KC Bab 2

Romance Series 1589

Nadeem parking keretanya dan turun menuju kearah bangunan yang tinggi itu hari ini dia datang pejabat agak lewat akibat melepak dengan sepupunya yang sedikit gila itu sehingga dia terlupa jam sudah pun menunjukkan jam 4:00pagi.

setibanya di Lobi nadeem terlanggar seorang wanita sehingga tersungkur wanita itu serta telefon yang dipegang nadeem juga terjatuh tidak pecah namun ada sedikit calar.

"aduh sakitnya lutut aku"mengaduh sakit nisha apa bila lututnya terasa pedih terus nisha mengangkat sikit kepalanya itu melihat siapakah gerangan yang melanggarnya itu.

"ehh mata kau letak dekat mana masa jalan?"marah Nadeem apa bila telefonnya terhempas ke lantai.

"apa awak cakap mata saya? ke mata awak yang buta. tak nampak ke awak langgar saya dari arah belakang"balas nisha sedikit geram bila dia dipersalahkan oleh lelaki itu.

"woi perempuan kau jangan nak kurang ajar tinggikan suara dekat aku. Kau belum kenal aku siapa"kata Nadeem sambil berjalan mendekati Nisha.

Nisha yang melihat Nadeem seakan berjalan mendekatinya mula tidak tentu arah dan mengundur diri perlahan lahan tiba tiba 'ting' pintu lift terbuka beberapa orang pekerja disitu mula keluar dan menunduk hormat pada Nadeem.

"tuan "tegur Aril salah seorang pekerja yang baru melangkah keluar dari perut lift.
lalu Aril terus hilang dari pandangan mereka berdua. Nadeem juga mengangguk sedikit

"sa..saya minta maaf sebenarnya saya datang nak interview"nisha mula bersuara bila dia memandang Nadeem masih lagi merenung dirinya.sebenarnya nisha juga terkejut dengan yang didengari sebentar tadi seorang lelaki yang menegur nadeem sebagai 'Tuan' kata hati nisha.

"kenapa? kau terkejut? jadi disebabkan kau dah tengking aku sekarang kau ikut aku"arah nadeem tegas. sebenarnya dia saja mahu mengenakan wanita itu
balasan kerana meninggikan suara.

terkulat-kulat nisha mendengar arahan tadi sama ada mahu mengikuti ataupun tidak.oh sebenarnya tadi syamimi memang menemaninya namun ada hal penting kata syamimi.

Nadeem yang melihat nisha masih mendiamkan diri sekali lagi bersuara "kau dengar tak apa aku cakap tadi? dah xreti nak bercakap ke bisu"perli Nadeem dengan tingkah laku Nisha.

"arhh..pergi mana?"soal nisha pada Nadeem. seakan tidak mengerti apa yang diberitahu tadi.

"Ada pun suara kau..Aku ingat dah bisu"kata nadeem masih mood memerli nisha. begitulah sikapnya memang hobinya perli orang saja kerjanya.

nisha hanya mengangguk sambil kaki melangkah mengikuti nadeem dari belakang
setelah sampai dihadapan pintu bilik pejabat nadeem seorang wanita menyapa nadeem.

"selamat pagi tuan"sapa wanita itu sedikit senyum kepada nadeem dan nisha.mereka juga turut membalas senyuman itu.

"selamat pagi kak su..aa hari ni apa jadual saya?"tanya nadeem kepada wanita yang menjadi personal asistennya itu.

"erm hari ni tuan tak ada meeting cuma nak kena pergi site melawat projek bangunan yang tergendala hari tu.so tuan nak pergi ke atau saya je yang pergi melawat tapak tu?"jelas pembantu peribadi nadeem yang dipanggil kak su.

"erm,kak su tolong gantikan saya oergi melawat site hari ni. saya ada hal mungkin tak balik pejabat"beritahu nadeem
setelah ketiga-tiga mereka telah pun berada didalam ruangan kerja nadeem.
suraya yang mendengar arahan dari nadeem mengangguk angguk kepalanya

"erkk ni siapa tuan?"tanya suraya semenjak dari tadi dia memandang nisha ingin saja bertanya terus takut dimarah dengan nadeem almaklumlah mood nadeem susah
nak dijangka kadang baik kadang macam singa lapar.

"ni pembancuh air dia akan ganti kak zah"kata nadeem sambil tersenyum sinis melihat wajah nisha seakan terkejut dengan apa yang diberitahu.

"ouhh cantik,hai nama akak suraya awak boleh panggil kaksu."beritahu suraya ramah sambil berjabat tangan dengan nisha.
nisha menyambut huluran tangan suraya sambil tersenyum manis.

"nama saya nisha aurora,kaksu panggil je nisha"kata nisha masih tak lekang dengan senyuman manisnya.

setelah habis sesi perkenalan antara dua wanita itu suraya meminta diri untuk keluar
nadeem sekadar angguk.

"esok kau mula kerja datang pukul 7pagi kalau lewat aku potong gaji..paham?" jelas nadeem kepada nisha .

"baik terima kasih tuan saya minta diri dulu"pamit nisha sambil menunduk hormat dia melangkah keluar nadeem hanya memandang sepi.
nisha tak kisah apapun pekerjaan yang dia dapat janji dia boleh menyara kehidupan ibunya.

maaf lambat update wow nisha dah dapat kerja macam manalah permulaan kerjanya esok dengan boss singa lapar tu heheh..selamat membaca

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience