"Hi,nama saya Danish." aku memperkenalkan diriku pada semua yang ada di dalam kelas ....Masa itu , aku baru tahun pertama di kolej....Aku memula hari pertama ku di kolej dengan perasaan yang sangat gembira....Semua muka di dalam kelas tersebut tidak satu pun aku kenali......."Yoo,nama aku Haikal" tetiba seorang jejaka yang rendah dan hitam manis menyapa aku dari tepi....Dia terus duduk di tempat kosong di tepi ku lalu menghulurkan tangan pada aku...Aku berjabat tangan dengan nya dengan senyuman yang terukir di wajah....Kemudian beberapa orang jejaka yang lain ikut sama berkenalan dengan aku....Pada hari pertama ,aku telah mendapat ramai kawan yang baru....
"Danish, kau lepas kelas ni ,ada apa-apa plan tak?"tanya Haris,salah satu kawan baharu ku....."Tak ade ...Knp? balas aku tanpa berfikir ....."Kalau macam tu,mari ikut kami pergi tengok wayang di mall " ajak Khairul yang berada di belakang ku ....Aku hanya senyum pada Haris dan Khairul....Aku berfikir sama ada ingin menerima pelawaan mereka atau tak....Tetiba aku teringat yang aku ada perlu dibuat selepas kelas ini...."Aku harus ke restoran di bandar untuk mendapatkan kerja sambilan."bisik aku di dalam hati.....Sedang aku mengelamun, aku dikejutkan oleh tepukan Khairul di bahu ku.....Aku tersenyum ..."Sorry sangat , aku tak dapat nak join korang la....Aku baru ingat yang aku ada hal lepas ni..."jawab aku tanpa berfikir panjang dan perasaan kesal..."Tak ada hal la" balas Haikal dengan senyuman...Haris dan Khairul turut tersenyum....
Sedang kami sedang leka berbual-bual dan ketawa dengan kuat sehingga kan satu kelas dengar ,tetiba suara yang lembut tapi kuat bergema di telinga kami....."Woi , korang tak reti nak sembang pelahan-lahan ke !....korang ingat ni kolej bapak korang ke !" tengking seorang gadis berhijab yang sedang melihat ke arah kami dengan muka yang sangat marah....."Siapa tu" aku bertanya kepada kawan- kawan ku....."Oo...itu Nani..." jawab Haikal dengan muka selamba..
"Tak yah peduli la dengan dia tu , dia memang macam tu" sambung Haris sambil membuat muka lawak.....kami sambung ketawa setelah melihat muka Haris yang lawak itu.....
Pada tepat pukul 1:30 ,bunyi loceng tamat kelas bergema di seluruh kolej.... Sebaik saja loceng berbunyi , dalam sekelip mata kelas aku menjadi sunyi......Tanpa berlengah lagi , aku bergerak ke tempat letak moto yang terletak di belakang kolej.......Aku mengeluarkan kunci moto yang ada dalam poket seluar ku...Sedang aku mengundurkan moto rxz kesayangan ku ,tetiba seorang gadis berlari di belakang moto ku........Secara tidak sengaja , aku terlanggar gadis tersebut .....Aku segera turun dari moto dan memapah gadis itu bangun.....Rupa-rupa nya gadis yang aku langgar itu ialah rakan sekelas ku ,Nani......"Kau ok ? Ade luka tak ? Sorry sangat , aku tak sengaja ..Aku tak nampak kau tadi" ucap aku dengan suara yang lembut ,meminta maaf kepada si dia walaupun aku tau itu bukan salah ku........" Mata kau letak mana ahh ! Lain kali nak undur moto tu , tengok la belakang dulu ! " tengking Nani pada ku......" Ishh , perempuan ni harap je muka cantik tapi kurang ajar !! Padahal salah dia ,marah-marah aku pulak.." Bisik aku di dalam hati dengan perasaan geram......Tapi aku sabar je dengan perangai dia.....Untuk mengelakkan bermasam muka sesama kami , aku meminta maaf buat kali kedua pada si dia .....Selepas mengutip barang nya yang terjatuh di atas jalan , Nani terus berjalan ke kereta yang sedang menunggu nya di hadapan kolej ....Setelah dia pergi , aku terus bergerak ke restoran di bandar untuk temu duga mendapatkan kerja sambilan......
Share this novel