.
“Thanks sweetie.” Balas Fir, dia pula yang sengih. Zain berdehem apabila mata Que dan Fir tidak lari memerhatikan lurah Rian yang terdedah.
To be continue…
Share this novel